Tuesday, July 1, 2014

# Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal # Life

Cuti Raya dan Tiket Kapal Terbang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Permulaan Julai yang baik. :D

Pagi tadi dah dapat email dari bendahari. Diorang minta semak semula jadual penerbangan sebelum diorang confirmkan tiket. Cek punya cek, bincang punya bincang dengan en.abg maka kami pun setuju dengan masa dan tarikh tu even 1 hari awal dari yang kami mohon. Reply email kata ok then tak sampai sejam bendahari dah emailkan e-ticket. Yeay!!! Excited giler.

Mula cuak jugak bila tiada reply dari pihak bendahari sebelum ni. Dah 2 minggu me hantar permohonan untuk menggunakan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal buat kali pertama. Tu yang nervous sikit bila lambat dapat feedback tu. Hahaha.

Dah dapat e-ticket tu tak tunggu apalagi dah. Terus apply cuti. Alhamdulillah. Pegawai dah luluskan. Weehuuuu~ Tak sabar nak balik Sabah. Rindunya!!!

Ambil cuti dalam 4 hari je pun. Bukan apa, nak save cuti untuk hujung tahun ni pulak sebab adik me kahwin. Mak dah pesan suh balik jugak even sekejap. Huhuhu. Paling best ayat mak bagi ngan me hari tu "Raya ni tak payah balik la. Balik hujung tahun ni je...." Huwaaaaa. Memang rasa nak nangis time tu jugak. Me dah la memang menunggu peluang nak balik sana.

En.abg pun kata tak payah balik raya ni. Huhuhu. Kuar je ayat tu terus rasa nak merajuk dengan en.abg. Dia tak kisah arr kan. Kampuang dia dekat je. Bila-bila pun boleh balik. Yang me ni,, kena tunggu cuti baru boleh balik. Bukannya boleh suka-suka.

Excited sangat nak balik. Nak makan makanan Sabah. Tuhau, lada putih, bambangan. Homaiiiiiii.

Family? Mestilah itu keutamaan nak balik kampung. Nak jumpa dengan family kan. Rindu kat mama, bapa, nenek, atuk, adik beradik, anak-anak buah. Haaaaa, nak cerita semua sekali memang panjang listnya ni. Huhuhu.

Counting! 3 weeks to go!!

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. :D

5 comments:

  1. wah seronoknya dia, apa2pun glad that you are happy...

    ReplyDelete
  2. wah..seronoknya dpt cuti....jaohnya nak balik kampung..hehehe..

    ReplyDelete
  3. seronok la depa dapat tiket naik belon tuu bestttt

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, dah settle hal tiket dan cuti. semoga dieprmudahkan..

    ReplyDelete
  5. Memang saat yg paling best bila dpt berkumpul dgn family kan?

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan