Wednesday, January 29, 2014

Kaitan Air Liur dan Rambut Gugur?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terasa macam berkurun dah tak update.Huk! Agak busy kat opis. Kat umah pun dah jarang sangat dapat online. Hujung minggu boleh online jap. Hehe. Salah satu azam tahun baru ni. Nak kurangkan online bila bersama ngan family kat umah. Masa itu emas. 

Aeera pun dah besar. Suka sangat main air liur. Sembur-sembur pastu bila tegur dia gelak. Hehehe. Pastu sambung lagi sembur. Nak ajak main la tu. Habis rambut umi sayang. Apa kaitan rambut ngan air liur? Hurm...orang kata if anak dah start main liur rambut mak akan gugur. Rambut yng gugur tu kononnya rambut yang tumbuh masa kita mengandung. Tak tau la fakta atau auta tapi memang betul pun rambut tengah gugur ni. Huhuhu. Banyak kut.

Sikat je mesti segumpal luruh. Adoi. Sakit rasa bila tengok rambut banyak tu jatuh. Tapi tu masa rambut still panjang. Tak tahan ajak en.abg pegi saloon. Kata nak potong rambut. Bagi pendek sikit. And alhamdulillah. Dah kurang sikit rambut yang gugur tu. Ada juga tapi tak lah macam sebelum ni. 


Suka sangat nak buat muka comel macam ni tau. Geram umi. Rasa macam nak picit-picit je. Hahahaha. 


Waaaa.. tengok muka anak pepagi ni rasa macam nak balik umah sekarang juga. Rindu sangat rasanya. Huhu.


Read More ->>

Friday, January 24, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!
TEMA GIVEAWAY

 http://erin-polkadot-princess.blogspot.com/

 Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini


Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!

*************************************************


Gambar lama diterima tak? Hehehe. 
Aisya tengah report kat ayah dia apa yang berlaku sepanjang 3 bulan tak jumpa ayah. Hahaha. Report la sangat kan. Cool tak? Kecik-kecik dah pandai gosip. Ikut perangai siapa ntah. Teeeeet! Hahaha.
Read More ->>

19 Bulan Sudah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




Alhamdulillah. Anak umi dan ayah membesar dengan sihat. Dah genap 19 bulan hari ni. Syukur ya ALLAH atas nikmat yang KAU berikan. 

















Rumah belakang tu insyaALLAH akan jadi tempat kami berteduh.



Read More ->>

Tuesday, January 21, 2014

Aeera Diserang Abscess

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aeera kena abcess aka bisul kat kepala. Bila tengok kepala dia bengkak me pula yang terasa sakitnya. Kesian sangat. Nak tido pun x selesa. 


Ni pic amik semalam. 

Tapi pagi tadi masa nak hantar Aisya n Aeera ke umah bs, bisul tu ada kuar nanah sikit. Tak banyak. Bila amik diorang petang tadi tengok bengkak dah surut sikit. Ada lagi tapi tak sebesar semalam. Kena bagi antibiotik 5 hari. Means sampai Khamis ni la. If still bengkak kena pegi klinik semula and diorang akan refer kan ke hospital. 

Hope by tomorrow evening takde bengkak lagi dah. Sayu tau bila doktor kata ig still bengkak nak potong n korek benda tu keluar. Baby 4month kot. Kecik lagi. 

Cepatlah hilang bengkak. Kesiankat Aeera. Cepat sembuh sayang. Sedih tau umi bila tengok Aeera sakit macam ni. 























Balik tadi me baru perasan bantal Aeera penuh dengan darah and nanah pun ada kut. Kenapa lah boleh tak perasan benda tu. huhu.


Read More ->>

PHASE 2: PENGALAMAN SELEPAS MENGGUNAKAN EPHYRA BERSAMA BEN ASHAARI

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari tu me dah share pengalaman 15 hari bersama Ephyra kan? Ni nak share lagi after 26 day consume Ephyra pulak. 

Kesannya sangat-sangat memuaskan. Bayangkan if masa 15 hari dah boleh tunjukkan kesan yang best, bayangkan pula sampai ke hari ni. 

Energy booster. Selalunya masa kat ofis tengahari mulalah mata rasa berat. Tangan kalau boleh nak gapai bantal je. Hehe. But selepas mengamalkan Ephyra, rasa mengantuk tu semakin hari semakin kurang. Sampai ke petang rasa bertenaga. 

Sebelum ni, selepas kerja selalu rasa penat yang teramat. Kadang-kadang nak main ngan anak pun dah tak larat. Mana lagi nak kemas rumah, nak basuh baju. Memang rasa tak mampu. But sekarang, mata boleh tahan sampai ke jam 11pm. Tu pun kadang-kadang tak rasa macam nak tido. Main dengan anak pun ok je. 

Nak bangun pagi berat rasa mata. Yelah. Tido awal pun anak bangun tengah malam nak main. Huhu. Bila anak dah tido, mata baru lelap 5 minit jam dah bunyi. Huwaaaaa.. kalau boleh memang tak nak bangun. Tapikan, sejak akhir-akhir ni semangat je bila bangun pagi. Sempat masak sarapan lagi. Suami pun jadi hairan. Hehehe.


Atas ni gambar me selepas 26 hari dengan Ephyra. Takde mekap tau. Edit jauh sekali. Gambar betul without mekap ni. Smooth je kulit kan. If nak pakai mekap pun senang sebab tak payah sibuk nak cover itu ini. Sebelum ni kulit muka ada masalah tona tak sekata but Ephyra dah halau masalah tu jauh-jauh. Hehe. Ai is suka sangat. Tu pic Aeera. Kena masuk sekali sebab umi rasa tak best if amik pic sorang. Ngeee. 

Milk booster. Diakui betul. Kawan-kawan yang rapat denan me tau yang me ni ada masalah penghasilan susu badan. Tak tau kenapa. Huhu. Sekarang ni sempatlah merasa susu penuh. Best. Aeera bila minum pun nampak puas and kenyang. Alhamdulillah. Syukur sangat. Ini salah satu pengalaman terbaik yang me rasa. 


Tinggal 4 sachet lagi Ephyra ni. Huwaaaaa. Sedih tau. Rasa cam sayang je nak habiskan. Huhu.

Bila masa paling sesuai ambil Ephyra?

Sebelum sarapan atau sebelum tido malam. Me pilih untuk amik 1 sachet sehari sebelum sarapan. Masa perut tengah kosong gitu. Senang sikit khasiat Ephyra tu nak diserap ke dalam badan.

Untuk melihat sejauh mana keberkesanan Ephyra ni, me jauhkan dari minum teh dan minuman berkafein start dari start Ephyra sampailah sekarang. Kan minuman macam tu tak bagus berganding dengan sumber collagen ni. :)


Segelas Ephyra tu kejap je me habiskan. Hahaha. Bukan masalah rakus tau tapi sedap gilerr. Manis buah gitu. 

Setakat ni en.abg galakkan me untuk teruskan pengambilan Ephyra. Alhamdulillah. Sebab en.abg sendiri dah nampak kesannya pada me. 

For now, masalah mata panda me still tak hilang. Seperti yang me katakan di SINI , kesannya mungkin akan dapat dilihat jika teruskan pengambilan Ephyra. And i will teruskan. InsyaALLAH. 

Yang pasti me sangat berpuas hati dengan produk ni. Terima kasih Oceanlife2u sebab bagi peluang untuk me merasai sendiri kehebatan Ephyra ni sampailah me terjatuh hati. :D 

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba Ephyra ni, pek percubaan pun ada di pasarkan. If berminat bolehlah menghubungi : 

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 
Read More ->>

Monday, January 20, 2014

Double Stemcell : Tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia -JAKIM

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Heboh seketika dunia maya bila Mazidul publishkan entry mengenai status LOGO HALAL produk Double Stemcell.

Sebahagian dari kenyataan yang ditulis oleh Mazidul,

----------------------------------------------------

Nadia kemudian menghantar emel penjelasan berbentuk FAKTA kepada saya.

Assalamualaikum wm. wb.,

Menjawab isu produk Double Stemcell dari syarikat Phytoscience

Tuan/puan 

Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami.

Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di www.halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/nama pengedar/pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam.

Terima kasih kerana memilih halal Malaysia! 

(NADIA ZAMMIL MD NASIR)
Assistant Director
Public Relation Offier (PRO)
Halal Hub Division
Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM)
PJH Tower, No 2,
Precint 2,
62100 Putrajaya 

Ringkasnya, kenyataan di atas mengatakan, produk Double Stemcell TIDAK memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia BUKAN mengatakan produk itu haram. 

Jangan terkeliru.

Baca lagi di Bersama Mazidul ( mazidulakmal.com )

----------------------------------------------------

Jelas tak? Bukannya produk tu yang haram atau tidak halal cuma masalahnya pada LOGO HALAL tu. 

Bak kata Sahabathalal.com :

Tiada status halal bukan bererti Haram. Ini hanya kesalahan meletakkan logo halal pada produk yang tidak pernah mempunyai status halal.
----------------------------------------------------

Ok! Takmo arr gaduh-gaduh. Kita ambil yang baik. Masing-masing dah besarkan. Ni bukan soal nak tutup periuk nasi sesiapa. Cuma merungkaikan persoalan sesetengah rakyat Malaysia pada status produk ni. 


Read More ->>

SEGMEN: Bloglist 2014 by Kiera Rashid

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Rajin la pulak nak menjoinkan diri dengan segala segmen dan giveaway bagai ni. Hehe. Bukan apa. Boleh menambahkan kawan-kawan maya. :)

If nak join,, klik je banner kat atas tu. :)
Read More ->>

Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tekan Banner untuk Join 
Pre 5k Giveaway Dunia sebenar Shida Dianjurkan oleh Nur Alja

Senarai Hadiah
TOP REFERRAL X1
[ Topup RM5 + bookmark special + ole-ole dari medan + bloglist setahun blog duniashida.com ]

RANDOM
Bookmark special x8 Pemenang
Ole-ole dari Medan x4 Pemenang
Button badge x2 Pemenang


Due Date :- 19-23 Januari 2014 [ HANYA 5 HARI SAHAJA ]



Jemput Bukan Cerita Tentang Coklat dan My Online Diary

Read More ->>

Sunday, January 19, 2014

So True kan Mommies

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Betulkan? Me pun dah ada pengalaman pasal ni. Masa mengandung lagi kuat rasa deria keenam tu. Dulu en.abg takde kereta so pegi mana-mana naik motor je. Masa tu selalu pesan kat en.abg "jangan langgar lubang tau.. Mana tau ira tengah pregnant." En.abg masa tu hairan sebab tak cek pun lagi. Pas tu jawab "rasa macam pregnant laahh.." Heeee. Tapi balik Sabah baru buat upt and it's +ve. 

Second pregnant masa tu Aisya baru 6month. Terasa macam pregnant jugak. Masa tu tarikh peyed sepatutnya ada lagi dua hari but naluri keep pushing tu do upt and guess what? Keluar 2 line. Aisya kecik lagi but dah nak dapat adik. Hehe. 





























Tadi tak ngantuk tapi sekarang mata dah memberat ni. Eh! Hehehehe.

Read More ->>

Thursday, January 16, 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Klik banner to join

Pepagi terasa macam nak join simple Giveaway ni pulak. Hehe. Pemenang bertuah akan memenangi RM300! Banyak tu. Just buat simple entry pasal Giveaway ni dan emelkan link blog, nama dan nombor handphone. 

If dapat hadiah ni, banyak yang me nak buat sebenarnya but zaman ni apa sangat la ada pada RM300 tu kan? Huhuhu. But semestinya lah me nak buat simpanan untuk Aisya dan Aeera. Zaman me dan en.abg bersuka ria dah kena kurangkan. Kena bagi lebih pada anak-anak pulak. :)


Hope ada luck. Heeeee~


Ades. Suka sangat kan sampai tersalah buat entry. Done betulkan. :)
Read More ->>

Wednesday, January 15, 2014

4month Aeera

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rindunya kat Aisya n Aeera. Dah banyak helah budak dua orang ni. Semalam Aeera bangun awal pas tu cakap sorang-sorang. Bila umi tegur boleh pula dia gelak. Ahahaha. Tak sedar me tertido melayan dia borak. Bila terjaga tengok sebelah Aeera dah lelap semula. Penat la tu borak sorang. Hehehe.

Ni pic semalam. En.abg suh me belajar bawa kereta auto. First time tu. Ok la. Best pula rasa. Hehe.


Bila parking kereta je terus terjaga. 



Comel tak saya? Hehehe. 

Alhamdulillah. Dah 4 bulan dah Aeera. Berat tak banyak naik. Baru 5.6kg. Tapi nyusu kemain kuat. Hehe. Takpe sayang. Yang penting Aeera n kakak membesar dengan sihat. :)






Read More ->>

Giveaway Birthday Azhafizah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Klik banner untuk join.

Jom beramai-ramai join. Rugi tak join. Hadiah menarik menanti kita. Weeee...

-----------------------------------------------------------------------------

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark

ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Setiap penyertaan blogger akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.Selain sebagai wallpaper desktop boleh tengok calendar sekali.Giveaway ini bermula pada 7:00 am 13 January 2014 dan akan berakhir pada 11:59 pm 7 February 2014.

-----------------------------------------------------------------------------

Haaaaaa.. Menarik tak? Menarik tak? Sangat menarik kan. So, jangan lepaskan peluang ini. Bukan selalu ada tau. :)

Before mengakhiri entry simple ni, sedikit ucapan sempena birthday Azhafizah. 

Happy birthday. May ALLAH bless u and your family owez. Have a blast joyfull on your born day. :)
Read More ->>

‘Sultan Melaka’ kena tahan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jasin: Seorang ahli perniagaan Noor Jan Tuah, 56, yang mendakwa dirinya Sultan Melaka diberkas polis di sini, pagi semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran tidak diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan dilakukan di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, jam 10.50 pagi.
“Tangkapan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 selepas polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berpuas hati dan gusar dengan tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Penduduk Melaka curiga mengenai kebenaran terutama selepas apa yang tersebar di media elektronik seperti You Tube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam.
Beliau berkata, ketika tangkapan dibuat Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu dipercayai untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan meraih sokongan dan penyembelihan kambing.

Hurm....taktau nak komen apa. Paling senang No Komen je laaaa. 
But still,,,......
Read More ->>

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Maulidur Rasul. Ada yang join perarakan tak? Semoga dipermudahkan perjalanan kalian. InsyaALLAH. En. Abg keja. Aisya n Aeera still tido. 



Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. 


Sumber foto : facebook



Read More ->>

Monday, January 13, 2014

We Love Kangkung

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila kangkung turun harga...




Cer petik nama kitee jugak bolehh tak??? Hehehehe...


Image copy from page We Love Kangkung



Read More ->>

Saturday, January 11, 2014

15 Hari Bersama Ephyra

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baru berpeluang nak update belog. Huhu. Ni pun sebab anak-anak dah tido and en.abg kat taman main badminton. Hahh!!! Senaman kata ko. 

Ni nak share pasal Ephyra. Hari tu me ada cerita yang me menang sekotak Ephyra kan. Pas dapat hari tu esoknya terus start minum. Excited kan. Hahaha. Of course la. Tengok orang lain cantik dengan Ephyra me pun nak juga. Hehe.

Dah setengah dah me minum. Kesannya? Terbaikkk. 

Kulit semakin hari terasa makin lembut. Sebelum ni kena pakai losyen hari-hari baru la terasa macam lembut sikit. Ni tak payah pakai losyen pun boleh rasa lembutnya. 

Tak ada lagi masalah kulit kering. Kulit me ni memang tak boleh dijangka keadaannya. Kadang-kadang berminyak and kadang-kadang kering kemain. Sangat tidak selesa. Now, masalah tu semakin kurang. Alhamdulillah. And u know what? Skang ni kuar umah tak pakai mekap pun tau. Best kan. Tak payah susah-susah duk berjam dan cermin.

Sebelum ni kemain susah nak buang air besar but after 15days consume Ephyra, tiap-tiap pagi lawat tandas. Best! Tak risau dah if sakit perut time keja. Ngehehehe.

Sebelum ni me btau yang me amik Ephyra i untuk menghilangkan mata panda me kan? But belum nampak kesan untuk masalah itu lagi. Maybe yang ni kena minum lagi 2 3 bulan kut baru nampak kesan. InsyaALLAH if takde masalah me akan teruskan pengambilan Ephyra.

Rasa Ephyra? Seyes sedap. Sangat-sangat sedap. Hehehe. Mula-mula masa nak bancuh tu ada terbau something yang tak best but masa nak minum tu takde pun bau tu. me ni jenis orang yang susah sikit nak terima benda baru but yang ni memang tekak tak tolak pun. 

Gambar? Heeeeee.. Me kan 'terkenal' dengan entry tak bergambar. Hahaha. Terkenal la sangat kan. Esok-esok me share ea. Tak sempat nak amik gambar bagai tadi. Anak-anak tak bagi kerjasama. Ai is segan nak amik pic sorang. Tapi review me pasal Ephyra ni betul. Bukan memain. And me puas hati sangat even baru 15day. :)

Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 

Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com






Read More ->>

Thursday, January 9, 2014

Aisya Kena Neb

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

2 hari lepas Aisya start batuk. Kesian sangat. Tido pun tak lena. Siap muntah masa batuk tu. Masa dia muntah tu memang me dah risau. Siap nangis lagi but tak panik la coz sebelum ni me dah pernah jadi macam tu juga. Huhu.

Semalam Kak Nora merangkap babysitter Aisya dan Aeera btau yang batuk Aisya agak teruk. Kena juga bawa pegi klinik. So, pas mandi bersiap apa semua tu kitorang gerak pegi DEMC. 

Sampai DEMC ramai gilerr orang. Ramai budak tengah tak sihat sekarang ni. Demam and batuk. 

Bila turn jumpa doktor, doktor btau yang Aisya kena buat neb. Huk! Terkejut kut sebabnya bila tengok Aisya takdelah dia batuk teruk sangat or sesak nafas. Siap lari-lari lagi kat DEMC tu. Ayahnya la yang penat mengejar. Hehehe. Exercise katanya. 

Actually risau nak buat neb ni takut ada komplikasi sampingan. Kuar je dari bilik doktor terus call mak. Mak nurse. But kata mak takde apa-apa pun. Buat je untuk bagi Aisya selesa nak bernafas. Bila mak kata macam tu lega arr.

Masuk bilik neb tengok ada sorang budak tengah buat neb. Siap jerit nangis-nangis lagi. Cuak juga. Risau Aisya meragam je time neb tu. Bila sampai giliran Aisya tengok muka macam no feeling je. 

Serius memang no feeling. Dia macam suka je. Hahaha. Siap high five dengan nurse lagi masa tengah neb tu.


Layan je. Mata pun dah kecik.rupa orang nak tido. Eh, neb tu buat orang ngantuk ea?


Lupa nak snap pic dia hisap jari masa tengah neb tu sebab asyik gelak tengok dia. Hahaha. 

Aeera pulak sibuk berramah mesra ngan sorang akak tu. Riuh beno dia gosip sorang-sorang. Ahaha. Akak tu pun rajin melayan Aeera borak. 

Lebih kurang jam 11 lebih gak arr siap semua urusan. Masuk je dalam keta Aeera terus tido. Best kut kena aircond. Aisya pun pas nyusu terus lelap. Elok je parking keta terrus dia jaga. Ades.

Entah jam berapa Aisya lelap semalam sebab umi dia ni lelap dulu. Hahahaha. 


Read More ->>

Sunday, January 5, 2014

Jom Kita Sama-Sama Bantu Adik Adam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Jom kita sama-sama bantu adik Adam. Sedikit mana pun sumbangan kita sekurang-kurangnya ada usaha bersama yang kita lakukan demi melihat anak kecil ini sihat. 

Setiap kali terbaca status kak Ezzya, melihat gambar-gambar adik Adam sedang tersenyum dalam hati mula berbisik... Mulianya kak Ezzya tabahnya adik Adam.. Huhu..

Biarpun kecil nilainya namun pasti besar maknanya buat adik Adam.

Semoga senyuman Adam sentiasa mekar. Me kagum dengan semangat si kecil ni. 

InsyaAllah satu masa jika ada kelapangan me dan keluarga akan melawat adik Adam. Semoga diberi kelapangan bila tiba masa itu. 

Read More ->>

Friday, January 3, 2014

"Kami Terlupa, Minta Maaf"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi-pagi lagi dah baca berita yang menyedihkan. Lagi berita kanak-kanak meninggal dalam kereta. Umur 3 tahun. Tak tau macamana nak gambarkan perasaan ni. Even bukan anak sendiri tapi me pun ada anak jugak. 

Me takkan salahkan ibubapa budak tu. mungkin betul mereka terlupa. Tak ada ibubapa yang nakkan benda macam ni jadi kat anak mereka. Semua mau yang terbaik. 

Semoga kejadian ni membuka mata ibubapa diluar sana termasuklah diri me sendiri. Harap tidak ada lagi kejadian seperti ini berulang.

Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in