Tuesday, March 18, 2014

# #NurAisyaSyuhadaa # Life

"1,2,3,4,5. Yeay!!" Nangis!!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama tak bercerita pasal anak kan. Heee. Bukan taknak cerita tapi,,. Nanti me kongsikan kenapa ea. :)

Just nak meluahkan rasa bersyukur me dan berkongsi kegembiraan dengan rakan blogger yang lain. 

Masa kat kereta tadi, Aisya asyik main dengan sampul surat umi. Kat sampul tu ada pic belon. Me tengok je masa tu sebab tengah pangku Aeera. Tiba-tiba , "1,2,3,4,5. Yeay!" Hah?! Terus me pandang en.abg. Tanya if dia dengar tak apa yang Aisya kira jap tadi tapi tak dengar katanya. Pastu me suh Aisya kira lagi sekali. "1,2,3,4,5. Yeay!!" Haaaaa. Mengalir airmata me. Satu perkembangan yang amat baik dari anak umi. Pastu en.abg tak habis-habis suh Aisya kira sampai Aisya kata "finish!" Hahaha. Boringlah tu.

Umur Aisya dah setahun 9 bulan. Mungkin ada yang kata 'eh! Lambatnya dia belajar mengira!' 'Anak saya umur dot dot dot dah pandai mengira' Ok! Setiap anak tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat. Tak kisah la. Sekurang-kurangnya me nampak perkembangan tu setiap hari. 

Apapun, me sangat-sangat bersyukur dengan peningkatan Aisya hari ni. So proud dengan dia juga. Really-really proud. Semoga semakin banyak yang dia belajar setiap hari. 

InsyaALLAH umi akan berikan yang terbaik buat anak-anak umi. 

6 comments:

  1. cepat la tu.... budak ni kadang2 dorang dengar apa kita kata, masuk kat kepala... tetiba je dia boleh keluarkan apa yg da simpan dalam otak. =)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. perkembangan yang baik. hehe maknya terharu sangat ~~~

    ReplyDelete
  3. Lambat ke?? Cepatla tu.. seronoknya. Tahniah aisya...

    ReplyDelete
  4. Cepatla tuh bg akk..good job aisya!!

    ReplyDelete
  5. aloo comel. siap ada yayy kat hujung tuu. hehee

    ReplyDelete
  6. Bijakkk yer kamu wahai aisya...terkedu Umi Qi...ni yg nak kena hari2 ajar Qi ni....aminnn

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan