Monday, February 17, 2014

Beza Belajar Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dulu macam ni lah kenyataannya. Rasa masa sekolah dulu tahun 1 - tingkatan 5 tak pernah dengar orang report polis pasal kena denda ngan cikgu. Kecualilah guru yang buat salah laku yang tak elok kepada pelajar. 

And me sendiri dulu macam-macam denda me dah rasa. And buli student pun ada gak kut me buat. Sebab tu tahun 1 - tahun 6 jadi ketua kelas terbaik. Hahaha. Adoi. Rasa jahat pun ada jugak. Bising tulis nama. Kuku panjang rotan. Tak buat kerja ikut jadual tugas pun rotan. Homaiii. Agak-agak kalau me buat macam tu zaman sekarang, dah masuk sekolah juvana agaknya kan. Huk!! 

Hurm.. Dulu denda berdiri atas kerusi, jalan itik, berdiri atas meja sambil angkat kerusi pun pernah. Tapi mak and bapa tak pernah kisah pun sebab tau me yang salah. Nak report ngan mak n bapa pun takut tau. Mana tidak. Silap-silap bapa pun bagi juga sedas dua rotan. Haaaaaa. 

Zaman sekarang ni, entahlah. Susah nak kata. Rotan sikit, report polis. Sedangkan kesalahan tak buat keja sekolah. Adoi la adik. Kesian la kat cikgu-cikgu luar sana tu. Jangan manja sangat. Karang dah habis sekolah jadi lembik. Kat luar lagi banyak dugaan. 

Parents pun sepatutnya memainkan peranan dalam membentuk sifat yang baik dalam diri anak-anak. If buat apa yang cikgu suruh, confirm tak kena rotan punya lah. Pantau anak buat keja sekolah. Periksa buku sekolah anak-anak. Bukan setakat "anak, hari ni ada keja sekolah tak?" Heh! Kalau nak anak pandai, bertegas lah dengan mereka. 

Jangan manjakan anak dengan menyebelahi mereka even tau yang mereka buat salah. Next time mereka akan berani buat benda yang sama lagi. Trust me. "Ala..mak n bapa tak kisah pun. Aku kan anak diorang.." Hurm... 

Sebab tu sekarang pun me mula bertegas ngan anak. Btau Aisya n Aeera mana yang salah n mana yang betul. Even tau yang mereka mungkin tak faham lagi keadaan tu semua but tak salah nak dedahkan dari awal. Supaya bila mereka besar nanti dah tau mana yang elok dan perlu kita ikut dan mana yang tak elok serta perlu dijauhi. 

Apapun, parents kat luar sana, hormatilah kerjaya para guru. Siasat perkara sebenar sebelum buat report. Sebelum panggil press. Jangan suka hati kita nak tutup periuk nasi orang lain. 

Me pernah berkhidmat sebagai GSTT so me tau macamana rasanya. Bukan senang nak handle 30 orang dalam suatu masa. Yang penting guru-guru pun kena ada sifat sabar dalam diri. Fikirkan risiko if kita buat something. 



1 comment:

  1. Anak2 sekarang ni dimanjakan dengan membabi buta.mak pak lebih ikut cakap anak dari mendidik anak mengikut cakap mak ayah.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan