Monday, July 14, 2014

# Enot # Enot sakit

Enot Tolak Rawatan Moden

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : google image

Enot Tolak Rawatan Moden | MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui tentang kanser usus yang dihadapi oleh pelakon Aliza Abdullah atau Enot.

Ketika ini penyakit yang dihidapinya itu berada pada tahap kedua namun Enot memberitahu dia menolak untuk meneruskan rawatan secara moden sebaliknya mengamalkan perubatan cara tradisional.

Menurut Enot, ramai dalam kalangan ahli keluarganya yang menghidap kanser sebelum ini tidak sembuh dengan perubatan moden bahkan ada yang menderita penyakit sampingan seperti buah pinggang dan sebagainya.

“Sudah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ini memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa sehinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

“Selama tiga bulan pendarahan itu berlaku. Kemudian apabila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya menghidap kanser tahap kedua.

“Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi sekarang saya amalkan perubatan tradisional. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun itu saya beli di Seremban, Negeri Sembilan.

“Bukan itu sahaja saya turut mengambil makanan tambahan (suplemen) yang dibiayai oleh seseorang yang berharga RM3,000.

“Tajaan tersebut diusahakan oleh rakan artis Abot dan Emma Akma. Saya cukup berterima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya.

“Tapi saya masih mendapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin hidup macam biasa," kata Enot.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140713/hi_02/Ujian-Tuhan-buat-Enot#ixzz37PkEWAmf 


Kredit : Utusan.com.my

3 comments:

  1. dugaan utk enot. moga enot cepat sembuh.

    thanks join dan support segmen saya. good luck ya. :)

    http://www.mystorymory.com/2014/07/segmen-wow-duit-raya-12-17-julai-2014.html

    ReplyDelete
  2. semoga Enot semakin sihat & pulih

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan