Friday, December 5, 2014

Resepi : Sup Meatball Ringkas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share resepi ringkas sup meatball. Ringkas tapi sedap.

Bahan :

Meatball
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia
Air
Garam
Kiub pati ayam
Daun bawang dan bawang goreng

Cara masak :

1. Tumiskan bawang merah yang dihiris halus sehingga naik bau.
2. Masukkan air mengikut kuantiti yang diinginkan (me suka sup so air memang banyak.. heeee)
3. Setelah air mendidih, masukkan halia dan meatball.
4. Untuk lebih rasa, masukkan kiub pati ayam.

Biarkan sehingga meatball lembut. Tambah daun sup dan bawang goreng untuk dihidangkan.

Enak dihidang panas-panas. Makan dengan nasi pun boleh, nak masukkan bihun pun boleh.

Me lebih suka makan dengan nasi. Aisya & Aeera pun suka.



1 comment:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in