Wednesday, October 1, 2014

# #NurAeeraShuhayra # #NurAisyaSyuhadaa

Anak Yang Menghambakan Ibu Bapa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Facebook
Ada yang setuju dan ada yang tidak setuju dengan kenyataan-kenyataan dalam gambar di atas kan.

Masa me tengah mengandungkan Aisya dulu, me memang risau sangat nak tinggalkan Aisya kat taska atau tinggalkan dia dengan pengasuh. Sebab kes-kes dera, kes anak meninggal di taska. Homaiii. Memang sangat menakutkan.

Mak ada juga cadangkan supaya tinggalkan Aisya di kampung dlu but bila me suarakan hal ni dengan makcik me, apa yang dia katakan tu membuka fikiran me.

“Dulu mama ko sudah jaga ko dari kecik tapi pas ko ada anak pun ko mau mama ko juga yang jaga anak ko? Bila ko sudah ada anak cubalah susah payah jaga anak sendiri. Baru ko tau senang ka susah mama ko kasi besar kamu dulu..”

Rujukan : ko = kau

Sebab tu la me agak susah hati bila mak insist supaya me tinggalkan Aisya. Nak nangis rasa but akhirnya me buat keputusan untuk tetap jaga Aisya biarpun susah. Huhu.

Cukuplah mak bersengkang mata jaga me dan Aisya masa tengah pantang tu.

Tapi terpulanglah pada diri masing-masing. Bagi sesetengah pihak mungkin itu yang terbaik. Biarlah ada yang mengata kat belakang. Yang penting kita tahu dan kita yakin dengan keputusan kita.
Jangan lupa sentiasa kita doakan keselamatan anak-anak kita. Semoga anak-anak kita dijauhkan dari sebarang perkara yang tidak diingini. Amin.











Hari ni keje syif petang. Hurm.. saat ini rindukan anak-anak. 





8 comments:

  1. saya setuju sangat dengan kata2 DFK tu..

    ReplyDelete
  2. amien.....

    kata kata nya sangat bagus sekali,,,

    saya tunggu kunjungan nya
    otomodif1

    ReplyDelete
  3. I must thank you for the efforts you've put in penning this site.
    I really hope too view the same high-grade content from you in the
    future as well. In fact, your creative writing abilities haas encouraged me to get
    my very own site now ;)

    Have a look at my web site - GTA 5 Cheats

    ReplyDelete
  4. Terpulang pada masing2. Kalaupun ibu bapa jaga cucu, tak bermaksud itu menghambakan ibu bapa. Mungkin memberi peluang anak kita tinggal dengan atok nenek lebih membahagiakan ibu bapa kita. Korbankanlah apa sahaja untuk kebahagiaan ibu dan ayah, hatta anak sendiri sekali pun.

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat MI...

    Peringatan yang baik untuk renungan bersama...umat akhir zaman ni memang banyak dugaan..

    ReplyDelete
  6. memang betul apa yang dikatakan oleh DFK tu..tapi bukan semua orang buat macam tue kan..pendapat khaty,dengan adanya cucu di rumah ibu bapa kadang2 boleh menghiburkan mereka..kan bahagia bila tengok ibu bapa kita bahagia..

    ReplyDelete
  7. kalau di pandang dari satu sudut, betul gak apa yang makcik cakap tu kak moon,,, hehehhe..
    Tapi kalau mak nik sendiri, dari dulu lahi dia kata kalau dia ada cucu, dia nak jaga. hehehe

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan kata2 makcik tu. Kekadang kecian juga nengok mak ayah yang dah tua tu terpaksa jaga cucu gara2 anaknya ambil kesempatan.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan