Monday, May 12, 2014

# Life

ROJAK!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

BUSY!!!!!!

Itu yang membuatkan me tak dapat nak update blog tiap-tiap hari. Sekarang ni pun me memangku tugas salah sorang staf yang cuti bersalin so masa tu memang agak pack. Banyak yang kena settlekan. 

Takpe-takpe. Mungkin ALLAH nak uji kita kan. Atau sebelum ni kut-kut me banyak sangat masa terluang tu yang ALLAH bagi kerja banyak sikit supaya boleh cover masa-masa terluang yang me bazirkan sebelum ni. Taklah percuma me makan duit gaji kan. Hehehe. 

Uhuk!! 

Esok pun kena kerja. Actually niat sebelum ni memang nak habiskan masa dengan anak-anak tapi hati rasa tak senang pulak kenangkan bahan-bahan untuk kursus Rabu ni tak settle lagi. Banyak pulak tu. Nak siapkan hari Rabu nanti memang confirm tak sempat la. 

So, kenalah korbankan sikit masa cuti me ni. 

Takpe. Yang penting Rabu depan me nak cuti. Nak bawa Aeera jumpa pakar kanak-kanak. Kenapa? Bila semua dah clear nanti me cerita ea. Huhu. Korang pun tolonglah doakan kesihatan Aeera tau. 


Tengok Aeera tido. Comelkan. Ok! Ini iklan. Hehehe. Keadaan tak kemas belakang tu abaikan sebab kitorang baru pindah umah so masuk akallah bila rumah sepah sikitkan. 

Nak harap me siapkan benda-benda tu semua dalam masa 2 hari memang tak siaplah. Mana nak melayan anak lagi. Anak nak tido. Anak nak makan. Nak susu. Nak mandi. Kadang baru gerak 2 langkah yang kecik tu dah nangis. Yang kecik tu tido kakaknya pula kejut ajak main. Hadoiii la anak-anak ku. Huhu. 

Dah kemana hala entry me ni sebenarnya pun tak tau. Hahahaha. Saja nak luang masa bebel-bebel kat blog sementara masih break hour ni. Ok! Hari ni me kerja syif petang. Masuk jam 1 balik jam 10. 

Tapi tadi datang awal sikit sebab nak siapkan kerja. Fuh~ busy betul kan. Kalah PM. Hahaha. 



No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan