Tuesday, March 18, 2014

# Life

Apa Bakal Terjadi Pada Profession Guru 5 Tahun Akan Datang?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tiba-tiba terfikir apa agaknya bakal terjadi pada profession guru 5 tahun akan datang. Sekarang ni pun ramai je parents yang sibuk nak saman guru. Nak sumbat guru dalam penjara. 


Macam-macam lah. Manja sungguh anak-anak zaman sekarang kan. Rotan sikit lapor polis. Usik sikit parents sibuk call media. Semua salahkan guru. Zaman me sekolah dulu tak ada macam ni. Rotan? Cubit? Denda? Jalan itik keliling padang? Semua dah merasa. Parents pun tiada masa nak sibuk marahkan cikgu sebab rotan me. Dah memang salah kita. Lainlah if memang cikgu tu denda melampau. 

Student bising cikgu salah. Student tak buat kerja sekolah cikgu salah. Bila agaknya masa cikgu tak salah ea? Huhu. 

Kadang-kadang ada juga terbaca status cikgu-cikgu kat facebook macamana keadaan diorang dalam kelas. Kadang-kadang ada yang melawan. Pijak kaki cikgu. Selamba keluar kelas. Ketawakan cikgu. Carut kat cikgu. Rosakkan kereta cikgu. Apakah? 

Disiplin? Entahlah. Susah nak cakap. Hope Aisya and Aeera dijauhkan dari perbuatan tak elok macam ni. 

Sedih even me bukan cikgu. Semoga semua cikgu-cikgu di luar sana bertabah dengan kerenah macam ni.

Minta maaf if ada yang tak puas hati dengan entry kali ni. Just meluahkan kekecewaan yang me rasa. 

2 comments:

  1. segelintir guru2 yg salahgunakan kuasa mereka terhadap anak2, buat kan semua nama guru jadi busuk, buat parents tak percaya pada guru... kebanyakan guru tak buat salah yg tak munasabah pun... tatau lah...

    ReplyDelete
  2. Huhu..mmg cmtula kami nsb para cikgu ni sis..aptb

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan