Friday, July 4, 2014

# Lobak Masin Goreng Pedas # Resepi Ringkas

Resepi : Lobak Masin Goreng Pedas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni saja me nak sharekan 1 resepi simple. Alaaaaah. Semua mesti tau punya resepi ni. Hehe. Baru ni je me tau yang lobak masin ni boleh buat goreng macam ni. Dulu masa kat Kuching biasa diorang letak dalam me goreng atau nasi goreng. Tu pun sedap!

Jom intai resepi yang tak berapa serupa resepi ni. Hehe.

Bahan-bahan :-

1 peket lobak masin yang telah di cincang halus
5 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
3 sudu minyak masak

Cara masak :-
  1. Basuh lobak masin dengan air bersih. 
  2. Hiris bawang, cili besar dan cili padi. 
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  4. Tumiskan bawang kemudian masukkan lobak masin, cili besar dan cili padi. (Resepi ni tak perlukan garam sebab lobak tu pun dah cukup masin)
Boleh tambah ikan bilis jika suka. Jika nak tambah ikan bilis, tumiskan ikan bilis bersama-sama dengan bawang. Me tak suka tambah ikan bilis. Biar kosong macam tu je. Hehehe.

Selamat mencuba semua.

Lobak masin goreng pedas ni sedap di makan bersama bubur nasi panas. Terangkat selera. Fuh! Terbaik wa cakap lu.





6 comments:

  1. Assalamualaikum kak, alaa gambar takda ke? hehe susah nak imagine ni. hiewhiew..

    ReplyDelete
  2. setju ngan Sheila.kalau ada gambar sonang sikit.hihi...slmt bpuasa =)

    ReplyDelete
  3. @Sheila Salim

    nanti akak bt lagi akak snap pic yee.. sorry.. huhu

    ReplyDelete
  4. @Khumaera Ismail aka Mariam Ismail

    kan..xpe..sok2 sy bt sy poskan gambar skali.. sorry..

    ReplyDelete
  5. Ermmm..sedap tu. Dh lame x mkn lobak asin.

    ReplyDelete
  6. Sis, jemput drop url blog kat bahagian 'keep in touch '.
    http://drshikinzainal.blogspot.com

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan