Monday, October 6, 2014

# Life

Merancang Yang Lebih Baik..

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Isnin yang bahagia. Heeeeee..

Mula bertugas pada 17/9/2008. Sedar tak sedar dah 6 tahun bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di UiTM. 5 tahun di UiTM Sabah dan setahun di UiTM Shah Alam.

Masuk tahun ketujuh di sini. Dan selama 6 tahun tu masih belum di sahkan dalam perkhidmatan.

Sedih sebenarnya. Terasa tak dihargai sepanjang me bertugas tu. Even me dengan sedaya upaya menyiapkan tugasan yang diberikan.

Namun bukan semua orang senang dengan kita. Ada jak yang tak kena. Ya Allah. Susah betul me nak lupakan kejadian-kejadian sebelum ini. Bila ada usaha luar untuk tutup periuk nasi me.

Mungkin rezeki me masih di sini. Rezeki untuk anak-anak me masih di sini. Me akan bertahan selama me mampu.

Terima kasih bagi yang menghargai usaha me. Dan bagi mereka yang pandang kerja me umpama sampah, terima kasih juga. Ada juga perhatian yang diberikan pada me.

Me juga sedang merancang masa depan yang lebih baik. Semoga dipermudahkan segala urusan me dan en.abg.


Posted via Blogaway

7 comments:

  1. sabar yae.. semoga kuat dan tabah dan semoga cepat2 disahkan dalam perkhidmatan. Jangan putus asa Dia tak suka :)

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan..Good Luck!

    ReplyDelete
  3. Librarian rupanya.... Balik on time tu memang hari2 buat ...hhaaa

    ReplyDelete
  4. Sbar ye.insya'allah segala urusan akan dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan