Tuesday, November 18, 2014

Aplikasi Ilham Karangkraf

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Berita baik untuk semua peminat buku dan novel terbitan Karangkraf!!


sumber gambar : email

Jika dulu Portal Ilham Karangkraf yang merupakan komuniti penulisan online hanya dapat di layari di laman sesawang ilham.karangkraf.com, namun kini para peminat novel dan juga cerpen dapat membaca karya-karya ini di aplikasi Ilham Karangkraf.

Aplikasi ini boleh dimuaturun secara percuma di Play Store. Merupakan satu aplikasi yang amat mudah dan mesra pengguna. Paling menarik, aplikasi ini mengajak anda untuk bersama memberi penilaian terhadap karya-karya yang terdapat di ILHAM.

Anda kini sudah tidak perlu risau untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini Ilham Karangkraf akan bersama anda sentiasa.

Muaturun sekarang aplikasi Ilham Karangkraf di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karangkraf.ilhamfree

Untuk mengetahui perkembangan terkini, sila ikuti perkembangan di  facebook.com/IlhamGrupBuku atau follow kami di Instagram 'IlhamKarangkraf'.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada ilham@karangkraf.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pasni senanglah nak baca novel online. Tak perlu bawa buku berat-berat lagi. Ringan beg kita nak keluar berjalan. Heeeeee.

Thanks so  much Karangkraf!!

3 comments:

  1. best ni.. dptlah baca novel ngan cerpen banyak2 pasni.. =)

    ReplyDelete
  2. mudah dah sekarang..tak payah tercongok kat kedai buku lagi..

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in