Friday, February 21, 2014

# Celcom # celcom axiata berhad

Kongsi Foto dan Menang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelanggan rangkaian Celcom kini berpeluang memenangi rebat kredit bernilai RM50 terus ke telefon bimbit setiap hari dengan menghantar seberapa banyak gambar menarik menggunakan platform MMS ke talian 23600.
Pertandingan dikenali Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro adalah kerjasama di antara Harian Metro, Celcom Axiata Berhad dan penyedia kandungan (CP) iaitu IdotTV Sdn Bhd.
Ketua Perkhidmatan Digital Celcom Axiata, Afizulazha Abdullah, berkata sebagai penyedia telekomunikasi mudah alih pertama Malaysia, pihaknya bekerjasama menganjurkan pertandingan itu menggunakan pelantar Kempen The Cube.

Menurutnya, Peraduan Kongsi Gambar Harian Metro menyediakan pelantar kepada masyarakat untuk berkongsi gambar menarik yang berlaku setiap hari di sekeliling mereka.
"Kita memilih perkhidmatan MMS kerana ingin berlaku adil kepada individu yang tidak memiliki telefon pintar menyertai peraduan yang dianjurkan.

"Tidak semua pengguna di negara ini mempunyai telefon pintar namun mereka mempunyai bakat mengambil gambar menarik di persekitaran mereka," katanya selepas majlis pelancaran itu, di Balai Berita NSTP, Bangsar, di sini, semalam.

Majlis pelancaran peraduan berkenaan disempurnakan oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Afizulazha dan Pengarah Eksekutif IdottV, Firoz Mohd Noor. 

Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Abdul Ghafar Ismail; Ketua Bahagian Keperluan Perniagaan Celcom Axiata, Mohamad Sukeri Abdullah; Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat; Pengarang Eksekutif (Rencana), Sharifuddin Mohamed dan Pengarang Eksekutif (Pengeluaran), Salim Bachok.

Afizulazha berkata, kempen berkenaan juga mampu mengumpulkan seberapa banyak gambar daripada pelanggan Celcom seterusnya dapat menikmati hadiah menarik daripada pihaknya.

"Harian Metro akan menilai gambar yang dihantar oleh pelanggan Celcom setiap hari selama tiga bulan bermula 21 Februari sehingga 26 Mei 2014.

Berita Selanjutnya : myMetro

So,, siapa yang ada bakat tu bolehlah try join. Mungkin ada yang fikir, 'alaaaaa.. rebat kredit RM50 je pun..' Wehhh.. mana ada orang nak suka-suka bagi RM50. Me yang takde bakat ni pun terfikir nak cuba. Hehe. Wish me luck tau. InsyaALLAH me akan kongsikan gambar yang me hantar tu kat blog. :)

3 comments:

  1. best pulak contest ni...mms ke no kat atas tu ke? mms gambar je takyah tulis apa2 ke?

    ReplyDelete
  2. @msredcheesecake

    a'ah...mms je..x mention pulak nak kena tulis apa2 ke tak.. :) jom kita try sis.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan