Tuesday, July 8, 2014

# Life

Tugasan Luar Buat Rumah Jadi Sunyi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terasa sunyi je rumah hari ni. En.abg ada tugasan luar kat Kedah selama 3 hari. Berangkat pagi tadi. Balik sini Khamis malam. 

Maka adegan rindu merindui bakal berlaku. Huahuahua.

Me boleh lagi bertahan. Risaukan Aisya je. Dah lah dia manja dengan ayah dia. Tiap-tiap kali terjaga dari tidur ayat pertama yang keluar dari mulut dia "ayah.. ayah..na ayah?" Even en.abg tengah baring sebelah dia pun tetap gak ayat tu yang keluar. Kadang bila dia tak nampak ayah dia, dia ketuk pintu bilik air sambil jerot panggil ayah. Kadang mulalah nak merengek. Risau dia nangis tengah malam je nanti. Jenuh nak pujuk tu. Adoiii. Risau ni.

Ada je baju yang en.abg tinggalkan untuk jadi selimut Aisya memalam. Tapi baju tu dia bawa pegi gunting rambut malam tadi. Mau gatal Aisya nanti. Huhu. 

Aeera tak mencari sangat kut. Kecik lagi kan. Paling pun dia excited lebih bila en.abg dah balik nanti. :)

Tapikan, memang terasa tau bila en.abg tiada. Memang sunyi sangat-sangat. Hurm. Cepatlah 3 hari ni berlalu. 

2 comments:

Follow me @munirah_izzan