Friday, May 30, 2014

Aisya Dah Pandai Sebut Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat.. 

Past few weeks, Aisya demam, batuk n selesema. Kesian tengok bila dia batuk sebab sampai termuntah. Huhu. Tapi batuknya takde kahak. Bagi dia minum air banyak-banyak.

Hingus pun asyik meleleh. Sampai merah hidung dia gosok. Huhu.

But dalam dia tak sihat tu, ada perkara yang buat me rasa macam nak nangis. 

Masa mula-mula tu tak perasan apa yang Aisya sebut. But kali ketiga dia bersin me cuba dengar betul-betul apa yang dia sebut. 'Amdilah..' Lebih kurang gitu lah bunyinya. 

Me? Of course me terus peluk dia. Dia tengok, dengar dan belajar apa yang me dan en.abg buat selalu. Alhamdulillah. 

Selepas tu, bila dengar me atau en.abg bersin dia akan sebut 'amdilah..' 

Dah besar dah anak umi. Semakin jelas perkataan yang dia sebut. Biarpun dia suka sebut ayat terbalik but takpe. At least dia tunjukkan perkembangan yang sangat +ve. Syukur alhamdulillah. :)




p/s : Bulan depan bulan harijadi Aisya.. Weeee~ Nak masuk 2 tahun dah anak sulung umi..


Read More ->>

Thursday, May 29, 2014

Third Anniversary! :D

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah..Alhamdulillah.. SYukur ke hadrat ALLAH kerana memanjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. 

Mungkin ada yang kata 'alaaaa.. baru 3 tahun pun nak kecoh..org lain dah berabad ok je..' (Sebenarnya bukan 'mungkin' tapi memang ada yang kata macam tu..) Ada aku kisah! Heh~ 

Nasihat untuk orang itu,,, silalah kahwin dan rasai sendiri hidup berumahtangga ni. Senang ke,, susah ke. Dah rasa baru faham kenapa setiap hari ada je yang rasa bersyukur. 

Back to the point!

Sedar tak sedar dah 3 tahun hidup bersama suami, Abdul Karim Mohd Latep. Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Me sedar bahawa 3 tahun ni masih berada dalam fasa awal kehidupan. Masih panjang  dan jauh perjalanan yang bakal kami tempuh. InsyaALLAH. Berkat keserasian dan restu dari ALLAH kami akan menghadapi semua tu dengan sabar. 

Sepanjang 3 tahun perkahwinan juga, kami dikurniakan 2 puteri penyeri keluarga. Nur Aisya Syuhadaa dan Nur Aeera Shuhayra. Terima kasih ALLAH atas kurniaan dan amanah yang amat berharga ni. Akan kami jaga amanah yang KAU berikan ini sebaik mungkin. 

To en.abg...

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga abg. 

Tiada hadiah mahal yang mampu ira berikan. 
Tiada majlis yang mampu ira sediakan. 
Hanya doa dan ketaatan sebagai isteri yang mampu ira hulurkan pada hari istimewa ini. 

Ira sedar sepanjang 3 tahun kita bersama, masih terlalu banyak kekurangan ira sebagai isteri. 
Ira minta maaf. 
Terima kasih kerana menerima kekurangan ira. 
Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah ira.
Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar yang abg berikan. 

Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke jannah. Amin.

Tak mampu nak taip panjang-panjang. Sebak! Nangis sudah. 

Yang lain biar mulut yang berbicara. Face to face mesti lagi sebak. Huwaaaaa!

#Okbai nak sambung kerja. Escape jap update blog. Heee~
Read More ->>

Wednesday, May 28, 2014

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Baru je terima pagi tadi. Ada yang berminat nak pegi? :)

Read More ->>

Tuesday, May 27, 2014

Hilang Mood!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sangat tension bila kerja tengah banyak tiba-tiba pc hang macam ni. Grrrrrr~ Buat hilang mood nak buat kerja. Serius!!


Tido boleh? Pheww~

Read More ->>

Siapa Ada Sediakan Khidmat 'Design Template'?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tengah banyak keja but amik kesempatan untuk update blog jap. 

Fikir nak buat sikit penambahbaikan untuk blog ni. Sikit je. Sebab header pun agak lama dah. Time ni Aisya umur 8 bulan kot. Dah ada Aeera ni kena lah tukarkan. :) 

Tengah survey orang-orang yang ada buat template design. Ada cadangan tak? 


Read More ->>

Monday, May 26, 2014

Silkygirl Moisture Balm Lipcolor



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ini sebenarnya entry hari Jumaat lepas. Ingatkan dah publish rupanya ada dalam draft. Huhu. So,, xde masa nak edit balik semua ni. Publish je la. Hehehe.. 

*********************************************************************************************************

Salam Jumaat semua. 

Just nak share my new lipstick. Hehe. Sebenarnya me ni orang yang jarang sangat berlipstick. Kadang en.abag tegur jugak tapi tu lahhh.... Heee~

Selalu masa nak beli suka sangat tengok color lipstick tu tapi dah 2 3 kali pakai rasa macam 'eh! Apasal pelik je lipstick ni?' Hahaha. 

Semalam bersiar-siar dengan Aeera kat Plaza Alam Sentral. Hahaha. Bersiar-siar la sangat kan. Keluar beli baju untuk mak sebenarnya. Untuk mak pakai masa majlis bertunang adik 2 minggu lagi. Pas beli tu termasuk pulak kat Watson. 

Mulanya nak window shopping je tapi tangan laju je tercapai lipstick ni. Pastu laju je kaki terjalan ke kaunter dan terambil duit kat poket seluar. Terus terbayar. Hahaha. Nampak tak banyak 'ter' kat situ. Memang tak sengaja tu. 


Silkygirl Moisture Balm Lipcolor. Me amik kod 04 (Apricot). Cantik sangat colornya. Suka-suka. Hope panjang jodoh me dengan lipstick ni. :)

Pakai pun memang best. Terasa gebu bibir. Hehe. 2 3 kali masuk tandas senyum-senyum depan cermin. Hahahaha. Ko hado! 

Murah je pun. RM17.90. So, terasa berbaloi terbeli. :p

Tak amik lagi pic guna lipstick ni. Dah amik nanti ai share ye. :) 

Read More ->>

Sunday, May 25, 2014

Kalah Bermaruah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Berakhir sudah Piala Thomas. Kecewa lagi Malaysia. Kalah di tangan Jepun. Namun me akui yang Malaysia sudah lakukan yang terbaik.

Belum ada rezeki Piala Thomas untuk kembali ke Malaysia. Mungkin selepas ini. InsyaALLAH.

Me kecewa tapi mesti kecewa lagi pasukan Malaysia. Besar tanggungjawab yang digalas mereka.

Apapun keputusannya, me bangga dengan usaha yang ditunjukkan.

Tahniah pasukan Piala Thomas Malaysia!

Read More ->>

REVIEW

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Berminat untuk mendapatkan khidmat promosi produk/ perniagaan/ event .. etc?

Apa yang me tawarkan? 

- 1 entry review
- 2 hari entry sticky post
- Promote entry di facebook, twitter, Google+  dan instagram (jika berkaitan).

Entry review tidak akan di delete. Maknanya entry review mengenai produk/ perniagaan/ event .. etc anda akan sentiasa berada di dalam search engine.

Harga? Negotiable. 

Berminat?
Hubungi me di :-

email : munirahizzan@gmail.com
Whatsapp : 019-5829302
wechat : @moonizzan
facebook : Munirah Izzan
Instagram : moonizzan


Syarat-Syarat Iklan

  1. Pihak saya tidak menerima sebarang iklan yang berunsur politik, seks, keganasan dan seumpamanya yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak. 
  2. Pihak saya tidak menerima iklan yang berunsurkan skim cepat kaya, forex, mlm dan seumpamanya.
  3. Tarikh pengiraan iklan adalah selepas iklan anda dimasukkan dalam ruang iklan.
  4. Penulisan dan ulasan dalam blog saya adalah bebas dari sudut pandangan saya sebagai pengguna. Pendapat saya adalah jujur berdasarkan pengalaman saya.
  5. Untuk ulasan produk, ia akan dihantar kepada saya secara pos dan ia adalah tanggungan serta perbelajaan dari syarikat anda. Produk yang diberikan kepada saya untuk direview tidak akan dikembalikan.
Terima kasih kerana sudi beriklan di www.munirahizzan.com. 

PRODUK
BABY STUFF




Read More ->>

Tuesday, May 20, 2014

Ini Cerita Betul

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Just a simple update tengahari buta ni.. hehehe..

sumber : facebook

Betul tak? Grrrrrr.. Hahahaha..

Read More ->>

Monday, May 19, 2014

Tak Sihat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Isnin sudah. Rasa cepat je masa berlalu. 19/5/2014. Ada apa dengan tarikh ini? Takde apapun sebenarnya. 

Keadaan kesihatan still kurang memuaskan. Batuk. Tekak gatal. Suara pun serak. Kelmarin badan sakit-sakit. Kat sendi-sendi. Memang rasa tak larat sangat tapi kena jugak kuatkan demi anak-anak. En.abg pulak kena kerja. 

Aisya n Aeera pun kurang sihat jugak. Batuk. Selesema. Demam. Kesian anak-anak umi. Tak lena tido malam sebab batuk. If me yang dah besar ni pun rasa tak larat apatah lagi budak kecik kan. 

Masa nak tidokan Aisya n Aeera tu asyik bisik kat dia,, bagi la sakit tu kat umi. Umi rela umi sakit dari tengok anak-anak umi tak sihat macam ni. Huhuhu. 

Tak larat nak type panjang-panjang. 
Read More ->>

Thursday, May 15, 2014

Pagi Tadi Punya Cerita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam dah genap 8 bulan Aeera. Alhamdulillah. Macam-macam kerenah dia sekarang ni. Ada je yang nak kacau. Hehe. Semua tempat dia nak explore. 



Tengok ayah dia keluar nak start kereta, iye-iye dia kejar sambil jerit. Pastu nangis sorang-sorang kat pintu. Hahaha. 


Read More ->>

Monday, May 12, 2014

Jom Kurus Dengan Secret Laxing

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom Kurus Dengan Secret Laxing | Pasti ramai yang tercari-cari produk kurus yang mampu mengurangkan lemak dan dalam masa yang sama mengecilkan badan kan? Anda nak tahu rahsia kami?


Secret Laxing! Ya. Itulah jawapannya. Produk terbaru dari Legacy Secret.

Ada masalah ...

Sembelit kronik
Masalah penghadaman
Sukar membuang air besar
Toksin dalam badan

Secret Laxing mampu membantu dalam menyelesaikan masalah korang. 

Tak percaya? Jom kita tengok lagi apa yang mampu Secret Laxing berikan pada me dan korang semua.

Membakar kalori lebih berganda
Meningkatkan metabolisme 
Meningkatkan tenaga 
Mengurangkan lemak dalam badan 
Mengecilkan saiz badan
Dapat menurunkan berat badan

Kegunaan/Khasiat lain :


  • Membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh yang ideal.
  • Membantu mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut.
  • Membantu meningkatkan pembakaran kalori & lemak tubuh (thermogenic) agar terjadi penurunan massa lemak dan peningkatan massa otot
  • Green Tea membantu menormalkan kolesterol dan gula darah.
  • Sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun dan memperbaiki sistem pencernaan.
  • Membantu memperbaiki penampilan tubuh dan mengencangkan otot.
  • Membantu mengawal rasa lapar.
  • Membantu meningkatkan energi dan stamina.
  • Membantu meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi energi.
  • Mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh.
  • Membantu mencegah timbulnya penyakit merbahaya.
  • Membantu menjaga kesihatan mata dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda.
Macamana caranya? Ikut je cara yang ada kat botol

   Boleh diminum terus
   Boleh diambil setiap hari
 ✿  Digalakkan untuk mengambil 2 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan @ bersenam 
 ✿ Digalakkan untuk minum banyak air putih semasa pengambilan produk ini

Bahan-bahan semulajadi yang terdapat dalam kandungan Secret Laxing ialah :

Honey, Prune, Delima, Goji Berry, Sireh, Beet root, L-carnitine, Senna Leaf, Garcinia Cambogia, Green Tea, Acai Berry, Dandellion, White Kidney Bean, Grape Extract, Rose water

Harga? Haruslah mampu milik. Korang pun mesti senyum tengok harga ni.. :D

Semenanjung : RM 33.00 / Sebotol
Sabah/Sarawak : RM 39.00/ Sebotol
Brunei : BRD18.00/Sebotol
Singapore : SGD18.00/Sebotol


OK! CAPS LOCK DAN HIGHLIGHT MERAH UNTUK PERINGATAN NI. SESIAPA YANG ADA GASTRIK, TEKANAN DARAH TINGGI, GANGGUAN JANTUNG  DAN BAGI WANITA YANG SEDANG HAMIL, ANDA DI LARANG SAMA SEKALI UNTUK MENGAMBIL SUPPLEMEN INI. 

Nak kurus ni yang pentingnya kena DISIPLIN. Kuatkan hati. Tengok makanan berlambak-lambak tu buat dunno je. Hehe. Boleh? Kuatkan hati!! 

Read More ->>

ROJAK!!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

BUSY!!!!!!

Itu yang membuatkan me tak dapat nak update blog tiap-tiap hari. Sekarang ni pun me memangku tugas salah sorang staf yang cuti bersalin so masa tu memang agak pack. Banyak yang kena settlekan. 

Takpe-takpe. Mungkin ALLAH nak uji kita kan. Atau sebelum ni kut-kut me banyak sangat masa terluang tu yang ALLAH bagi kerja banyak sikit supaya boleh cover masa-masa terluang yang me bazirkan sebelum ni. Taklah percuma me makan duit gaji kan. Hehehe. 

Uhuk!! 

Esok pun kena kerja. Actually niat sebelum ni memang nak habiskan masa dengan anak-anak tapi hati rasa tak senang pulak kenangkan bahan-bahan untuk kursus Rabu ni tak settle lagi. Banyak pulak tu. Nak siapkan hari Rabu nanti memang confirm tak sempat la. 

So, kenalah korbankan sikit masa cuti me ni. 

Takpe. Yang penting Rabu depan me nak cuti. Nak bawa Aeera jumpa pakar kanak-kanak. Kenapa? Bila semua dah clear nanti me cerita ea. Huhu. Korang pun tolonglah doakan kesihatan Aeera tau. 


Tengok Aeera tido. Comelkan. Ok! Ini iklan. Hehehe. Keadaan tak kemas belakang tu abaikan sebab kitorang baru pindah umah so masuk akallah bila rumah sepah sikitkan. 

Nak harap me siapkan benda-benda tu semua dalam masa 2 hari memang tak siaplah. Mana nak melayan anak lagi. Anak nak tido. Anak nak makan. Nak susu. Nak mandi. Kadang baru gerak 2 langkah yang kecik tu dah nangis. Yang kecik tu tido kakaknya pula kejut ajak main. Hadoiii la anak-anak ku. Huhu. 

Dah kemana hala entry me ni sebenarnya pun tak tau. Hahahaha. Saja nak luang masa bebel-bebel kat blog sementara masih break hour ni. Ok! Hari ni me kerja syif petang. Masuk jam 1 balik jam 10. 

Tapi tadi datang awal sikit sebab nak siapkan kerja. Fuh~ busy betul kan. Kalah PM. Hahaha. 



Read More ->>

Thursday, May 8, 2014

CPUV Bulan Mei

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Dah masuk 8 MEi 2014 hari ni. Baru 3 kali update dalam bulan Mei ni. Jadual sangat pack. Banyak kerja yang nak disiapkan. Update itu. Update ini. Fotokopi itu. Fotokopi ini. Hehe. But setakat ni me happy buat semua ni. :) 

Lama tak update tapi ada juga cpuv yang melekat. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki tu. 


Terima kasih Nuffnang. Biarlah iklan-iklan ni melekat lama sikit ea. Hehehe. 



 
Entry semalam lupa letak watermark. Fuh~  
Read More ->>

Wednesday, May 7, 2014

Selfie Dengan Anak-Anak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bila en.abg pegi shopping barang dapur sorang-sorang,, ni la keja me and anak-anak dalam keta. 






Hahahaha. Tengok Aeera pun macam dah boring. Ntah apa-apa la umi kan nak. 

Okies en.abg memang selalu shopping barang dapur sorang. Tinggal me dengan anak-anak kat keta. Sebabnya if Aisya ikut mesti huru-hara jadinya. Haha. 





Read More ->>

Tuesday, May 6, 2014

Aziz Satar Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Agak terkejut bila dengar Sinar.fm pagi ni. Fikirkan tersalah dengar. En.abg siap tambah volume lagi. Huhu.



Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 


Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Sumber : Berita Harian 

Takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah Aziz Satar. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah


Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah


Read More ->>

Friday, May 2, 2014

Cek Darah Lagi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cerita Aeera amik darah 29/4/2014. 


Kitorang datang DEMC malam sebab doktor yang rawat Aeera masuk keja malam. Boleh je sebenarnya nak jumpa doktor lain but en.abg kata dia selesa berurusan dengan Doktor Adam. 

Malam tu Aeera kena cucuk kat jari 2 kali. Huhu. Geram betul. Patut sekali je dah cukup. Masa amik keputusan darah yang first tu doktor kata kena cek lagi sekali sebab darah yang amik masa 1st tu tak cukup. Huhu. 

Cucuk kat jari pun sakit jugak kut if ditekan-tekan. Kesian Aeera. Memang melalak la dia. Masa masuk makmal kali kedua tu tengok nurse yang amik darah tu pun dia dah cuak. Huhu. 

Aisya pulak bila dengar Aeera nangis laju je dia lari ke Aeera. "Aiwa..napa?" Haaaaa. Aisya memang sangat protective. Nasib baik je dia tak cubit nurse tu. Huhu.

Yang 1st keputusan darah Aeera tak memberansangkan. Keputusannya lebih kurang yang sebelum ni. Masalah apa? Later me cerita ea. Yang kali kedua tu pulak cek denggi tapi alhamdulillah keputusan -ve. 

Hari ni kena repeat amik darah lagi. Adoi. Tak sanggup nak tengok Aeera nangis lagi. Tapi demi kesihatan Aeera kena kuatkan hati. 

Hope resultnya makin ok. Amin. 
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in