Thursday, September 25, 2014

# #NurAisyaSyuhadaa # Life

Aisya Rindu Ayah


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Esok en.abg habis kursus. Terasa lama sangat dia kursus kali ni. Seminggu je pun.

Pas 2 hari Aisya ok lagi tapi semalam banyak kali dia tanya ayah dia.

Masa amik dia kat umah pengasuh pun, dia lari peluk me tapi matanya tengok kereta. "Miii, na ayah?" Me jawab ayah kerja. Dia pun owhh je.

Pastu masa nak gerak, dia tanya lagi sekali.

Sampai umah tanya lagi banyak kali.

Sebelum tido peluk bantal peluk ayah dia, pastu tanya mana ayah. Sampailah dia tertidur.

Pagi tadi dalam jam 3 lebih gitu dia bangun kejut me. Dia tanya lagi mana ayah dia. Huwaaaaaaa. 

Rasa nak nangis. Mesti dia rindu sangat ni.

Semalam call en.abg. Nak bagi Aisya cakap ngan ayah dia tapi Aisya macam merajuk. Entahlah. Dia dengar je suara ayah dia "hurmm ayah.." pastu lari jauh-jauh.

Bila ayah dia panggil nama dia terus dia senyum-senyum but still takmo bersuara. Ayah dia letak baru dia tanya lagi ayah mana.

Aeera pulak bila dengar ayah dia panggil nama dia terus dia sebut "yah..yah..yah.." haaaaa. Dah pandai kan. Pastu "duk..duk.." Means dia suruh ayah dia duduk macam ayah dia ada depan mata.

Owh anak. Sedih umi tau. Umi pun rindu jugak. Tapi umi taktau macamana tahap rindu anak umi pada ayah dia. Huhu.

Tengok baju ayah, tanya mana ayah. Tengok seluar ayah, tanya mana ayah. Tengok buku ayah, tanya mana ayah. Dengar bunyi kereta, lari ke pintu sambil jerit panggil ayah. Dengar bunyi motor, lari ke pintu panggil ayah.

Jatuh airmata umi bila tengok anak umi macam tu. Sedihnya.

Aisya dah big girl sekarang ni. Dah pandai nak tunjukkan yang dia rindu.

Sedihhhh~

Posted via Blogaway






2 comments:

  1. kan?/anak2 saya pun macam tu..kalau ayah nya ada dah macam anak ayam je..mengikut je ayah nye ke dapur,ke bilik,ke ruang tamu..heheh

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan