Thursday, May 29, 2014

# Anniversary # Life

Third Anniversary! :D

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. SYukur ke hadrat ALLAH kerana memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. 

Mungkin ada yang kata 'alaaaa.. baru 3 tahun pun nak kecoh..org lain dah berabad ok je..' (Sebenarnya bukan 'mungkin' tapi memang ada yang kata macam tu..) Ada aku kisah! Heh~ 

Nasihat untuk orang itu,,, silalah kahwin dan rasai sendiri hidup berumahtangga ni. Senang ke,, susah ke. Dah rasa baru faham kenapa setiap hari ada je yang rasa bersyukur. 

Back to the point!

Sedar tak sedar dah 3 tahun hidup bersama suami, Abdul Karim Mohd Latep. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Me sedar bahawa 3 tahun ni masih berada dalam fasa awal kehidupan. Masih panjang  dan jauh perjalanan yang bakal kami tempuh. InsyaALLAH. Berkat keserasian dan restu dari ALLAH kami akan menghadapi semua tu dengan sabar. 

Sepanjang 3 tahun perkahwinan juga, kami dikurniakan 2 puteri penyeri keluarga. Nur Aisya Syuhadaa dan Nur Aeera Shuhayra. Terima kasih ALLAH atas kurniaan dan amanah yang amat berharga ni. Akan kami jaga amanah yang KAU berikan ini sebaik mungkin. 

To en.abg...

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga abg. 

Tiada hadiah mahal yang mampu ira berikan. 
Tiada majlis yang mampu ira sediakan. 
Hanya doa dan ketaatan sebagai isteri yang mampu ira hulurkan pada hari istimewa ini. 

Ira sedar sepanjang 3 tahun kita bersama, masih terlalu banyak kekurangan ira sebagai isteri. 
Ira minta maaf. 
Terima kasih kerana menerima kekurangan ira. 
Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah ira.
Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar yang abg berikan. 

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke jannah. Amin.

Tak mampu nak taip panjang-panjang. Sebak! Nangis sudah. 

Yang lain biar mulut yang berbicara. Face to face mesti lagi sebak. Huwaaaaa!

#Okbai nak sambung kerja. Escape jap update blog. Heee~

4 comments:

  1. hepi anniversary kak ! moga bahagia hingga akhir hayat nanti. :D

    ReplyDelete
  2. happy 3rd anniversary moon. sama la kita, br 3 tahun.

    ReplyDelete
  3. happy thirdvarsary akak n husband..moga kekal til jannah..aminn

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan