Tuesday, December 2, 2014

# Life # uji personaliti

Jawapan Pada Uji Personaliti - Pilih Pintu Anda!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom tengok jawapan pada pilihan pintu anda.. :)
Belum pilih pintu? Pilih di Pilih Pintu Anda!
Yang belum pilih pintu,, jangan intai jawapan dulu tau... Heeeeeee


Pilihan 1 - Kebebasan
Anda merupakan seseorang yang
sukakan kebebasan.
Anda memerlukan ruang dan masa
untuk melakukan sesuatu perkara
mengikut adunan tersendiri.
Anda adalah jenis yang suka
berdikari dan suka melawan tetapi
bagi anda pergaduhan bukanlah
sesuatu yang bijak
Anda sukar untuk menerima
seseorang atau sesuatu yang baru.
Tekanan adalah perkara yang anda
benci kerana anda suka menikmati
kehidupan.

Pilihan 2 - Individualiti.
Anda jenis yang suka bergerak
secara bersendirian.
Suka memerhati, berfikir dan
menyelesaikan perkara yang
bermain di benak fikiran anda.
Anda seorang unik dan mempunyai
perspektif yang mendalam dalam
sesuatu perkara.
Anda melihat dunia dalam cara yang
unik, dan orang sekeliling anda
boleh bermanfaat darinya.
Anda seorang 'loner' tetapi anda
boleh menjadi rapat dengan
seseorang tetapi ia akan mengambil
sedikit masa.

Pilihan 3 - Berwarna-warni
Hidup anda penuh dengan keceriaan
kerana anda adalah seorang yang
ceria.
Anda suka berinteraksi dan orang
sekitar anda senang untuk
berinteraksi dengan anda.
Anda suka memulakan perbualan,
dan bertanya banyak soalan.
Sifat ingin tahu anda yang tinggi
menyebabkan anda belajar lebih
dari orang lain.
Anda seorang yang cerdik dan
dalam masa yang sama lucu.
Anda akan berfikir lebih bagi
memastikan orang sekeliling anda
dipenuhi dengan gelak ketawa.

Pilihan 4 - Menarik
Anda akan menjalani kehidupan
yang menarik dan juga mencabar!
Anda selalu melihat kehadapan di
dalam hidup
Biasanya, apabila tiba masa untuk
membuat keputusan, anda akan
membuat keputusan tanpa berfikir
panjang, tapi biasanya semua
keputusan yang anda buat adalah
sentiasa menjadi!
Peraturan adalah perkara yang
kurang disenangi oleh anda dan
dalam masa yang sama anda adalah
seorang yang 'careless'.
Anda seorang yang spontan dan
juga suka mencari keseronokan.

Pilihan 5 - Kedamaian
Kedamaian dan keamanan antara
perkara yang dipentingkan oleh
anda.
Selain itu, anda juga seseorang
yang 'low-maintainance'
Anda tidak suka diganggu/
dihalang.
Apabila tiba masa untuk membuat
keputusan, anda akan mengambil
keputusan yang paling mudah
sekiranya boleh.
Anda tidak suka membenankan diri
anda.
Orang disekeliling anda akan merasa
sokongan yang anda berikan kerana
anda seorang yang 'supportive'.
Anda terkenal sebagai seorang yang
konsisten dan juga seorang yang
melihat sesuatu secara menyeluruh.


Pilihan 6 - Sunyi & Tenang
Anda sukakan keadaan yang sunyi
dan tenang.
Anda boleh menghabiskan masa
secara berseorangan tanpa merasa
sunyi.
Anda ingin mengerti kesemua aspek
yang timbul di dalam kehidupan
anda.
Setiap perkara yang anda lakukan
mempunyai sebab dan anda sudah
berfikir dahulu sebelum membuat
sesuatu perkara.
Kawasan yang dipenuhi orang ramai
akan dielakkan oleh anda tetapi
bukan bermakna anda tidak sosial.
Anda mementingkan perhubungan
yang sejati dan suka berinteraksi
secara berdua-duaan.




Macamana? Ada persamaan tak? Heeeeee... Me pilih pintu 2.. Dan,, yes ada sikit persamaan di situ. 










3 comments:

  1. tadi pilih pintu 1..ada jugak la persamaan tu..hehe

    ReplyDelete
  2. kinda same alike myself :3 haha . thanks for sharing ! :D

    ReplyDelete
  3. patut la perasaan saya kuat nak pilih no 4 dan 6..heheh..tapi saya pilih no 4 je sebab inagtkan pilih satu je..hehe

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan