Monday, June 30, 2014

# waktu afdal menunaikan zakat fitrah # zakat fitrah

Waktu Paling Afdal Menunaikan Zakat Fitrah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Google

Waktu Paling Afdal Menunaikan Zakat Fitrah | Tadi me singgah ke page e-zakat sebab nak tengok kadar bayaran zakat bagi tahun ni. Dalam mencari-cari tu, me terjumpa satu artikel memaparkan Waktu Menunaikan Zakat Fitrah.

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 :

1. Waktu Wajib
* Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
* Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat
* Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh
* Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal

5. Waktu Haram
* Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal ; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka bertambahlah dosanya. 

Me sharekan kerana me rasa ia satu perkongsian yang menarik buat mereka yang suka melengah-lengahkan pembayaran zakat. Bukan setakat buat golongan itu tapi juga baik untuk pengetahuan semua umat Islam. :)


6 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian oo rupa2nya waktu sebelum nak semayang raya tu lagi afdal noo.cantik2 terima kasih

    ReplyDelete
  2. good sharing...kita pn x tau ada waktu² lain utk byr zakat..biasa mmg byr waktu sunat tu je :)

    ReplyDelete
  3. boleh la bayar zakat ke bapak saya sebab bapak saya jadi amil tahun ni :D

    ReplyDelete
  4. Biasanya saya bayar sehari sebelum raya..kira petang last puasa tu la..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan