Tuesday, May 6, 2014

# Aziz Satar Meninggal Dunia

Aziz Satar Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Agak terkejut bila dengar Sinar.fm pagi ni. Fikirkan tersalah dengar. En.abg siap tambah volume lagi. Huhu.



Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Sumber : Berita Harian 

Takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah Aziz Satar. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah


Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah


6 comments:

  1. Al Fatihah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

    ReplyDelete
  2. terkejut dgr berita pagi tadi..
    Innalillah..Alfatihah

    ReplyDelete
  3. Salam takziah....ya Allah....alfatihah...moon inilah pelakon yg menjadi kebanggaan kita sampai bila2...

    ReplyDelete
  4. Alfatihah..
    Salam singgah dan follow.. nice blog like like like.. :)

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan