Monday, March 31, 2014

Singkapkan Doa Kami #MH370

7:59 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lagu ini dicipta khas demi untuk mengingati tragedi kehilangan pesawat MH370. Sebak, pilu, sedih bila dengar lagu ni. Sehingga kini masih ada tanda tanya yang belum terungkai. Masih banyak persoalan yang belum terjawab. Setiap hari ada sahaja spekulasi yang timbul. Ada sahaja cerita yang dikongsikan. 

Apapun kejadiannya, me mohon agar kita doakan yang baik-baik sahaja untuk penumpang-penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Jika masih ada ruang walau sebesar zarah untuk mereka kembali ke pangkuan keluarga, semoga dipermudahkan semuanya. Dan andai betul perjalanan mereka berakhir di Lautan Hindi, semoga urusan pencarian dipermudahkan oleh ALLAH. 





Lirik Lagu Singkapkan Doa Kami
Penyanyi: Riz

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah aku merinduimu
Bergemerlap langit ke tujuh

Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulanganmu
Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selama-lamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa
Kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi
Singkapkan ia dari misteri

Lirik  / Komposer: LY /Baiduri

Sumber: Dinet FM

Saturday, March 29, 2014

Friday, March 28, 2014

Review 10 Hari Bersama SlimFast Diet

2:27 PM 21 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedar tak sedar sudah berakhir pun tempoh percubaan me bersama Slimfast Diet. Terasa sekejap je masa 10 hari tu berlalu. Keputusannya? Amat-amat memberansangkan. Me cukup berpuas hati dengan produk ni. J

Pada tarikh 18 Mac 2014, berat me adalah 49.4kg! Homai. Dengan ketinggian 150cm terasa diri semakin membulat. Semakin berisi. Semakin berat. Haaaaaa. Sebab tu bila Kak Mia nak anjurkan Giveaway ni dengan senang hatinya me isi borang.

Actually masalah ni kembali menghantui me selepas bersalin anak kedua. Berat susah sangat nak turun. And part paling tak best bila perut kelihatan buncit. Macam orang tengah mengandung 4 bulan. Nak langsing macam dulu. Huhu.

Masa terpilih sebagai salah seorang peserta Giveaway ni rasa nak lompat bintang 10 kali. Boleh? Hehehe. Happy sangat.

sumber : google



Direct to the main point here..

Start minum : 18/03/2014
Berat Badan : 49.4kg

Me minum 1 sachet setiap hari 20 minit sebelum makan tengahari. Seriusly memang terasa kenyang sampai ke malam.

 Me kurangkan kuantiti nasi pada waktu makan malam. Sebenarnya kalau boleh memang taknak makan terus tapi suami marah pula. Itu yang kena makan juga sikit. Tapi pengambilan air suam tak pernah me kurangkan. Sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari. J

3 hari pertama, beberapa jam selepas minum Slimfast Diet ni perut terasa memulas je. Kerap ke tandas. Ada rasa macam nak putus asa dah minum Slimfast Diet masa tu tapi kenangkan diri nak kurangkan berat maka me sambung juga consume SFD. Lepas 3 hari tu, kekerapan ke tandas dah berkurangan. Tak ada lagi perut memulas. Lega!

Tapi semasa mengambil SFD ni kena jugak bersenam. Tak boleh bergantung sepenuhnya pada SFD. Bagi me, me kurangkan naik lif dan banyakkan turun naik tangga masa kat opis. Senaman juga tu. :) 

Sedap ke tak? Mula-mula memang tak boleh terima bau dan rasa tu tapi set kat minda yang itulah minuman yang paling sedap me pernah minum. Alhamdulillah, lepas 2 kali minum dah ok. Tekak dah boleh terima. Sebenarnya memang tak ada masalah dari segi rasa pun tapi me memang macam ni. Tekak manja kan. Hehehe.

Selepas 10 hari......

Habis minum : 27/03/2014
Berat badan : 46kg (baru timbang.. gigih nak cari penimbang tau sebab review ni.. hehehe)

Alhamdulillah. Turun 3.4kg dalam masa 10 hari. Syukur sangat. Banyak jugak tu. Target me sebenar 45kg. 1kg je lagi. Takpe. Lepas ni me akan teruskan consume Slimfast Diet ni sampai me dapat berat badan yang me nak. J

Pssssst!! Paling best,, meh sini ceq nak habaq,, perut buncit me pun dah semakin mengecil. Heh. Slimfast Diet pun boleh tolong kempiskan perut buncit tau. Jangan tak percaya. Lepas ni dah boleh bergaya dengan baju lama nampaknya. Suami pun puji jugak. Bangga sikit iolls tau. Hehe.

Me akui mengambil Slimfast Diet adalah salah satu cara untuk kurus dengan cepat dan ianya memang produk kurus yang amat berkesan. 

Nak try? RM45 untuk 10 sachet. :) Murah dan berkesan. 






Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.

Thursday, March 27, 2014

Sweet Little Aeera

8:01 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Hairan Aeera tengok reflection dia kat iPad umi. Hehe. Mesti dia tertanya-tanya siapa lah yang comel sangat tu. :D

Rasa nak gomol-gomol je Aisya n Aeera. Rindu sangat. Tak jumpa berapa jam je pun kan. Haaaa. Jangan tak tau. Sejam tak jumpa anak-anak pun dah rasa macam setahun. Ni kan pula hampir 10 jam. 8 jam keja and yang balance hour tu consider perjalanan pegi dan balik. :)

Nak ambil gambar Aisya sekali tapi dia tengah 'sibuk' dan taknak diganggu. Haaaa. Boleh? Baru kacau sikit dia dah jerit-jerit sebut "nanak.." (Taknak) semakin bijak anak umi. Hehe. 

Tuesday, March 25, 2014

Masih Berharap Berita Itu Satu Mimpi

6:39 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jam 3am tadi me terbangun sebab nak susukan Aeera. First thing came out of my mind was MH370.  Selesai susukan dan tidurkan Aeera me terus capai iPad. Buka dashboard kebanyakannya update mengenai berakhirnya perjalanan MH370 di selatan Lautan Hindi. 

Apa yang me harapkan masa bangun tadi that it was just a dream. Mimpi ngeri semata-mata. But it's not. Berita itu betul dan sahih. Airmata dengan mudah mengalir lagi. Hanya Al-fatihah dan doa mampu me kirimkan buat para muslimin yang ada di dalam pesawat itu. 

Deep inside my heart still pray for a miracle. Jika masih ada ruang sbesar zarah untuk menemui mereka dalam keadaan hidup, ya ALLAH, permudahkanlah. Namun siapalah kita untuk menentang atau menidakkan takdir yang ALLAH tetapkan. 

Sumber : LINE

Takziah dan Al-Fatihah sekali lagi dari me dan keluarga buat semua keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Bertabahlah. 

Monday, March 24, 2014

Akhirnya.. #MH370

10:15 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Pengumuman dari Dato Seri Najib tadi bukanlah berita yang kita nantikan. 18hari penantian yang menyaksikan berbagai pandangan dan spekulasi dari pelbagai pihak tersimpul bahawa Penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi. 

Sebak sangat kerana ada keluarga yang yakin bahawa ahli keluarga mereka yang juga penumpang pesawat itu masih hidup. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga semua ahli keluarga penumpang pesawat MH370 tabah dengan berita ini. 

Takziah buat semua ahli keluarga penumpang MH370.

Sebak! Taktau nak type apa lagi kerana secara peribadi me juga mengharapkan keajaiban dalam tragedi kehilangan MH370 ni. 

Bersangka Baiklah Dalam Ibadat

8:08 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sudah-sudahlah dengan politik. Tak bolehkah walau sedetik kita bersangka baik bila tiba bab ibadat? Berkata-kata konon kitalah yang paling sempurna agamanya. It's just soooo not cool man. 

Apapun niat 'mereka berdua' kita tak layak untuk menilainya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. #inibukanentrypolitik




Thursday, March 20, 2014

Bila Lagu Negaraku Dilaungkan

12:00 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Saat negara digemparkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH307, terlalu banyak spekulasi yang dibuat. Dijadikan bahan lawak. Dijadikan sumber kepada bohong yang melampau. Sedikit pun tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa. Sangat mengecewakan. 

Ketika ini jika dilaungkan lagu Negaraku dengan mudah airmata ni mengalir. Tanpa mampu ditahan-tahan. Serta-merta fikiran terarah kepada tragedi MH370. Sebak dada. Apakah nasib para penumpang? Selamatkah mereka? 

Ketika makan pun kadang-kadang teringat kepada para penumpang MH370. Sudah makankah mereka? 

Ketika main dengan Aisya dan Aeera teringat kepada 2 bayi yang juga penumpang MH370. Apakah nasib anak-anak itu? 

Ya ALLAH, Permudahkan urusan pencarian. Sesungguhnya ENGKAU Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. 

Nuffnang : Tesco Online March Mother & DiGi - Project Red

7:55 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Buka Nuffnang pagi ni tengok bertambah lagi 2 CPUV tengah on going. Sebelum ni liat sangat nak dapat iklan. Tapi bila dah dapat satu terus masuk lagi iklan lain. Rezeki anak-anak. Thanks Nuffnang. 



Wednesday, March 19, 2014

Aeera Dah Mula Makan

4:49 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aeera dah mula makan bubur. Beras semua dah siap blend halus. Hehe. Sangat excited tau bila anak dah start makan ni. 

Aeera ni bila lambat sikit suap mulalah dia nak melalak. Lpar sangat rupa dia. Pastu bila dah habis siap nangis-nangis nak lagi. Adoi anak. Slow-slow ye. 

Pasni hujung minggu semangat nak masak untuk Aeera. Hehe. 


Ni bagi dia makan biskut First Bite tu. suka sangat. Tak cukup 1. Hehe. Habis comot muka. Semakin membesar anak umi. Alhamdulillah. 

Membesar dengan sihat yaa Aeera. 



Tuesday, March 18, 2014

"1,2,3,4,5. Yeay!!" Nangis!!!

10:54 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama tak bercerita pasal anak kan. Heee. Bukan taknak cerita tapi,,. Nanti me kongsikan kenapa ea. :)

Just nak meluahkan rasa bersyukur me dan berkongsi kegembiraan dengan rakan blogger yang lain. 

Masa kat kereta tadi, Aisya asyik main dengan sampul surat umi. Kat sampul tu ada pic belon. Me tengok je masa tu sebab tengah pangku Aeera. Tiba-tiba , "1,2,3,4,5. Yeay!" Hah?! Terus me pandang en.abg. Tanya if dia dengar tak apa yang Aisya kira jap tadi tapi tak dengar katanya. Pastu me suh Aisya kira lagi sekali. "1,2,3,4,5. Yeay!!" Haaaaa. Mengalir airmata me. Satu perkembangan yang amat baik dari anak umi. Pastu en.abg tak habis-habis suh Aisya kira sampai Aisya kata "finish!" Hahaha. Boringlah tu.

Umur Aisya dah setahun 9 bulan. Mungkin ada yang kata 'eh! Lambatnya dia belajar mengira!' 'Anak saya umur dot dot dot dah pandai mengira' Ok! Setiap anak tak sama. Ada yang cepat ada yang lambat. Tak kisah la. Sekurang-kurangnya me nampak perkembangan tu setiap hari. 

Apapun, me sangat-sangat bersyukur dengan peningkatan Aisya hari ni. So proud dengan dia juga. Really-really proud. Semoga semakin banyak yang dia belajar setiap hari. 

InsyaALLAH umi akan berikan yang terbaik buat anak-anak umi. 

Apa Bakal Terjadi Pada Profession Guru 5 Tahun Akan Datang?

10:26 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tiba-tiba terfikir apa agaknya bakal terjadi pada profession guru 5 tahun akan datang. Sekarang ni pun ramai je parents yang sibuk nak saman guru. Nak sumbat guru dalam penjara. 


Macam-macam lah. Manja sungguh anak-anak zaman sekarang kan. Rotan sikit lapor polis. Usik sikit parents sibuk call media. Semua salahkan guru. Zaman me sekolah dulu tak ada macam ni. Rotan? Cubit? Denda? Jalan itik keliling padang? Semua dah merasa. Parents pun tiada masa nak sibuk marahkan cikgu sebab rotan me. Dah memang salah kita. Lainlah if memang cikgu tu denda melampau. 

Student bising cikgu salah. Student tak buat kerja sekolah cikgu salah. Bila agaknya masa cikgu tak salah ea? Huhu. 

Kadang-kadang ada juga terbaca status cikgu-cikgu kat facebook macamana keadaan diorang dalam kelas. Kadang-kadang ada yang melawan. Pijak kaki cikgu. Selamba keluar kelas. Ketawakan cikgu. Carut kat cikgu. Rosakkan kereta cikgu. Apakah? 

Disiplin? Entahlah. Susah nak cakap. Hope Aisya and Aeera dijauhkan dari perbuatan tak elok macam ni. 

Sedih even me bukan cikgu. Semoga semua cikgu-cikgu di luar sana bertabah dengan kerenah macam ni.

Minta maaf if ada yang tak puas hati dengan entry kali ni. Just meluahkan kekecewaan yang me rasa. 

Introducing The All New Herbal-Essences : Japan Series

9:09 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dulu pernah guna syampoo ni sebab terpikat dengan baunya yang wangi. Seriously sangat-sangat wangi. Ada yang baru ni rasa macam nak try la pulakk. :)

IMG_23012014_154317

What’s the current “Trend”?
Does this sound familiar to you? “I’m having a bad hair day!“? I’m pretty sure many of us finds that a great hair day always begin with feeling fresh, having smooth manageable hair. At the same time, it is not enough for your hair to just look good but to also smell great! It goes without saying that the first thing most people do when purchasing shampoo is to unscrew the cap and smell it. We are pretty sure most of you do!
A signature hair scent enhances your overall beauty regime and attractiveness. Imagine someone approaches you and points out on how good your hair smells, we are pretty sure that will be a confidence and also self-esteem boost to many of you.
However, environmental factors such as wind, rain or humidity, the smog and even office air can pose a challenge to achieving smooth, scented hair. Trying to find ways to make hair look great and smell good all day can be hard! We have heard you and therefore, we came up with a solution!
Introducing the “Secret”
Presentation1
Building on its commitment towards aroma and texture of hair, Herbal Essences introduces two variants:  (1) Smooth series for dry and unruly hair and (2) Moisture series for damaged hair. Our point of pride is to deliver a product that is Naturally-inspired: The secret for lasting smoothness, moisture and great smelling hair is in Herbal Essences’ naturally-derived formulation.
Herbal Essences uses naturally-derived ingredients such as palm oil, coconut oil and  rapeseed oil. With a sweet and gentle  Rose scent, Herbal Essences Smooth works on stiff, dry and unruly hair. It helps to  achieve sleek, smooth-to-touch and soft hair and at the same time, maintains fragrance all day.
During daytime, our hair is pulled,  teased and dried through combing and  heat from the hairdryer. To maintain  the smoothness of hair, it’s important  for treatment ingredients to repair  and protect hair. New Herbal Essences contains a high concentration of beauty essence ingredients that will remain with your hair. As it conditions the surface of the hair smoothly, the smooth-to-the-touch feeling will last all day long.
With a soft and creamy floral  scent, Herbal Essences  Moisture provides high concentrated and beauty essences that repairs hair  weakened by color, perms and styling. it is also important to seal the nutrients to keep an healthy and moisture despite humid weathers.
To users who are particularly scent obsessed, fret not! Herbal Essences pursues  long-lasting fragrance on hair with its new range, scented similarly to fine  perfumes. Therefore, worries not! We assure you that the scent will last you all day long!
Touchable Smooth Shampoo
Sweet and gentle rose” starts with refreshing top notes of sparkling citrus, sweet peach and apple, a mixture of juicy raspberry and pineapple, followed by a floral bouquet middle note of pink rose, freesia, jasmine, lily of the valley and lily. In order to bring to mind natural, fresh and plant-based imagery, chamomile and green leaf are added as an accent. The base note of natural and smooth moss-like velvet and rich sandalwood along with subtle amber and musk complements the middle note..
Touchable Moisture Shampoo
Soft and creamy floral” fragrance incorporates freshly picked apricot and the peel of peach,added to the scent of Osmanthus in ice green tea with accents offloating ice cubes. The top note gives out the image of fruit delicately melted into freshly brewed green tea, going down to the middle note that is like the sigh of a white and small Osmanthus flower, before gradually moving onto the base notes ofapricot, musk and woody accents.
With Herbal Essences’s wide range of scent, we are sure that the product will manage to meet most consumer’s preference!
The Sweet Scent-sational Experience
Sweeten your shower experience and enjoy delightfully fresh scented hair everyday with Herbal Essences. Not only does it lend a touch of smoothness to otherwise unruly strands, the sweet floral fragrance of Herbal Essences lasts on hair all day, making you feel great all the time. Indulge your senses by diving into the sweet scents of Herbal Essences Smooth or Moisture. You’re bound to have a few admiring heads turning in your direction every time you flick your ponytail!

Saturday, March 15, 2014

Lelaki Cium Lelaki Salah!

9:08 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pagi ni nak kongsikan perbualan antara me and anak buah me malam jumaat lepas.

Angah : mak lang..

Me : ye..

Angah : lelaki dengan lelaki tak boleh cium kan? Perempuan dengan perempuan pun tak boleh kan? 

Me : habis tu apa yang betul?

Angah sengih je. 

Me : siapa yang btau angah macam tu? 

Angah : cikgu.

Pastu dia lari sambung main. Angah baru 6tahun. Pertanyaan dari dia buat me berfikir apa yang cikgu dia cerita. And apa yang membuatkan mereka mula bercakap mengenai topik itu. 

Me kenal angah. Parents dia memang tegas dalam mendidik diorang 3 beradik. And mustahil jika dia yang mulakan pertanyaan macam tu. 


Friday, March 14, 2014

Siling Hotel Concorde Shah Alam Runtuh

8:09 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Siling Hotel Concorde Shah Alam Runtuh | Baru ternampak gambar-gambar ni kat facebook tadi. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 



sumber gambar : facebook

Dah lama hotel ni kan? 17 tahun ke 18 tahun dah. Teringat hari tu pegawai-pegawai kat opis ni ada seminar kat sana. Huhuhu. 




Thursday, March 13, 2014

Lepas ni Boleh Jadi Setiausaha Berjaya

1:24 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni Kursus Pengurusan Mesyuarat. Jabatan hantar ikut kursus ni maksudnya pas ni kena handle meeting arr. Catit minit. Buat minit mesyuarat. Homaiiiiii. 

Masa bertugas kat Sabah hari tu pun pernah jugak buat minit mesyuarat but jenis asal ada je. Huhu. 

But apa pun, i'll take this as a challenge in this new environment. I have to show and prove to them that i can!! Heee~ 

Doakan me tau. :)


Penceramah terbaik. Puan Rohayah Haji Hashim dari Bahagian Governan dan Sekretariat Universiti, Pejabat Pendaftar, UiTM. Pengalaman dari tahun 1984 untul now. :)

Apa yang tak bestnya, aircond sejuk sangat. Memang takde maaf punya sejuk ni. Huhu. Kepala pun dah pening. Agak-agak if makan ponstan jadi mengantuk tak? Huhu



Wednesday, March 12, 2014

Tuesday, March 11, 2014

Line Shopping Best

7:57 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Siapa pengguna tegar Line? Me one of them. Best sebab iconnya comel-comel. And the best thing boleh shopping dengan Line Shopping melalui kempen-kempen yang dianjurkan. 

Kempen-kempen yang sedang berlangsung di Line Shopping :
Name Your Own Price tu seriously best!!!!! Semua item dijual dengan harga rendah bermula dari RM10.00. Masa first kempen ni mula hari tu, bayangkan Samsung Galaxy Note 3 pada harga RM10.00. What?? Yes!! Percayalah. But ada rules. Untuk kempen ni, Line Shopping akan pilih satu pembeli bertuah yang memberikan harga rendah yang unik. 

10X10 pun best!! Every item boleh dibeli dengan harga RM10. But belum ada luck lagi dapat beli. Selalu baru nak submit order dah sold out. Tak sampai 5 minit pun tau. Hehehe. 

There are 2 sets of LINE Shopping Stickers available for FREE, only if you add LINE Shopping

How to add LINE Shopping?

Method 1: Browse through the "Official Accounts" list


Method 2: Tap "Add Friends" button in LINE app and key in ID: @lineshoppingmy


Method 3: Scan using QR code 


Jom register with Line sekarang dan dapatkan pengalaman terbaik bersama Line Shopping. 

Add my Line : moonizzan

Or scan my QR Code



#prayforMH370 Mencari MH370, mengesan "Encik Ali"

7:42 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber pic : Lonely Travelog

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak lebih 80 jam lalu diteruskan hari ini dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.

Kawasan itu meliputi perairan di sebelah barat dan timur Semenanjung Malaysia mencecah sampai ke Vietnam dan utara Sumatera. Operasi disertai oleh 22 buah pesawat udara dan 44 buah kapal dari lapan buah negara.

Bagi memudahkan operasi, kawasan berkenaan dibahagikan kepada beberapa petak dan setiap kapal laut serta pesawat yang menyertai usaha tersebut masing-masing ditugaskan meneroka setiap petak itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media pada Isnin malam menegaskan usaha itu akan dipergiatkan kerana adalah mustahak untuk mengesan pesawat berkenaan untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Usaha ini masih lagi sebuah operasi mencari dan menyelamat dan bukannya operasi pemulihan bencana," katanya.

Pada sidang media sebelumnya pada tengahari Isnin, Azharuddin menyifatkan kehilangan pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu sebagai "misteri kehilangan pesawat yang belum pernah berlaku sebelum ini."


Pasport curi

Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi.

Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali".

Krutnait pada awalnya menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lalu melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad. Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.

Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.

"Tidak ada bukti Encik Ali kenal dua lelaki yang menaiki pesawat (MH370) dengan pasport curi," lapor The Financial Times.


Tiket

Krutnait mendedahkan perkara itu kerana tidak yakin Ali ada kaitan dengan keganasan kerana tidak menempah secara khusus penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sebaliknya meminta tiket termurah ke Eropah.

Kedua-dua penumpang misteri itu ditempah untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing sebelum meneruskan penerbangan ke Amsterdam sebelum masing-masing ke Frankfurt dan Copenhagen.

Azharuddin dalam sidang media pada Isnin malam turut menegaskan siasatan ke atas rakaman visual
pergerakan dua penumpang misteri itu menunjukkan semua protokol keselamatan di KLIA telah dipatuhi.

Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pemalsuan pasport.

Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia.


Berita lanjut : Astro Awani

Still wish for a miracle.. Ya ALLAH,, permudahkan segala urusan mereka.. 

GA PERTAMA AMIR KHALIS

7:30 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia












Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

7:30 AM 13 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Klik untuk join.. :)

Simple je segmen ni. Hanya ada seorang pemenang bertuah. Hope it's me. Hehehe. Kebetulan memang tengah cari powerbank jugak sekarang ni. 

Tarikh tutup : Bila-bila masa sahaja.. :)

Monday, March 10, 2014

Bila Suami Request ....

3:42 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selama me bertudung dari zaman sekolah dulu, me memang suka main sarung je apa-apa jenis tudung yang me suka. Yang penting bagi me kemas. Haaaa. 

Mula-mula bawal, pastu selendang aka shawl, pastu tudung yang ada awning tu. Hehe. If di ikutkan memang banyak je koleksi tudung me. Bila fikir balik memang sangat membazir. Beli mahal-mahal but tak pakai pun. Huhu.

And semalam en.abg request me pakai tudung bawal je. Tak payah sibuk nak tukar-tukar lagi. Dia kata lebih suka tengok me pakai simple-simple macam tu. Heee~  actually sekarang ni pun me lebih selesa dengan tudung bawal. Alaaaa. Bawal biasa tu. Yang jual RM10 sehelai. Eh. Ke ada lagi murah? 


Tapi kena pasrah la tunggu me bersiap. Hahahaha. Tak lah lama mana pun. 20 minit? Hehe.

Tapi bila pakai tudung ni semula rasa macam muda la pulak.. Boleh? Ngeee~



Chong Wei rampas gelaran All England 2014

1:01 PM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi ini waktu tempatan.

Pemain nombor satu dunia itu bermula garang dengan menewaskan Chen Long pada set pertama dengan 21-13. Pada set kedua Chen Long menunjukkan aksi agresif dengan memberikan tentangan sengit menerusi turutan mata yang hampir sama.

Namun ketenangan Chong Wei mengawal emosi di gelanggang serta mempelbagaikan teknik permainan membawa kejayaan dengan menyingkirkan Chen Long, 21-18 pada set kedua itu dalam masa 59 minit.

Chong Wei pernah meraih kejuaraan itu pada tahun 2010 dan 2011. Kemudian Lin Dan dari China meraih kejuaraan tersebut pada tahun 2012 dan Chen Long pada tahun 2013.

Kemenangan kali ketiga Chong Wei dalam All England itu dimeriahkan dengan  sokongan padu penonton Malaysia yang berada di sana. Perlawanan itu turut  bersiaran langsung di televisyen satelit.

Sementara itu, juara All England bagi beregu lelaki dimenangi gandingan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia selepas menewaskan Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa dengan 21-19 dan 21-19.

Acara perseorangan wanita pula dimenangi Wang Shixian dari China  yang mengenepikan rakan sepasukannya Li Xuerui dengan straight set 21-19 dan 21-18.

China turut mendominasi acara beregu wanita menerusi Wang Xiaoli-Yu Yang selepas menewaskan beregu sepasukan mereka Ma Jin-Tang Yuanting, 21-17, 18-21 dan 23-21 dalam masa sejam 21 minit.






Sunday, March 9, 2014

Cpuv1 : Line Shopping #nuffnang

11:45 AM 0 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Cpuv pertama tahun 2014. Cpuv ni hinggap after me cashout earning yang ada sebelum ni. Pagi cashout then petang hinggap 1 cpuv. Syukur sangat. Memang kena cashout dulu ea untuk cpuv singgah dalam blog? 


Me pun pengguna tegar Line. Next time me update entry pengalaman bersama Line Shopping. :) till then...,,

Tq Nuffnang!!




#prayforMH370 Wish For A Miracle

9:57 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Still pray the best for MH370. Even macam-macam spekulasi yang timbul but wish pesawat itu dijumpai dalam keadaan baik-baik sahaja. 


Ternampak snip ni dari facebook just now. Tak tau betul or tidak. Hati kata hope tak betul. 

Kerajaan Malaysia pun belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ni. So, sebelum ada apa-apa berita rasmi ataupun bukti yang dikeluarkan oleh pihak berwajib marilah kita sama-sama membacakan Al-Fatihah untuk keselamatan penumpang MH370. 



Saturday, March 8, 2014

Friday, March 7, 2014

Follow me @munirah_izzan