Tuesday, February 18, 2014

# TASKA UiTM # TASKA Wajib Di Premis Kerajaan

TASKA Wajib Di Premis Kerajaan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi tadi on the way nak pegi kerja terdengar tajuk berita ni kat SinarFM. Alhamdulillah. Sepatutnya benda ni dah lama di buat. Taklah ada ibubapa yang rasa risau nak tinggalkan anak-anak jauh dari tempat kerja. 

Kuala Lumpur: Semua premis kerajaan akan diwajibkan membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) untuk menampung keperluan penjagaan kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

UiTM memang dah lama sediakan perkhidmatan TASKA ni. Masa kat Sabah dulu hantar Aisya kat TASKA UiTM je. Dekat. Masa rehat boleh je jenguk anak kejap. Tapi tak bolehlah duk lepak kat TASKA tu sampai berjam-jam. Tak elok lah sebab TASKA ni pun ada polisi n peraturan diorang sendiri.

Rasanya memang ramai yang lega dengan pengumuman ni kan? :)

sumber berita : Berita Harian

2 comments:

  1. nasib rara mmg ada taska kt sini.dpt subsidi lg.alhamdulillah! hehehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan