Monday, March 31, 2014

# #mengingatiMH370 # #prayforMH370

Singkapkan Doa Kami #MH370

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagu ini dicipta khas demi untuk mengingati tragedi kehilangan pesawat MH370. Sebak, pilu, sedih bila dengar lagu ni. Sehingga kini masih ada tanda tanya yang belum terungkai. Masih banyak persoalan yang belum terjawab. Setiap hari ada sahaja spekulasi yang timbul. Ada sahaja cerita yang dikongsikan. 

Apapun kejadiannya, me mohon agar kita doakan yang baik-baik sahaja untuk penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Jika masih ada ruang walau sebesar zarah untuk mereka kembali ke pangkuan keluarga, semoga dipermudahkan semuanya. Dan andai betul perjalanan mereka berakhir di Lautan Hindi, semoga urusan pencarian dipermudahkan oleh ALLAH. 





Lirik Lagu Singkapkan Doa Kami
Penyanyi: Riz

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah aku merinduimu
Bergemerlap langit ke tujuh

Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulanganmu
Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selama-lamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Singkapkan ia dari misteri

Lirik  / Komposer: LY /Baiduri

Sumber: Dinet FM

3 comments:

  1. Walaupun xda ahli keluarga Zara dan suami tlibat dalam kehilangan MH370 ni.. kmi juga salah satu dari bjuta rakyat di Malaysia yg masi mharap mereka yg tbabit masih selamat.. semoga ALLAH SWT mberikan petunjuk kpd kita.. :')

    ReplyDelete
  2. Walaupun xda ahli keluarga Zara dan suami tlibat dalam kehilangan MH370 ni.. kmi juga salah satu dari bjuta rakyat di Malaysia yg masi mharap mereka yg tbabit masih selamat.. semoga ALLAH SWT mberikan petunjuk kpd kita.. :')

    ReplyDelete
  3. yup. moga segalanya dipermudahkan. dugaan besar ni dengan spekulasi dari negara2 luar lagi. -_-


    psst, akak nanti cek email ye. bukan email yg dekat side bar tu, email yg akak beli novel dgn sy hari tuu. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan