Monday, June 16, 2014

# #mengenangMH370 # #mengingatiMH370

100 Hari Kehilangan Pesawat MH370

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

100 Hari Kehilangan Pesawat MH370 | Sabtu lepas en.abg buka movie Non Stop. Me sangat fokus masa tengok movie ni kerana sebelum ni ramai yang mengaitkan movie ni dengan MH370. 

Bagi me sendiri, sepanjang menonton movie ni, hati sebak sangat. Fikiran tak lari dari memikirkan nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Soalan demi persoalan muncul dalam fikiran. Me cuba untuk meletakkan diri dalam keadaan mereka yang berada di dalam pesawat ketika itu namun tak mampu. 

Airmata masih bersisa untuk mereka. 

Untuk masa sekarang, persoalan masih sama seperti sebelum ni. Persoalan yang sama bermain dalam minda semua orang. 

APA SEBENARNYA YANG TERJADI?

Apapun keadaaannya, 
apapun kejadiannya, 
semoga dipermudahkan urusan pencarian. 
Semoga usaha mencari dilakukan di tempat yang betul. 
Agar semua penantian berakhir dengan jawapan. 

Sumber : google.com/



1 comment:

  1. semoga persoalan kepada misteri kehilangan mh370 dapat akan menemui jawapan.amin

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan