Wednesday, April 23, 2014

Anak Bergilir Kenakan Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni seriously rasa mengantuk yang teramat. Even keja syif malam pun boleh tak cukup tidur. Huhu. 

Semalam dalam jam 12 lebih gituAeera bangun kejut umi. Nak susu. Ok! Dengan mamai me ke dapur buat susu. Baru nak buka bekas susu dia dah menjerit dalam bilik. Ades! Taknak Aisya bangun terpaksa gak angkut sekali Aeera ke dapur. 

Pas menyusu tu boleh pulak dia ajak main. Huhu. Dah la mata memang rasa berat sangat semalam. Tak larat nak layan dia main. Biar dia main sorang. Habis dia panjat badan, cakar muka, tarik rambut. Huhu. Geram gak tapi biarkan. Tak lama pastu dia dah start merengek nak tidur. Me amik and baringkan dia. Bagi puting and tuala. Gosok-gosok mata kejap. Me pun baringlah sebelah dia. Dia pusing pandang me pastu ajak boraklah pulak. Huhu. Me layan kejap sambil tepuk-tepuk paha ajak dia tido. Pastu gelappppp. Hahahaha. Me yang lelap dulu. 

Tiba-tiba pastu rasa ada orang tarik baju. Aisya rupanya. Tengok jam baru 20 minit me tidur. Huhu. Ajak borak jugak. Ingatkan dia mengigau ke apa kan. ajak borak pepagi buta. Layankan dia jap. Tak sedar terlelap. Sedar-sedar je bila pipi rasa sakit. Aisya tampar. Huhuhu. Suruh bangunlah tu. 

Me bangun kejap. Pastu baringkan dia, dia duduk semula. Adoi. Me pun biar dia layan borak sorang-sorang tapi dia asyik panggil umi..umi.. Huhu. Pening jap. Lama gak baru dia tido semula tu pun pas main-main ngan kening umi dia ni. Fuh~ lega jap. 

Baru nak letak kepala, toleh ke Aeera, dia pulak bagi senyuman paling manis kat me. Adoi anak! Bergilir korang kenakan umi yee. 

Pagi tadi bangun memang rasa macam nak pengsan. Sakit kepala kut sebab asyik terjaga. Huhu. Tak bagi kerjasama betul budak kecik 2 orang ni. Hehe. 

En.abg suruh tidur jap before pegi keja but tak dapat nak lelap even mata rasa berat sangat. Huhu. Terpaksa jugak gagahkan diri bersiap. 

Hope malam ni Aisya n Aeera tak buat lawak macam ni lagi. Huhu. 

Apapun,, korang tetap anak umi yang paling umi sayang. Permata hati umi. :D 

2 comments:

  1. hehe..sabar je la..kan??anak tengah nak membesar ni..macam2 la perangai nye..

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan :)...takpe saat macam ni sekali seumur hidup je...bila diaorang dah besar kita plak rindu hehe...

    Dapat link blog ni dari http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html...so ikut blogwalking n follow sekali....jom singgah ke http://diarymissnick.blogspot.com/

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan