Sunday, October 26, 2014

Aeera Semakin Bijak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Happy weekend semua. Lama tak update blog. Apapun, thanks buat yang singgah blog suam-suam kuku ni.

Kali ni nak bercerita pasal Aeera. Besar dah dia. Dah 14 bulan pun. Tak sangka betul. Heeeeeee.

Dah pandai mengajuk Upin Ipin. Hehe. Selalu panggil ayah. Panggil kakak. Panggil umi. Pandai dah kata 'nanak(taknak)', 'nak', 'ta(minta)', 'tut(ikut)'. Comel je.

Dah pandai berlari dah sekarang ni. Suka main kejar-kejar ngan kakak dia. Pastu gelak-gelak.

Makan pun banyak. Tapi umur 14 bulan ni baru 9kg. Haaaaa. Lagi sekilo nak kejar kakaknya. Aisya berat 10kg je. Umur 2 tahun. Haaaa. Kuat je makannya.

Aeera if dapat pakai kasut memang pastu takmo buka dah. Dia nak main je. Bila bawa masuk dalam umah, mulalah melalak macam kena cubit.

Tapi anak2lah penyeri hidup. Biar balik keje badan penat tapi bila anak2 depan mata memang tak terasa penat tu.




Posted via Blogaway

4 comments:

  1. aeera comel...anak aunty harini besday dia :) cukup satu tahun..beskan ada anak kecil ni, tengok pekembangan diorang hari ke hari, macam macam gelagat & keletah :)

    ReplyDelete
  2. memang pun..tengah stress dengan hal2 luar bila tengok muka anak hilang semua stress ..

    ReplyDelete
  3. Yup2..hilang rasa penat bile balik melihat anak2 yg cumel. 😀

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan