Wednesday, December 31, 2014

2014 Hampir Berlalu...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun 2014.

Sepanjang tahun ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup me. Yang gembira, yang sedih. Yang menyenangkan hati, yang menyakitkan hati.

Namun me masih bersyukur kerana masih mampu tersenyum hingga ke hari ini. Senyum kala gembira, senyum kala duka.

Tak boleh demand sangat dalam hidup ni. Kena pandai menikmati sambil bersyukur dalam keadaan yang cukup-cukup sederhana. Alhamdulillah. Masih mampu mengecap rasa bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.

Tahun di mana me di duga dalam alam pekerjaan. Cuba untuk terus bertahan dan berpaut di dahan yang hampir rapuh. Sangkaan untuk kecundang di pertengahan salah. Allah kurniakan kekuatan untuk me terus bertahan hingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Hari ini genap 28 tahun me meniti hidup di bumi Allah. Alhamdulillah.

Terima kasih Allah atas peluang yang KAU berikan untuk me terus membesarkan kedua puteri me dan suami.

Nur Aisya Syuhadaa Binti Abdul Karim & Nur Aeera Shuhayra Binti Abdul Karim, membesarlah kalian dengan baik. Selama umi hidup selama itu umi akan cuba berikan yang terbaik buat anak-anak umi. InsyaAllah. Semoga Allah panjangkan umur umi dan ayah agar mampu untuk melihat kalian terus membesar.

Abdul Karim Mohd Latep, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat me dan ayah yang baik untuk anak-anak kita. Semoga bahagia kita hari ini akan berpanjangan hingga ke jannah.

Buat kedua ibu bapa me, terima kasih kerana membesarkan me menjadi insan yang kuat menempuh dugaan hidup. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat keduanya.

Esok masuk tahun baru 2015.. semoga tahun baru nanti memberi kita seribu satu kebaikan.


Amin...

No comments:

Post a Comment

Follow me @munirah_izzan