Friday, August 8, 2014

# #aidilfitri2014 # Aidilfitri

Perasaan Menaiki MAS Selepas Peristiwa MH370 Dan MH17

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Maka bermulalah ceritera Aidilfitri dari me.. :)

Dalam entry lepas me ada bercerita tentang tiket flight yang diterima. Dapat fly dengan MAS lagi. Alhamdulillah. Pengalaman bersama MAS sebelum ni semuanya awesome! Best! Terbaik!


Tapi dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 haruslah ada sedikit rasa risau. Kejadian itu memang menyuntik rasa gelisah bila difikirkan. Namun kata-kata en.abg buat me rasa tenang. Kembali pada rukun iman ke-enam.

sumber : google image

Dan alhamdulillah. Pada 25 Julai 2014 jam 12.50am, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ketika penerbangan, terpandang flight attendant yang ramah dan mesra buat hati jadi lebih tenang.

If kita pun risau begini, bagaimana agaknya perasaan diorang pulak kan. Dah lah selalu kena fly jauh. Apapun, me doakan agar semua staff MAS tabah dengan kejadian yang menimpa sahabat-sahabat mereka. Me juga sentiasa doakan keselamatan mereka sepanjang bertugas. Amin.

Terpandang wajah bapa dan mama kat luar pintu ketibaan rasa macam nak menangis. Nak berlari dapatkan diorang. Nasib baik ingat diri ni dah bersuami dan ada 2 orang anak. Hehehe. So, sopan je dapatkan diorang.


#prayformh370
#prayrofmh17
#prayforgaza

6 comments:

  1. Perasaan naik flight kakak rasa sikit banyak memang ada rasa nervous sebab kejadian itu tapi kalau tak terbang macam mana kan - nak berenang? hihi...

    Jumpa mak-ayah mestilah moment yg indah sekali..

    ReplyDelete
  2. hehe sama mcm husb amal haritu. bali k dr kk-kl naik mas. mmg takut dia cakap. tp just pikir positif..

    ReplyDelete
  3. kita yang berulang alik ke semenanjung ni terpaksa keep positive la kak kan..

    ReplyDelete
  4. Moon...cm tu lah ju rasa masa naik flight pi bercuti ke sabah baru2 ni...bulan mei pula tu...dah la masih baru lg tragedi mh370...harap doa kita dimakbulkan Allah

    ReplyDelete
  5. x pernah lagi naik flight hehe

    ReplyDelete
  6. heheheh..mesti mak ayah pun risau je tunggu anak sampai..

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan