Monday, January 20, 2014

# Double stemcell # JAKIM

Double Stemcell : Tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia -JAKIM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Heboh seketika dunia maya bila Mazidul publishkan entry mengenai status LOGO HALAL produk Double Stemcell.

Sebahagian dari kenyataan yang ditulis oleh Mazidul,

----------------------------------------------------

Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan 

Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia! 

(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya 

Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia BUKAN mengatakan produk itu haram. 

Jangan terkeliru.

Baca lagi di Bersama Mazidul ( mazidulakmal.com )

----------------------------------------------------

Jelas tak? Bukannya produk tu yang haram atau tidak halal cuma masalahnya pada LOGO HALAL tu. 

Bak kata Sahabathalal.com :

Tiada status halal bukan bererti Haram. Ini hanya kesalahan meletakkan logo halal pada produk yang tidak pernah mempunyai status halal.
----------------------------------------------------

Ok! Takmo arr gaduh-gaduh. Kita ambil yang baik. Masing-masing dah besarkan. Ni bukan soal nak tutup periuk nasi sesiapa. Cuma merungkaikan persoalan sesetengah rakyat Malaysia pada status produk ni. 


7 comments:

  1. Setuju jugak. Cuma itulah lately byk issue berkenaan halal haram atau kualiti produk yg sedang 'naik'. Tak kira apa product pun. Pesaing yang agak kurang sihat akan buat cara begitu. Slh satu isu yg sy pernah dgr berkenaan minyak jgung minyak sawit. Reality ny sawit murah atas sebab kos production adlh sgt rendah wpun kandungannya sama. Gitu. Wallahhualam. Apa pun, phytoscience perlu ambil peranan penting utk dpt kn sijil halal tu dan bukan simply pakai logo. Gitu.

    ReplyDelete
  2. @DYatie

    kan..kan..if bukan hari ni mungkin lusa..mungkin tulat akan kuar juga pasal benda ni..hak individu kot if nak cek betul halal ke tidak sesuatu produk tu..hurm...

    ReplyDelete
  3. terpulang kat individu..kalau tak yakin tak usah guna.

    ReplyDelete
  4. takde sijil halal jakim hanyalah kesalahan dari sudut undang2 dan bukannya haram dari sudut agama. Macam kahwin kat selatan Thai, sah tapi salah dari sudut undang2. Harap2 pihak phytoscience segera bertindak sebelum kes menjadi semakin parah

    ReplyDelete
  5. Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..

    ReplyDelete
  6. Setuju...sykt perlu memohon sijil sah HALAL yg bole meyakinkan pengguna supaya mnggunakan produk tanpa was2....

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan