Wednesday, February 19, 2014

# Mati Kerana Kaki Ayam # myMetro

Mati Kerana Kaki Ayam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hurm.. Bunuh orang sebab kaki ayam? Biar betul? Tak pasal kena hukum pasal kaki ayam. Takde benda lain ke nak berebut. But who knows kan. Maybe orang tu memang mengidam sangat-sangat nak makan kaki ayam tu. 


Florida: Seorang lelaki berasal dari Tampa berdepan tuduhan membunuh rakannya selepas mereka bergaduh kerana berebut kaki ayam.
James Jugo, 52, didakwa menyerang Benjamin Calderon, 56, selepas rakannya itu mengambil kaki ayam yang dimasaknya di kuali.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Benjamin menunjukkan ada tanda pendarahan dalaman selepas dia dipukul berkali-kali di muka, leher dan beberapa tempat lain.
Seorang saksi memberitahu polis dia melihat James memukul Benjamin dengan papan.

Adik Calderon, Bolivar memberitahu media tempatan abangnya menetap di rumah James selepas keluar dari rumah perlindungan.

Bolivar berkata, abangnya berusaha mengumpul duit untuk mengambil lesen supaya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan.
“Tiada siapa yang patut mati semata-mata kerana berebut kaki ayam,” katanya.

Baca selanjutnya : myMetro


4 comments:

  1. Assalamualaikum kak, berita betul ek? macam2 hal sekarang kan.. hmm ~~~ sheila follow sini, salam perkenalan ya

    ReplyDelete
  2. salam singgah. nak lari topik sat. muka suami macam muka pelakon. lupa nama dia tapi yang pelakon roda2 KL tu. hehehheehe. sekadar perkongsian :D :D :D

    ReplyDelete
  3. kaki ayam pun mau gaduh ka???HAHHAA..mesti dah lama dia geram tu..hehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan