Wednesday, February 12, 2014

# Life

Siapa Kacau Ni

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Morning semua. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas pagi ni. 

Me tengah online di cafe ni. Bukan niat nak makan pun lagi. Saja lepak sini sebab tadi ada 'benda' kacau masa me dalam keta. Huhu. Tu yang bawa diri ke cafe. Cafe pun tak buka lagi ni.

Kan sekarang ni musim Sukipt. So, en.abg kenalah turun keja awal dari biasa. Jam 6.30 dah ada kat UiTM ni. Selalu parking kat bawah pokok depan Dewan Sri Budiman. But hari ni tengok dah ada orang parking bawah pokok tu. Lagi awal dari kitorang tuuuu. En.abg amik la parking betul-betul depan DSB tapi sebelah tu khemah. Taktau apa ada dalam khemah tu. 

En. Abg turun pegi opis dia dengan motor. Tinggallah me sorang-sorang bergelap dalam keta. Sebelum-sebelum ni ok. Tak pernah rasa pelik pun but hari ni memang rasa tak sedap hati. Masa dalam keta tu, few times bonet belakang kena ketuk. Bila me pusing takde pulak manusia belakang tu. 

Nak sedapkan hati me buka tab. Konon-konon nak surf tenet la tapi pastu lagi kuat kena ketuk. Me apa lagi. Amik barang. Keluar dari keta terus je ke cafe. Tapi sebelum keluar tu siap-siap call en.abg. 

Adoi. Laju giler kut me jalan tadi. Hehehe. Bukan apa. Takut benda-benda tak diingini jadi je. Dahlah tempat tu gelap. Orang pun takde lagi lalu lalang. Nak terus stay dalam keta tu mungkin tak. Sebab tu me pilih untuk cari tempat lagi terang. Huhu. 

Sekarang ni jenayah ada kat mana-mana. Tak pilih tempat pun. 

3 comments:

Follow me @munirah_izzan