Friday, September 12, 2014

# #NurAeeraShuhayra # #NurAisyaSyuhadaa

Jantung Hati Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama dah tak bercerita perihal anak-anak kan. Apa khabar Aisya.. Apa khabar Aeera..
Heeee..both of them sihat-sihat sahaja. Semakin membesar dengan sihat, semakin manja, semakin banyak kerenah dan banyak lagi semakin. Hahaha.

Bulan ni Aisya dah masuk 2 tahun 3 bulan. Semakin petah bercakap. Semakin jelas sebutannya. Hahaha. Semakin lagiiii..

Dalam entry kali ni penggunaan semakin adalah yang paling banyak agaknya. :p

Aisya dah pandai nak bercerita. Even dia sebut satu-satu tapi kita faham dengan jalan cerita yang dia sampaikan. Macam last week, dia jatuh and calar sikit kat lutut. Masa tu biras yang amik Aisya and Aeera kat rumah pengasuh sebab en.abg balik lewat so me kena tunggu sekali. Masa amik tu Aisya tunjuk lutut dia pada me.

A : miii.. nguk (umi..tengok)
U : kenapa nak?
A : akit.. (sakit)
U : siapa buat?
A : anggai (langgar)
U : siapa langgar?
A : amna (syamina..)
U : owh.. syamina langgar?
A : anggai..akit mi.. (langgar..sakit umi..)

Syamina tu kazen dia. Sebaya. Beza bulan je.

Haaaaaa.. rasa macam 'owh..semakin pandai anak umi..' nak nangis pun ada. Terus peluk and cium puas-puas.

Aeera pulak hujung minggu ni masuk setahun. Haaaaaa. Cepatnya masa berlalu.

Aeera dah pandai sebut 'ayah..' Sebut 'nak..' Pastu bebel-bebel. Hahaha. Umi? Tak pandai lagi tapi bila nampak umi je mesti dia nak dukung. Tapikaaaaaaan,,, bila ayah dia dah dukung dia, dia taknak dah dengan umi. Mungkin sebab masa en.abg dengan dia sangat sikit. En.abg selalu oncall. Kadang hujung minggu pun kena kerja jugak. Huuuuu. Kuar awal pagi, anak-anak masih tido. Balik malam anak dah tido.

Hurm..

Perkembangan Aeera? Sekarang ni Aeera dah pandai berdiri tanpa sokongan. Dah selangkah ke depan. Happy sangat. Hope dah laju berjalan by end of this month. Heeeeee. Excited tau umi tengok awak melangkah hari tu.

Gigi baru nak masuk 3 batang. Atas tu baru kuar sikit. Comelss. Hehehe. Paci? Dalam proses takmo bagi dia hisap paci lagi. Semalam dah berjaya seharian tak bagi paci. Dia tak cari pun. Alhamdulillah. Tido pun senang. Hope by end of this week boleh la simpan paci tu forever ea sayang.
Apalagi ea nak cerita? Hehehe. Banyak sangat sebenarnya yang me nak kongsikan. Tapi taktau nak mula dari mana. :)

Haaaaa. Lagi dua beradik ni suka makan epal sebelum tido. Aisya selalu request nak asam a.k.a epal tiap-tiap malam sebelum tido. So me and en.abg akan pastikan peti ais akan sentiasa penuh dengan epal. Kenapa asam? Hahaha. Semua benda pun Aisya sebut asam. Pedas pun asam jugak. Bila Aisya nak, Aeera nampak mestia dia pun nak kan? So, bagi la dia sikit. Habis tauu budak berdua ni makan. Baik sungguh.

Kamu berdua semakin besar dah sayang. Umi dan ayah suka sangat tengok kamu membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah yaa. InsyaALLAH selagi umi mampu,  umi akan cuba bagi yag terbaik untuk anak-anak umi.


Posted via Blogaway

4 comments:

Follow me @munirah_izzan