Tuesday, April 29, 2014

Bila Aeera Demam

2:05 PM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baru berpeluang nak update blog. Aeera dah tido. Baru tido dari pagi tadi. Asyik merengek je. Tak selesa kut. 


Semalam pegi DEMC sebab pengasuh btau badan Aeera tiba-tiba je panas. Masa jumpa doktor tu me btau sekali yang ada something macam biji-biji kat belakang kepala Aeera. On the spot doktor dah boleh tau apa bendanya. Dia ada sebut something pasal alergik and jangkitan. Doktor kata benda tu tak boleh hilang terus. Kena bergantung dengan antibiotik. Huhu. What i know antibiotik tu tak bagus sangat untuk baby. Tapi if itu je cara nak hilangkan benda tu then kena la ikut nasihat doktor. Kesian Aeera.

And doktor suh juga buat ujian darah. The result for me bukanlah something yang baik. Huhu. Petang ni kena repeat ujian darah lagi. Hope result getting better. 

Get well soon Aeera. Boleh main dengan kak Aisya. 

Umi and ayah sayang Aeera. Kak Aisya pun sayang Aeera. Aeera anak yang kuatkan. 

Ya ALLAH, lindungilah anakku dari sebarang keburukan. Berikanlah dia kesihatan yang baik. Amin.






Me cuti hari ni. Risau sebenarnya nak cuti. Banyak benda nak siapkan kat opis but someone always whisper to me,, if you have to choose between job and family, please choose family. And i choose Aeera for today. Hope mereka dan mereka faham. :(

Sunday, April 27, 2014

Oh hati!

11:03 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Oh hati. Bertabahlah. Bersabarlah. Sedikit masa lagi. 

Apalah rasa yang bermain di hati sekarang ni. Me sendiri kurang pasti. Kurang mengerti. 

Semoga ALLAH permudahkan jalan ini buat me. InsyaALLAH. Amin.

Friday, April 25, 2014

Dress Labuh Buat Kaum Hijabista

11:30 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bagi me, personally sangat-sangat suka dengan dress labuh. Mula berjinak-jinak menggayakan dress labuh atau maxi dress ni masa mengandungkan Aisya 2 tahun lepas. Memang sangat selesa. Praktikal. Cepat. Senang. Sarungkan je. 

Sebenarnya memang dah lama pandang-pandang dari jauh je dress labuh ni. Sebelum ni takut nak pakai sebab me ni kurang tinggi orangnya. Rasa tak yakin nak pakai. But bila sekali dah pakai, terasa diri lebih sopan lah pulak. Hehehe.


Jenis kain yang berkualiti tinggi. Dengan satinnya, cottonnya, jerseynya, chiffonnya, jeannya. Homaiii. Design pun cantik yang amat. Azab mata dan hati nak pilih. Hehe. 

Bagi gadis atau wanita yang berhijab jangan risau kerana banyak pilihan dress labuh atau maxi dress ni yang menyembunyikan bentuk badan. So, kena bijak memilih juga tau. ;D

Jom, baca lagi tentang dress labuh kat bawah ni. 



Trend dress labuh di Malaysia sebenarnya sudah lama popular dalam kalangan wanita negara ini. Malah baju yang turut dikenali sebagai maxi dress ini sudah lama menjadi pilihan para gadis dan wanita yang suka bergaya di seluruh dunia. Ianya adalah pilihan buat para selebriti Hollywood juga kerana banyak artis terkenal yang sering kelihatan anggun ketika memakai dress ini diambil foto mereka oleh paparazzi atau jurugambar.

Antara sebab mengapa dress labuh sentiasa menjadi pilihan oleh wanita pastinya kerana ianya memberikan mereka keselesaan ketika memakainya, Ianya adalah pilihan terbaik buat mereka ketika musim panas atau pada hari yang anda rasa malas untuk berhias berlebih-lebih dan tidak mahu memikir terlalu banyak padanan top apa yang sesuai dengan bottom anda dan sebagainya. Sebaliknya, pilih dress labuh kegemaran anda, sarungkan dan tambah sedikit aksesori untuk kelihatan anggun bergaya dan anda sudah sedia untuk keluar! Mudah bukan?

 
Dalam masa yang sama, dress ini juga memberikan seseorang penampilan yang feminine lantas menyerlahkan sisi penuh kelembutan. Ini pastinya akan membuatkan personaliti anda lebih menonjol dan mencuri perhatian mereka yang berada di sekeliling anda. Apa yang penting ialah pilih dress dengan warna yang sesuai bagi memenuhi pilihan cita rasa anda. Dengan adanya pelbagai rekaan dan corak dalam pasaran kini, pastinya akan memudahkan anda untuk bergaya sakan!

Dress labuh turut menjadi pilihan buat wanita yang memakai hijab. Ini kerana mereka semakin gemar memakai dress labuh dengan potongan yang lebih sopan dan tidak terlalu seksi bagi dijadikan sebagai dress Muslimah. Perkembangan fesyen Muslimah terkini telah memberikan kesan yang cukup positif dalam trend baju Muslimah moden. Dress labuh sangat sesuai untuk dipakai bersama dengan tudung terkini atau shawl. Dapatkan dress labuh murah dengan harga yang cukup berpatutan hanya di Zalora Malaysia. Mereka mempunyai koleksi pakaian moden dan pakaian tradisional online untuk wanita yang cukup meluas! 

Haaaaa.. Bagi para gadis dan wanita di luar sana, yang masih belum mempunyai even satu dress labuh atau maxi dress dalam koleksi pakaian, bolehlah dapatkan koleksi anda di Zalora Malaysia. Tak rugi beli satu jadikan koleksi. :)


Feeling Rindu-Rinduan

12:08 AM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terganggu kejap tidur ni. 
Rindu. En.abg ke Kedah. 
InsyaALLAH Ahad malam ni balik. 
Ada tournament bowling. 
Me doakan team en.abg berjaya.

Bila berjauhan macam ni, teringat kenangan masa PJJ dulu. Huhu.


Wednesday, April 23, 2014

Anak Bergilir Kenakan Umi

3:59 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni seriously rasa mengantuk yang teramat. Even keja syif malam pun boleh tak cukup tidur. Huhu. 

Semalam dalam jam 12 lebih gituAeera bangun kejut umi. Nak susu. Ok! Dengan mamai me ke dapur buat susu. Baru nak buka bekas susu dia dah menjerit dalam bilik. Ades! Taknak Aisya bangun terpaksa gak angkut sekali Aeera ke dapur. 

Pas menyusu tu boleh pulak dia ajak main. Huhu. Dah la mata memang rasa berat sangat semalam. Tak larat nak layan dia main. Biar dia main sorang. Habis dia panjat badan, cakar muka, tarik rambut. Huhu. Geram gak tapi biarkan. Tak lama pastu dia dah start merengek nak tidur. Me amik and baringkan dia. Bagi puting and tuala. Gosok-gosok mata kejap. Me pun baringlah sebelah dia. Dia pusing pandang me pastu ajak boraklah pulak. Huhu. Me layan kejap sambil tepuk-tepuk paha ajak dia tido. Pastu gelappppp. Hahahaha. Me yang lelap dulu. 

Tiba-tiba pastu rasa ada orang tarik baju. Aisya rupanya. Tengok jam baru 20 minit me tidur. Huhu. Ajak borak jugak. Ingatkan dia mengigau ke apa kan. ajak borak pepagi buta. Layankan dia jap. Tak sedar terlelap. Sedar-sedar je bila pipi rasa sakit. Aisya tampar. Huhuhu. Suruh bangunlah tu. 

Me bangun kejap. Pastu baringkan dia, dia duduk semula. Adoi. Me pun biar dia layan borak sorang-sorang tapi dia asyik panggil umi..umi.. Huhu. Pening jap. Lama gak baru dia tido semula tu pun pas main-main ngan kening umi dia ni. Fuh~ lega jap. 

Baru nak letak kepala, toleh ke Aeera, dia pulak bagi senyuman paling manis kat me. Adoi anak! Bergilir korang kenakan umi yee. 

Pagi tadi bangun memang rasa macam nak pengsan. Sakit kepala kut sebab asyik terjaga. Huhu. Tak bagi kerjasama betul budak kecik 2 orang ni. Hehe. 

En.abg suruh tidur jap before pegi keja but tak dapat nak lelap even mata rasa berat sangat. Huhu. Terpaksa jugak gagahkan diri bersiap. 

Hope malam ni Aisya n Aeera tak buat lawak macam ni lagi. Huhu. 

Apapun,, korang tetap anak umi yang paling umi sayang. Permata hati umi. :D 

Tuesday, April 22, 2014

Bila Anak-Anak Sibuk

8:18 AM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam nak update tapi line mifi maxis sangat-sangat slow. Geram. Tunggu punya tunggu sampai terlelap. 

Saja nak share pic  dua beradik ni tengah kemas umah. 


Sakit dada tengok diorang bongkar kotak-kotak tu. Huhu.

Aisya : Aiwaa (Aeera) jom..

Aeera pun ye ye je datang join kakak dia. Hahahahaha. Dah pandai ajak adik dia buat sepah. Bila kita tegur, terus dia "shhhhhh! Apa tu?" Sambil letak jari kat mulut ssuruh diam. Adoi anak. Boleh pulak suruh umi diam yeee. Pandai dah sekarang ni. Siapa ajar pun tak tau. Huhu.

Pastu me amik Aeera letak jauh sikit. Tak nak biar dia main kotak-kotak tu. Boleh dia bantai nangis kuat-kuat. Pastu Aisya pusing and datang kat Aeera.

Aisya : Aiwaa... Ngis? Napa? (Sambil tepuk belakang Aeera)

Pusing pandang umi..

Aisya : miiii.. Angan (jangan)

Arrrrrr.. Dah pandai nak backup adik jugak tuu. Tahniah kakak. Hehehe. 

Semoga selepas ni Aisya akan sentiasa jaga Aeera dan bakal adik-adik. InsyaALLAH. :D

Monday, April 21, 2014

Rezeki Slimfast Diet :D

4:46 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Past few day ni busy sikit. Banyak benda kena settle kan. Ni pun curi-curi online jap.

Alhamdulillah. Me terpilih sebagai salah seorang pemenang saguhati untuk Giveaway Slimfast Diet. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi 'mendermakan Like' kat facebook bagi membolehkan me menang. :D


Haaaaa.. Dapat 3 kotak slimfast diet tu. Pas ni boleh la berkebaya di hari lebaran. Klik SINI. Cewahhhhh. 










Esok pengumaman pemenang untuk Mini Giveaway : Mengimbau Fairytale . Kepada semua peserta, minta check link anda sekali lagi. If ada yang tercicir mohon inform sebelum jam 11.59 malam ini. :)

Wednesday, April 16, 2014

Curang Dengan Diet

11:27 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terasa dimanjakan sangat sampai diet pun lari ke mana tak tahu la. Huhu. En.abg suruh diet tapi if tak makan dia akan mula 'bagi nasihat' versi dia. Memang tak boleh nak kata apa. 

Malam ni saja satay, nasi impit dengan kuah kacang. Semalam en.abg masak sambal ayam. Punah harapan diet. Hahahahaha. 


Cepat sangat tergoda. Ada depan mata kut. Susah nak tolak. Huhu. 








P/s : wahai suami,, fahamilah bahawa isterimu ini ingin diet. Sokonglah usaha murni ni demi kebaikan dirimu juaaa~ heeeee.



Good night semua.




Tuesday, April 15, 2014

Pet Fiesta 2014

4:30 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Heeee.. Saja nak update aktiviti kitorang Ahad lepas. Kitorang pegi kat SACC (Setia Alam Convention Centre). Sajalah kononnya nak bawa Aisya pegi jalan-jalan tengok binatang sebab ada Pet Fiesta. 

Dalam kepala ni dah fikir keadaan dalam tu nanti penuh dengan binatang yang comel-comel. But masuk je dalam tu penuh dengan orang non-muslim kebanyakannya cina yang dukung anjing. Huhu. Ada gak la sekerat manusia bertudung me tengok. 

Aisya duk dalam stroller and me lebih selesa dukung Aeera guna baby carrier. Kena selit-selit sikit sebab memang penuh dengan manusia dalam tu. Aeera siap gelak-gelak tengok orang. Hahaha. Masuk je kitorang direct ke bahagian Kelab Kucing Malaysia. Serius comel kucing-kucing tu semua. Besar-besar lak tu. Aisya tengok kucing dia pun ikut 'mengiau' sama. Haha. 






Tengok mulut Aisya tu. Sibuk 'meow..meow' lah tu. Hehe. Memang excited sangat dia bila nampak kucing. Me? Biasa-biasa je sebab me ni tak mesra kucing. Hohoho. Bukan tak suka tau. 


This is my interest. Rabbit!! Tapi dalam tu tak banyak rabbit pun. Huhu. 

Antara binatang peliharaan lain yang ada dalam ni,,,,







Banyak sebenarnya tapi tukang gambar tak ambil gambar banyak-banyak. Bila me sound suh amik tu je yang en.abg snap. Huhuhu.

Ada juga sesi grooming dari pakar. Yamada Cultural Art. Masa tu diorang tengah grooming puppy. Diam je tau puppy tu kena grooming. 



Sebelum keluar tu sempat gak Aisya pegi terkam ular. Huhu. Cepat-cepat turun dari stroller semata-mata nak pegang ular. Dah tu boleh dia picit-picit badan ular tu. Me pulak yang takut. Aisya rileks je.



Pastu round-round kejap area pintu keluar. Malas nak berlama-lama dalam tu. Udara busuk sikit. Huhu. Dah lah ramai je yang tolak stroller binatang. Kita tolak baby diorang tolak binatang. Huhu. 


Masuk Setia Alam Mall singgah kat booth McDonald. Beli aiskrim. Hehe. 


Haaaaa. Tengok anak dara ni makan aiskrim. En.abg nak suapkan dia taknak. Nak jugak makan sendiri. Sememeh la anak umi. Hehehe. 





Overall masa pegi tu me rasa biasa-biasa sahaja. :) 

































Monday, April 14, 2014

Semua Salah Kuih Cincin

3:48 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mula-mula tak terasa sangat pun. Pandang pun gitu-gitu je. Bila Kk Ros jemput makan pun rasa macam tak semangat. Tapi bila me dah capai and makan satu, rasa macam tak cukup lah pulak. Akhirnya ada yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Huhu.


Baru terasa betapa sebenarnya me amat rindukan Sabah. Rindukan ibu bapa. Rindukan adik-adik. Rindukan saudara mara. Rindukan kawan-kawan. Kampung halaman. Rindukan makanan Sabah. ALLAH! 

Kalaulah Sabah tu boleh travel by kereta, confirm tiap-tiap bulan insyaALLAH me balik kampung. Huhu.

Ni semua salah kuih cincin arr ni. Buat me sedih petang-petang ni. Huhu

Hantu Jeruk?

11:25 AM 8 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sejak akhir-akhir ni asyik craving for jeruk buah. Tak kisahlah jeruk Pak Ali ke jeruk jenama apa sekalipun. 

Sebelum tido makan jeruk. Bngun tido buka peti ais cari jeruk dulu. Huhu. Jumaat lepas makan jeruk sampai serak-serak suara ni. Hahaha. Adoi. Masalah betul ni.


Bekalan jeruk untuk seminggu. Agak-agak cukup tak? Rasa macam tak cukup ni. Huhu. Ada tak siapa-siapa yang boleh kirimkan jeruk buah Pak Ali tuu. Sedap kut. 

Tapi hope sangat pas habis stok ni tekak dah tak minta-minta lagi dah. Penat nak layankan perasaan teringin tu. fuh~

























Suami dah kurus lah. Jeles ni. Ahahaha.


#okbai. 













Friday, April 11, 2014

Review : Handmade Baby Bib

4:04 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ini entry dah lama nak up tapi sebab model tak bagi kerjasama yang baik maka tertangguh hinggalah ke hari ini. Huhu.

Last week, me ada terima 1 parcel. Nama me tapi barang dalam tu bukan untuk me pun. Hadiah khas buat Aeera. Cantik! Alhamdulillah. Rezeki Aeera dapat hadiah. Hadiah apa? 

Jeng..jeng..jeng.. (Bak kata Aisya..dari mana dia dengar pun me tak tau..)


Handmade baby bib. Sangat cantik. Dan jahitannya sangat kemas dan teliti. Terpegun jap me. Hasil tangan yang sempurna dan kreatif pada me. En.abg siap tanya lagi 'betul ke buat sendiri?' Hehe.

Pic atas tu pandangan depan dan belakang but rasanya boleh je guna dua-dua belah tu. 


Aeera pun selesa je bila pakai. Material cotton. 


Ni hah pic modelnya. Comel tak? Comelss kan. Ditambah lagi dengan bib bunga-bunga tu nampak girl sikit. Selalu je tau orang salah sangka yang Aeera ni baby boy. Sian gegirl umi ni. Heeee~

Banyak lagi hasil tangan cik Siti Kektus kita ni. And semuanya memang sangat-sangat superb. Boleh je jenguk blog dia untuk melihat atau membuat tempahan. :D


Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan dengan kualiti jahitannya. Mesti korang puas hati. Takkan rasa rugi punyerrrr. Percayalah. :D




Tuesday, April 8, 2014

Selamat Malam Dunia

12:02 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dah selamat sampai umah. Tadi lagi sebenarnya tapi kena mandi, siapkan barang anak ke pengasuh sok, tidurkan anak pastu kena makan sikit sebab en.abg dah belikan. Letih! Tu je yang mampu nak diluahkan. Huhu. Kaki pun rasa lenguh semacam je ni. Nak kena pegi reflexsologi (eh..betul ke eja tu? Muhahahaha) ni. 

Oklah. Sok kena bangun awal lagi. Jom tido.






Nasib baik balik umah ada air. Senang sikit hati nak mandi. Fuh~




Monday, April 7, 2014

Tak Suka Soalan Macam Ni

5:42 PM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Haaaaaa... Seriuosly me tak suka soalan-soalan berbaur menguji minda macam ni. Fuh~ letih kepala nak fikir. Sedangkan jawapan tu senang jee pun kan. 

Teringat dulu masa sekolah rendah ada few times exam yang soalannya jenis-jenis macam ni. Ada lagi ke exam tu sekarang? Lupa dah nama paper tu. Huhu. Tapi yang me ingat selama me amik paper tu tak pernah pulak cikgu bagi markah kat kitorang. Huk! Ni yang me rasa nak balik jumpa cikgu sekolah semula ni. Huhu.

Ada yang kata ujian tu untuk tentu tahap iQ someone tu. Betul ke? Agak-agak iQ me ni berapa digit ea? 3 agaknya kan. Hahaha. 

Terus google iQtest kat internet. Mula-mula tu excited konon nak buat. Baru masuk soalan no.23 ke apa tadi terus give up. Pening kepala tengok soalan-soalan macam tu. Huhu.



Heh! Senang je pun kan. Virus M sedang menular. Homai.... Rindu kat anak. 


Penangan Nescafe

4:01 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Penangan nescafe ni sekarang tengah pening-pening lalat jadinya. Huhu. Minum sikit je tadi. Setengah cawan je agaknya tapi effect jadi macam ni. Agak-agak if minum habis segelas tadi confirm migrain. 

Dah lama tinggalkan minuman ni. Sejak pregnantkan Aisya 2 tahun lalu dah stop. Bila dah cuti lama pastu amik semula macam ni lah jadinya. Huhu. Kafein banyak. 

Minum tadi pun sebab nak hilangkan rasa teringin tu je. 

Nak telan panadol ke ea? Heh~

Salam Isnin

7:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam pagi Isnin semua. Yup. Monday blues datang lagi. Everyweek tak pernah miss. On time. Fuh~ sudah mula rindukan hari Jumaat. Heh.

Hari ni tugas syif petang. 1pm - 10pm. Aisya dan Aeera dah hantar kat pengasuh. Huhu. Hantar awal sebab umi kena siapkan tugas iron baju ntuk seminggu dan kemas bilik yang tak penah nak kemas ni. Hobi Aisya is sepahkan semua barang-barang dalam bilik. Terbaik punya sepah!

Dah mula rindukan anak-anak. Baru 20 minit berlalu. Huhu. Rindunya kat anak-anak umi. 

Tadi cium bau peluh Aeera. Masam tapi rasa wangi sangat. Tarik nafas dalam-dalam sambil hidu bau peluh tu. Tak puas tau. Huhu. Bau anak tetap bau yang paling wangi.  :D





Hari ni kena bertugas kat PTAR 2. First time. Fuh~

Sunday, April 6, 2014

Friday, April 4, 2014

Umi Merajuk Kena Halau

9:35 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam Aisya manja sangat. Taknak tido. Nak ajak borak je. Pastu nak pangku. Taknak baring atas tilam. Huhu.

Umi : Aisya.. Umi tidokan adik jap ea..
Aisya : nanak.. (Taknak)
Umi : jap je.. Pas adik tido umi main dengan aisya ea..
Aisya : nanaaaak..

Pastu me baringkan Aisya kat tilam dia and me baring sebelah Aeera. Aisya datang peluk kaki me sambil tarik...

Aisya : miiii..jom..
Umi : jap sayang.. Umi nak teman Aeera tido jap ea...
Aisya : jooom...

Me pandang Aeera macam dah nak lelap. Slowly bangun and ikut Aisya ke tilam dia pulak. Dia baring sambil gelak-gelak. Tarik tangan me and baring atas lengan. Me pun peluk la dia. Tiba-tiba...

Aisya : miiiii...piiii (umi..tepi)

Me buat tak peduli.. Tetap je baring sebelah dia even dia siap tolak-tolak me. 

Aisya : miiiiii... Piiiii...

Makin kuat dia jerit. Huhu. Taknak Aeera terjaga terus me pindah balik tido sebelah Aeera. Aisya datang lagi peluk kaki. 

Aisya : miiii... Jom
Umi : taknak..
Aisya : jooom...jooom..

Ikut lagi ke tilam Aisya. Pastu dia halau lagi buat kali kedua. 

Aisya : mii..piiii..piii.. 

Adoi anak. Hahaha. Me pun pindah semula baring sebelah Aeera. Merajuk tau macam ni. 

Aisya : cak! Hehehe...

Boleh pulak pas halau tu dia main cak..cak.. Siap gelak pulak tu. Hehehe.

Aisya : meyyy... (Comel) sambil pegang dua-dua pipi.

Hhaha. Geram tau bila dia buat macam tu. Pandai dia pujuk umi. Me pun apa lagi. Grab Aisya and gomol dia sepuas hati. Hahaha. 

Aisya : miii..angan.. (Umi..jangan..) 

Dah pandai tu kata jangan. Hahaha. Pastu me teman dia baring jap. 

Me keluar ke dapur jap nak minum. Masuk bilik tengok Aisya dah lelap. Alolololo... Sian anak umi. Penat kena gomol dengan umi. Hehe.

Hurm... Sehari keje tak jumpa anak-anak rindunya ALLAH je yang tau. If boleh tiap-tiap hari nak rush cepat-cepat balik umah pas keje. :)

Terima kasih ALLAH kerana bagi peluang pada me merasai nikmat hidup berkeluarga. 



pssstttt!!! Like pic ni ea Review Slimfast Diet.. Need ur help.. tq so much..  :)

Thursday, April 3, 2014

Wednesday, April 2, 2014

Donation For Adra Afieya

5:00 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baru tadi menjenguk page Donation For ADRA AFIEYA. Menangis! Semoga ALLAH sentiasa beri kekuatan dan kesihatan yang baik pada adik Adra. 


Siapa sangka di sebalik wajah comel ini tersimpan seribu duka yang belum mampu adik Adra sendiri luahkan. Dari hari pertama mengikuti perkembangan Adra i'm so touched dengan kekuatan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh parents Adra. Juga kekuatan Adra sendiri. Bila tengok gambar dia senyum umpamanya dia seorang bayi yang sihat. Semoga ALLAH sentiasa melindungi mu sayang. 


Adik Adra menghidap penyakit Biliary Atresia. Yang me tau penyakit ni menyebabkan terjadinya jaundice berpanjangan bagi bayi yang baru lahir. Nak tau lebih lanjut bolehlah ke facebook Donation for ADRA AFIEYA. Dalam page ni insyaALLAH admin akan selalu update perkembangan terkini adik Adra. 

Adik Adra happy family.. :D
Cute kan baby Adra... So adorable.. Flying kiss and big hugs for you little princess.. 
Bagi sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan..
Get well soon sayang. Wish to meet you in person 1 day. Boleh jumpa dengan kakak Aisya dan Aeera. Sure dua beradik tu happy bila dapat jumpa Adra. :D


Sumber gambar : Facebook Donation For ADRA AFIEYA

Tuesday, April 1, 2014

Follow me @munirah_izzan