Wednesday, July 16, 2014

# #CDM25 # peugeot CDM25

"You See My Plat Number??!!"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Video Wanita CDM25 mengamuk trending di laman sosial. Seriusly me sangat tak setuju dengan cara perempuan ni handle masalah. Siap bawa stering lock lagi. Macam samseng sudah. Dalam dia mengamuk tu dia lupa sekarang ni zaman teknologi di hujung jari. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian telah merakam dan memuaturun video tersebut ke Facebook. Hurm,, sekejap je dah jadi viral. Lagi-lagi dengan kemudahan button share kat Facebook tu memang lagi cepat video ni tersebar.

Sumber : twitter 
Paling terkesan di hati bila lelaki tua berbangsa cina itu berkali-kali memohon maaf dan akur untuk membayar gantirugi namun dibalas dengan maki hamun dari pemilik CDM25 ni. Siap hentak-hentak kereta uncle tu dengan stering lock lagi. Apakah?! Tindakan yang sungguh memalukan.

"You see my plat number??!!" Apa yang cuba dibuktikan oleh perempuan ni agaknya dengan mengajukan soalan macam tu ea? Hurm.. Ok.. Jom bersangka baik.. Mungkin,, mungkin,, dan mungkin...

Fuh~ Still tak boleh terima. Kesian uncle tu.

Sumber : facebook
Status Facebook anak kepada uncle yang menjadi mangsa maki hamun pemilik CDM25. Siapa pun pasti akan marah bila jadi macam tu kat keluarga sendiri. Huhuhu.

Apapun, bersedialah hadapi apa jua tindakan yang bakal datang. Anak-anak uncle ni pasti takkan berdiam diri selepas ayah diorang dimaki hamun depan orang ramai.


2 comments:

  1. btul... cara dorang ni handle masalah macam anak kena bom ngn zionis... padahal calar je kot.

    ReplyDelete
  2. Memang harassment gile. Kalau saya jadi anak pun memang saya cari perempuan ni.
    Takde budi bahasa langsung maki hamun old man like that. Memalukan orang islam je.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan