Thursday, February 20, 2014

# cerpen # Contest

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak join Blog Penulisan Rafina Mimi Abdullah (KLIK)


PRINSIP CINTA AINA

Aina memandang ke luar. Sakit hatinya mengenangkan sikap Amsyar padanya. Bagi Aina cintanya bukan mainan. Sekali dia cinta, selamanya dia mencintai tapi sekali dia disakiti, dia takkan pernah memaafkan. Itu prinsip cinta Aina.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Alunan lagu Bubbly dari handphonenya membuatkan Aina tersenyum lebar. Telah di tetapkan lagu itu untuk satu-satunya orang yang dicintai.

"Assalamualaikum."

"Wa’alaikumussalam,"lembut Aina menjawab.

"Sayang buat apa ni? Tak tidur lagi?"beralun hati Aina mendengar panggilan istimewa yang diucapkan.

"Lama Am tak call Aina. Sibuk sangat ke?" Ingin rasanya Aina menyatakan rindunya pada Amsyar tetapi dia malu. Terdengar ketawa kecil di hujung talian.

"Aina rindukan Am ke?"Merona merah wajah Aina mendengar pertanyaan Amsyar.

"Taklah. Aina cuma hairan je kenapa Am lama tak call."

"Tak payahlah Aina nak bohong dengan Am. Aina bukan pembohong yang baik." Kuat Amsyar ketawa. Aina mengetap bibir. Malu.

"Apalah Am ni. Mana ada Aina rindukan Am. Perasan je lah Am ni."

"Betul ni?"Amsyar seperti mahu menduga.

"Err…betullah."sedikit gugup Aina menjawab.

"Apa salahnya kalau Aina rindukan Am sebab Am pun rindukan Aina." Lebar senyuman Aina mendengar ucapan rindu dari yang tersayang.

"Esok kita lunch sama ek. Lama tak jmpa Aina. Kita jumpa kat tempat biasa."

"Erm…Am dapat tak jemput Aina kat ofis?Kereta Aina rosak. Lecehlah nak naik bas. Dah la panas."Aina sengaja menduga Amsyar. Dia tahu yang Amsyar takkan setuju.

"Sayang, bukan Am tak nak jemput Aina tapi apa kata kawan-kawan Aina kalau mereka nampak Am keluar dengan Aina. Belum sampai masanya mereka tahu pasal kita. Aina fahamkan,"pujuk Amsyar lembut.

Sengal hati Aina mendengar pujukan Amsyar. Bukan sekali dua begitu. Malah setiap kali mahu berjumpa dengannya mesti secara sembunyi-sembunyi. ‘Kenapa pula nak kisah apa kata kawan-kawan aku. Bukannya mereka nak marah pun kalau tahu aku bercinta dengan Am. Mesti dia takut Fariha nampak ni. ’bisik Aina dalam hati.

Fariha adalah teman sepejabat Aina dan Fariha mempunyai housemate yang kata Amsyar teman tapi mesranya, Raudah. Aina ingin sangat mengenali teman tapi mesra Amsyar itu. Dia amat cemburukan gadis itu kerana Amsyar selalu menyebut namanya. Raudah itu, Raudah ini. Amsyar tidak pernah sedar yang pujiannya itu menyakiti hati Aina.

"Kenapa sayang diam ni?Marahkan Am ke?" tersentak Aina mendengar suara Am. Lupa dia seketika yang Am masih di talian.

"Tak adalah. Kenapa pula Aina nak marahkan Am. Aina tak kisah kalau Am tak jemput, lagipun Aina dah biasa begitu. Ok lah Am. Aina nak tidur dulu. Assalamualaikum." Tanpa menunggu jawapan dari Amsyar, Aina memutuskan talian. Hilang mood Aina untuk terus berbual dengan Amsyar sedangkan sarat rindunya untuk lelaki itu. Handphonenya berbunyi lagi tapi kali ini dibiarkannya.

* * * * * * * * * * * * * * * * * 
"Aina, kita lunch sama ya," ajak Syafiq.

"Tak apalah Fiq. I da janji ngan kawan. Apapun, thanks for asking."

"Owh,tak apalah Aina. Maybe next time. See you," ucap Syafiq dan berlalu.

Aina tiba di tempat yang dijanjikan Amsyar semalam tapi dia tak nampak pun kelibat Amsyar. Aina melihat jam 1.20 tengahari. ‘Takkan aku yang naik bas smpi dulu kot,’bisik hati Aina. Aina duduk di satu sudut restoran dan memesan segelas jus oren.

Jus oren sudah hampir setengah diteguknya tapi Amsyar masih belum tiba. Handphonenya berbunyi menandakan ada pesanan masuk.

‘Syg, Am minta maaf coz x dapat lunch dgn Aina. Raudah call Am. Dia ada masalah kat tempat kerja. Am minta maaf sgt2 ek.’

Perlahan Aina melepaskan keluhan hampa. Dia hairan kenapa Amsyar tak pernah merahsiakan apa-apa mengenai Raudah dan dirinya daripada Aina. Dia tau itu tandanya yang Amsyar jujur tetapi takkah dia sedar yang nama Raudah itu selalu membuatkannya sedih. Dibalas juga pesanan dari Amsyar.

‘x pe la. Lagipun Aina pun x dapat keluar. Byk kerja yg Aina nak siapkan.’

‘Baguslah. Am ingatkan yg Aina tgh tggu Am tadi.k, take care syg. Mlm nnt Am call.’

Aina membayar pesanannya dan terus meninggalkan restoran dengan perasaan sebal mengenangkan sikap Amsyar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Setiba di ofis, Aina melemparkan tas tangannya di atas meja dan terus menuju ke ruang rehat pejabat. Dia membasuh muka yang dirasakan melekit. Rasa marah masih berbekas dalam hatinya. "Sampai hati Amsyar buat aku begini," keluh Aina perlahan.

"Siapa Amsyar?"suara itu benar-benar membuatkannya tersentak. Perlahan dia menoleh. Syafiq! Aina buat-buat tak kisah dengan soalan Syafiq tadi. ‘Dari manalah mamat ni?.’ Dia pantas mengambil tisu dan mengelap mukanya.

"Siapa Amsyar?"ulang Syafiq sekali lagi. Ada nada cemburu pada suaranya.

"Tak ada siapa-siapa lah,"jawab Aina ringkas.

"I yakin dengan apa yang I dgr Aina."

"Bila I kata tak ada, thats mean nothing!" Aina mendengus kasar dan terus keluar dari bilik rehat menuju ke mejanya.

Terkedu Syafiq mendengar jawapan kasar dari Aina. Selama ini, biarpun marah, Aina tak pernah sekasar itu dengannya.

* * * * * * * * * * * * *

Malam itu Aina menghubungi Syafiq. Dia kesal kerana bersikap kurang elok dengan sahabatnya siang tadi. Dia tau dia tak sepatutnya menengking Syafiq begitu tetapi perasaannya menguasai fikiran.

"Assalamualaikum Fiq."

"Wa’alaikumussalam Aina. Ok dah?"pertanyaan dari Syafiq membuatkan Aina terasa seperti ingin menangis.

"I nak minta maaf pasal siang tadi. I tak bermaksud nak buat begitu tapi tak tau lah. Fikiran I betul-betul terganggu."

"I juga nak minta maaf pada you. I tahu yang I tak sepatutnya masuk campur dalam urusan you." Perlahan Aina mengeluh mendengar ucapan Syafiq. Airmatanya gugur tanpa dipinta.

"Shhh Aina…jangan menangis. Kalau you ada masalah, datang pada I. I sentiasa ada untuk you. Bila-bila masa saja. I tak kisah. I tak nak you sedih macam ni. I want the old you. Yang sentiasa riang dan ceria." Makin deras airmata Aina mengalir mendengar kata-kata Syafiq. Teringat kembali saat Syafiq melamarnya dulu.

"I nak tanya sikit, boleh tak?"

"Kalau sikit I tak kisah."Aina menjawab sekadar bergurau sambil menjeling Syafiq disebelahnya. Namun melihatkan wajah serius Syafiq mematikan hasrat Aina untuk terus bergurau.

"Maafkan I. You nak tanya apa?InsyaAllah,kalau I dapat jawab, I jawab."Aina perasan mata Syafiq tak lepas dari memandangnya.

"Apa ciri-ciri lelaki pilihan you?" Aina tersenyum. Dia memandang lelaki dihadapannya.

"Biarlah rahsia." Berkerut dahi Syafiq memandang Aina.

"Beritahu I je lah. Bolehkan?"

Lama Aina merenung wajah Syafiq sebelum menjawab, "I nakkan lelaki yang boleh I jadikan sebagai sandaran hidup I. I tak harapkan kesempurnaan. Asalkan dia boleh jaga dan terima I seadanya, itu sudah memadai."

"Kalau macam tu, tak payahlah you cari jauh-jauh. Yang kat depan you ni sedia jaga you," jawab Syafiq sambil mendabik dada. Ketawa Aina melihat telatahnya.

"Ada-ada sajalah Fiq ni."

"Betul Aina." Serius suara Syafiq membuatkan Aina berpaling. Mencari benar disebalik kata-kata Syafiq.

"Fiq…"

"Aina, I serius cintakan you sepenuh hati I. Sepanjang mengenali you, I tak pernah rasa segembira ini. Kehadiran you membuatkan hidup I terasa lebih bermakna,"tulus suara Syafiq menyakinkannya tapi dia tak mampu membalas cinta Syafiq kerana hatinya milik seseorang.

"Fiq,,maafkan I. I selesa jika kita kekal begini. Hanya sebagai sahabat. I rasa itu yang terbaik."Aina terdengar keluhan hampa dari Syafiq.

"Apapun,lebih baik dari tak mencubakan. I harap luahan I tadi tak membuatkan hubungan kita renggang."Syafiq tersenyum memandang Aina. Aina membalas senyumannya dengan anggukan kecil.

"Hello Aina, are you still on the line?" Suara Syafiq membuatkannya kembali ke alam nyata.

"Ya..ya..i’m still here. I minta maaf sekali lagi Fiq. You are such a good man."

"But I’m still not good enough for you kan. Siapa pun Amsyar, that you mention before, I harap dia akan jaga you dengan baik."Aina terkedu. Tak mampu bersuara lagi. Dia terus memutuskan talian.

‘Maafkan Aina, Fiq...’

* * * * * * * * * * * * * * 

Sebulan tanpa berita dari Amsyar benar-benar buat Aina penasaran. Berkali-kali dia cuba menghubungi Amsyar tetapi tidak dijawab. Staf pejabat Amsyar mengatakan yang dia sedang bercuti. Aina hairan kenapa Amsyar tidak memaklumkan padanya.

Ketukan kecil di mejanya membuatkan ingatannya pada Amsyar hilang seketika.

"Jauh berangan. Dah sampai mana?"tersenyum Syafiq memandangnya. Aina tidak menjawab malah ditenung wajah Syafiq.

"Ehem. Ada yang kurang ke kat muka I sampai you tenung muka I macam tu?"ucap Syafiq tersenyum sambil melambai-lambaikan tangannya di depan Aina. Aina termalu sendiri.

"Ada apa you cari I ni? Nak ajak keluar, lunch ada 3 jam lagi,"ucap Aina menutup malu.

Syafiq ketawa melihat tingkah Aina yang seperti tak tentu arah itu. "Sejak bila jadi pelupa ni?kan tadi I ajak you pergi melawat Fariha kat rumah,” perlahan Aina menepuk dahinya. Melawat Fariha bukanlah niat sebenar Aina. Dia cuma mahu mengenali Raudah, teman Amsyar yang juga teman serumah Fariha. Aina merasakan inilah peluang terbaiknya.

"Pergi sekarang ke?"Syafiq mengangguk. Aina mencapai tas tangannya dan mengekori Syafiq dari belakang.

* * * * * * * * * * * * *

"Assalamualaikum."Laung Syafiq.

"Wa’alaikumussalam."Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 50an menjenguk dari muka pintu. Mungkin ibu Fariha.

"Kami kawan sepejabat Fariha. Dengar kata dia kurang sihat jadi kami datang nak melawat dia."Aina hanya mengangguk.

Wanita itu membukakan pintu pagar dan menjemput Syafiq dan Aina masuk. Fariha yang sedang baring di sofa, terkejut dengan kehadiran rakan-rakannya itu.

"Apa khabar?"soal Syafiq sambil menghulurkan sebakul buah-buahan kepada Fariha.

"Buat susah je korang datang. Macam ni lah Fiq, Aina. Aku rasa macam hantu bungkus pula pakai tebal-tebal ni. Sejuk semacam je aku rasa," Fariha tertawa kecil. Aina dan Syafiq ikut tertawa dengan lelucon Fariha.

Aina membiarkan Fariha dan Syafiq berbual sambil matanya melihat sekeliling ruang tamu rumah itu. Matanya tertancap pada 3 frame gambar yang terletak kemas diatas rak buku. Dia pasti perempuan dalam gambar itulah Raudah. Lemah rasa badannya melihat gambar Amsyar berpeluk mesra dengan si gadis. ‘Seksinya. Patutlah Am suka.’ Sakit hatinya melihat gambar-gambar itu. Terasa seperti mahu saja dihumban ke dalam tong sampah.

"Aina,"Aina menoleh mendengar panggilan Syafiq.

"Kenapa?ada yang tak kena?"Aina seraya menggeleng, dan berpaling pada Fariha, "Mana housemate you?tak nampak pun."

"Dia memang tak lekat kat rumah. Dah sebulan dia ke Bali dengan Amsyar. Tak tau bila nak balik." Tersentak hati Aina mendengar kata-kata Fariha. Bali? Dengan Amsyar?

Syafiq yang menyedari keadaan Aina, meminta diri untuk balik.

* * * * * * * * * * * * *

"Amsyar yang itu ke yang pernah you sebutkan dulu?" pertanyaan Syafiq memecahkan kesunyian dalam kereta. Aina tak berniat untuk menjawab pertanyaan itu. Dia hanya diam.

"Jika dia orangnya, dia tak layak untuk you."Tegas suara Syafiq. Aina masih diam. Menahan airmatanya dari mengalir. Dia tak mahu Syafiq melihatnya menangis. Melihatkan Aina yang masih berdiam diri, Syafiq memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyalakan lampu kecemasan.

Aina tersentak tapi tidak berpaling pada Syafiq. Masih membekukan diri seperti tadi. Syafiq menyentuh bahu Aina lembut tapi Aina tetap berkeras.

"Aina, dia tak jujur pada you. Dia bukan lelaki yg baik untuk you berikan hati you. Banyak lagi lelaki di luar sana yang menantikan you."ucap Syafiq. ‘Fiq pun masih menantikan cinta Aina…’bisik Syafiq hanya didalam hati.

"I sayangkan dia Fiq.."perlahan tapi mampu didengar oleh Syafiq. Syafiq mengeluh. Dia terasa seperti kalah pada lelaki yang tak sepatutnya, namun dia takkan berputus asa untuk merebut cinta Aina.

"Aina, sayang tak bermakna memiliki. You kena sedar yang berkongsi kasih tak mungkin akan bahagia. I tak sanggup lihat you disakiti." Bicara Syafiq membuatkan airmata Aina mengalir deras. Dia tak mampu menjawab kata-kata Syafiq. Dia merasakan diam adalah perkara terbaik yang mampu dilakukan. Syafiq hanya mengeluh dan meneruskan perjalanan balik ke pejabat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

16 September 2009, hari lahir Aina yg ke-23. Amsyar memberitahu yang dia tak dapat menyambutnya bersama dengan Aina kerana ada urusan penting. Dia berasa sayu. ‘Apalah ertinya hari ini tanpa orang tersayang..’lemah suara hati Aina.

"Kak,tidur ke?"ketukan di pintu bilik Aina mengejutkannya dari lamunan.

"Masuklah,"laung Aina. Tersembul muka adiknya di pintu.

"Anur nak apa?"Tersenyum-senyum Anur melihat kakaknya.

"Amboi akak ni. Hari ini kan bestday akak, apa kata akak belanja Anur makan."

"Hurm,kalau nak minta belanja, Anur kena drivelah. Akak malas nak drive ni."Aina berfikir lebih baik dia habiskan masa dengan adiknya dari terperuk dalam rumah. Lagi sayu hatinya.

"Ok, Anur tak kisah jadi driver akak malam ni."Anur menjerit kegembiraan.

"Pergilah bersiap. Kejap lagi kita keluar."

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Mereka mengambil keputusan untuk makan di Restoran Seafood Tun Abang.

"Anur pesan dulu. Akak nak ke ladies jap."Anur hanya mengangguk. Tiba-tiba matanya menangkap sepasang teruna dara sedang asyik ketawa gembira. Amsyar! Mendidih hatinya melihat keadaan itu. Kakinya melangkah ke arah mereka tanpa menghiraukan panggilan adiknya.

"Assalamualaikum Am," bergetar suaranya.

Amsyar lantas mendongak. Terkejut dia melihat Aina. Wanita disampingnya juga berpaling. Nyata dia hairan melihat apa yang berlaku. Aina yakin dia kini berdepan dengan Raudah.

"Sayang,siapa ni?tak nak kenalkan dengan Honey?"Meluat Aina mendengar panggilan yang keluar dari mulut si gadis.

"Err…Raudah, ini Aina. Aina, Raudah."tergagap-gagap Am memperkenalkan. Aina beristighfar melihat pakaian wanita di hadapannya.

"Ada apa-apa yang Am nak jelaskan pada Aina?"lembut suara Aina menyebabkan Amsyar tak senang duduk.

" You duduk sini dulu, Am nak cakap dengan Aina sekejap." bila Amsyar hendak berdiri Raudah menarik tangan Amsyar, seperti tak membenarkan Amsyar bangun.

"Tak apalah Am. Di sini pun boleh. Lagipun Raudah berhak tau semua ni. Tak sangka pula ini hal penting yang Am cakapkan tadi. Mujur Aina keluar, nampak dengan mata kepala Aina sendiri yang Am tak jujur. Kalau tak, mungkin Am masih nak tipu Aina. Bodohnya Aina kerana percayakan Am selama ni. "Aina berkata menahan getar dihati.

Anur sudah berdiri di sebelahnya. Kuat Aina menggenggam tangan Anur untuk meminjam kekuatan dari adiknya.

"Aina, Am sayangkan Aina. Percayalah. Am dengan Raudah hanya kawan." Raudah yang terkejut mendengar kata-kata Amsyar bingkas bangun dan melayangkan penampar tepat di pipi kanan Amsyar.

"Oh! selepas you usung I ke sana sini, you kata hanya kawan. Selepas apa yang kita dah buat, you kata hanya kawan?!!!Lelaki macam you memang tak guna!!!"Lantang suara Raudah menyebabkan orang sekeliling memandang mereka. Raudah mencapai beg tangannya dan terus berlari meninggalkan restoran itu.

Amsyar memegang pipinya. Dia seperti mahu mengejar Raudah tapi dimatikan niat bila melihat Aina.

"Trust me Aina. I love u more than everything. You are the most important girl in my life. Please sayang!I dengan Raudah hanya teman."Aina sedar yang Amsyar tak sepenuh hatinya merayu. Kini dia yakin yang Amsyar bukan miliknya dan tak mungkin akan menjadi miliknya.

"I’m not gonna trust you anymore Am. Aina cintakan Am tapi sanggup Am buat Aina begini. You broke my heart once and I’ll never forgive you. Am tahukan prinsip cinta Aina. Terima kasih atas cinta yang pernah Am berikan pada Aina biarpun cinta itu hanya mainan kata Am. Dari mula lagi hati Am memang tak pernah jadi milik Aina. Selamat tinggal Am." Aina menarik tangan adiknya untuk berlalu dari situ.

"Aina,,"Mendengar nama kakaknya dipanggil, Anur berpaling dan berkata, "You don’t deserve her!" Lantas mereka sama-sama berlalu tanpa berpaling lagi. Amsyar hanya mampu meraup wajahnya melihat Aina berlalu.

* * * * * * * * * * * * * * * 

Sesampai di rumah, Aina terus mengurungkan diri di dalam biliknya. Dia tak sangka begitu akhirnya cerita dia dan Amsyar sedangkan terlalu tinggi harapan yang diangankan. Dia mahu menangis tapi dia sedar tak guna dia membuang airmatanya untuk lelaki tak guna itu.

Terpandangkan bungkusan biru diatas meja soleknya.

"Happy birthday Aina. Buka kat rumah tau,"ucap Syafiq sambil menghulurkan hadiah itu pada Aina. Aina tersenyum.

"Tak boleh buka sekarang?Tak sabarlah nak tengok."Syafiq menggeleng. Aina mencebik. Ketawa Syafiq melihat wajah Aina yang seperti keanak-anakan itu.

"Ala, hadiah I, suka hati I lah nak buka kat mana kan," usik Aina seperti cuba mengoyakkan pembalut hadiah itu.

Cepat tangan Syafiq menangkap tangan Aina. "Buka di rumah please." Berdebar hati Aina mendengar suara Syafiq. Lembut sahaja pada pendengarannya.

Tersenyum mengingatkan gelagat Syafiq. Segera Aina membuka hadiah itu. Terpaku dia melihat seutas gelang tangan emas yang berukir namanya. Dicapai kad yang terselit di balik kotak.

‘Selamat Ulangtahun Aina. Malam ni I tunggu U kat Taman Sri Tun.I taktau sama ada you akan datang atau tak tapi yang pasti I akan terus menunggu..’

Ikhlas,
Syafiq

Aina menjeling jam di sudut mejanya. Jam 10 malam.

‘Syafiq...’Dia cuba menghubungi handphone Syafiq tapi tidak berjawab. Aina terus keluar dan mencapai kunci keretanya.

"Anur, akak keluar kejap. Kunci pintu rumah."Laung Aina dan terus berlalu. Anur yang tak sempat berkata apa-apa hanya menggeleng. Dia tahu yang kakaknya sedang kecewa tapi tak mungkin Aina akan buat perkara yang tak elok.

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Setiba di Taman Sri Tun, Aina mencari kelibat Syafiq tapi tak kelihatan. Aina mengeluh. "Dah balik agaknya..."bisik Aina sambil melangkah ke keretanya.

"Lama I tunggu you. Nak balik macam itu je? Sekurang-kurangnya tiuplah lilin ni dulu."Aina pantas menoleh. Di tangan Syafiq sebiji kek dengan 2 batang lilin di atasnya. Aina membalas senyuman Syafiq.

"I cari you tadi. You ke mana?"

"I ada cuma you saja yang tak pernah perasankan kehadiran I," ucapan Syafiq membuatkan Aina terkedu. Baginya ada yang tersirat disebalik ayat itu.

"Penatlah pegang kek ni. Bila you nak tiup ni. I dah lapar tau." Perlahan Aina mendekati Syafiq. Syafiq menjarakkan kek dari Aina bila Aina sudah bersedia meniup lilin. Aina bingung.

"Make a wish first sayang."Syafiq senyum namun dia tak tahu yang hati Aina berdebar mendengar panggilan itu. Dulu Aina kerap mendengarnya dari Amsyar dan hatinya juga berdebar tetapi tak sehebat bila Syafiq menyebutnya. Aina keliru dengan hatinya.

Aina menutup matanya dan setelah itu dia meniup lilin. Aina ketawa bila Syafiq mencuit sedikit krim kek dan mencalitnya di pipi Aina.

Mereka duduk di sebuah kerusi tak jauh dari tasik Taman Tun. Pancutan air berwarna-warni dan gelagat anak-anak kecil yang bermain di situ menghiburkan Aina. Lupa seketika masalahnya.

"I minta maaf sebab buat you tunggu lama. I baru perasankan kad you."

"I tak kisah Aina. Selama ni I boleh tunggu you, kenapa tak malam ni."Sebak dada Aina mendengar kata-kata Syafiq.

"Pasal Amsyar…"

"Lupakan dia. Anggap saja yang dia tak pernah wujud dalam hidup you. Terlalu banyak dia melukai dan menyakiti you."Terdiam Aina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syafiq. ‘Dia tau ke?’

"Amsyar sepupu I. Bila I dengar you sebut nama dia sebelum ini, I tak kisah sangat tapi bila kita balik dari rumah Fariha, I yakin Amsyar yang you sebutkan tu sepupu I. Tapi I tak buat apa-apa even masa itu betapa sakitnya hati i. I nak you sedar sendiri siapa sebenarnya dia. I tak mahu bila I beriya-iya minta you jauhkan diri dari dia, you akan anggap I mendesak you. I sayangkan you dan tak keterlaluan if I say I’m still in love with you, Aina."

Aina terkedu. Airmatanya mengalir. Dia tak sedar begitu tulus cinta Syafiq padanya. Sangkanya, setelah dia menolak cinta Syafiq dulu, Syafiq akan berpaling mencari yang lain, rupanya dia masih menunggu hingga saat ini. Betapa bodohnya dia dalam mencari cinta.

Airmata yang tadi telah berhenti kini kembali mengalir laju.

“Ada bawa hadiah yang I bagi?” Aina mengangguk perlahan sambil menghulurkan bekas baldu biru itu kepada Syafiq.

"I cintakan you Aina. Beri I peluang untuk membahagiakan you. I akan buktikan pada you yang cinta I takkan pernah berbelah bagi, hanya untuk you. I terima you seadanya walaupun you tak pandai masak." Aina ketawa kecil mendengar ayat terakhir dari Syafiq.

"I’m speechless Fiq. I baru putus dengan Amsyar tak sampai 2 jam you dah lamar I. I betul-betul tak tau nak kata apa."Syafiq hanya tersenyum.

" You just need to say yes or no. But I prefer yes."ucap Syafiq sambil tersenyum. Aina jadi malu dengan pandangan Syafiq.

"Kenapa terlalu yakin?Tak takut I akan kecewakan you lagi?"Aina  menduga.

Would you?” Aina senyum. Dia sungguh bahagia dengan keyakinan Syafiq.

"Tapi you kena bagi I masa untuk belajar mencintai you."

"Take your time dear. I tak kisah menunggu kerana I tau penantian I berbaloi. So, may I have your hand?"Aina ragu-ragu menghulurkan tangannya.

"Tak perlu ragu-ragu sayang, gelang ni memang khas untuk you."

"From now on there’s no more you and I. Just Syafiq and Aina." Ucap Syafiq sambil mencuit hidung Aina. Aina hanya tersenyum bahagia.

"Thanks Fiq, for giving me chance to love you." Keduanya tersenyum bahagia. Hadiah harijadi yang amat bermakna dalam hidup Aina.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Mr.diary….

Amsyar…
Ini kali terakhir Aina coretkan namamu di diari ini….
Am telah melanggar prinsip cinta Aina…
Terima kasih kerana melukai hati Aina…
Terima kasih juga kerana pernah jadi sebahagian hidup Aina…
Cerita kita tamat di sini…

Syafiq…
Cintamu pada Aina sungguh tulus…
Tak mungkin Aina akan mengecewakan Fiq…
Aina akan cuba mencintai Fiq sebagaimana Fiq mencintai Aina…
InsyaAllah hubungan kita mekar selamanya…

Ya Allah…
Kau berikan aku dugaan yang berat…
Kemudian Kau hadirkan kegembiraan buatku…
Sungguh aku bersyukur dan berterima kasih atas hadiah-Mu ini…
Berkatilah hubungan kami agar sentiasa berada di atas
landasan kasih yang benar…
Ya Allah…

Mungkin benar kata orang kebanyakan…
Jika kita mencintai seseorang,,
Jangan harapkan yang dia juga mencintai kita…
Kerana cinta itu hadir bukan dengan paksaan…
Sesungguhnya cinta itu menyakitkan…


2 comments:

  1. assalamualaikum moon...selamat bersegmen...:)

    ReplyDelete
  2. perghhh... Semoga berjaya... bnyak betul Konflik aina... hehehe...

    "Keep Smiling"
    ^_^

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan