Wednesday, July 23, 2014

Tuesday, July 22, 2014

Duit Raya Untuk Aeera

1:25 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cer cari nama Aeera atas tu.. Heeee

Alhamdulillah. Duit raya kedua untuk Aeera tahun ni. Thanks Kak Uni. Tak ingat pun tau pasal segmen ni. Nasib baik Kak Uni tinggal komen.

Dah umum Sabtu lepas lagi pemenangnya tapi yelah kat umah jarang sangat online. Memang kena limitkan sebab kat umah masa untuk suami dan anak-anak pulak kan.

Thanks again Kak Uni!!

Wednesday, July 16, 2014

Gambar Keretakan Yang Berlaku Di 1Borneo Hypermall, Sabah

10:30 AM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Gambar Keretakan Yang Berlaku Di 1Borneo Hypermall, Sabah yang disebarkan melalui facebook telah menarik perhatian pihak atasan 1Borneo. Dalam page rasmi 1Borneo Hypermall telah menjelaskan mengenai gambar-gambar keretakan bangunan yang tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu itu tiada kaitan dengan 1Borneo Hypermall.

Sumber : Page 1Borneo Hypermall

Sumber : Page 1Borneo Hypermall

Sumber : Page 1Borneo Hypermall

Ada sumber yang mengatakan bahawa gambar-gambar tersebut sebenarnya di ambil dari salah satu shopping mall yang berada di Johor. 







"You See My Plat Number??!!"

7:39 AM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Video Wanita CDM25 mengamuk trending di laman sosial. Seriusly me sangat tak setuju dengan cara perempuan ni handle masalah. Siap bawa stering lock lagi. Macam samseng sudah. Dalam dia mengamuk tu dia lupa sekarang ni zaman teknologi di hujung jari. Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian telah merakam dan memuaturun video tersebut ke Facebook. Hurm,, sekejap je dah jadi viral. Lagi-lagi dengan kemudahan button share kat Facebook tu memang lagi cepat video ni tersebar.

Sumber : twitter 
Paling terkesan di hati bila lelaki tua berbangsa cina itu berkali-kali memohon maaf dan akur untuk membayar gantirugi namun dibalas dengan maki hamun dari pemilik CDM25 ni. Siap hentak-hentak kereta uncle tu dengan stering lock lagi. Apakah?! Tindakan yang sungguh memalukan.

"You see my plat number??!!" Apa yang cuba dibuktikan oleh perempuan ni agaknya dengan mengajukan soalan macam tu ea? Hurm.. Ok.. Jom bersangka baik.. Mungkin,, mungkin,, dan mungkin...

Fuh~ Still tak boleh terima. Kesian uncle tu.

Sumber : facebook
Status Facebook anak kepada uncle yang menjadi mangsa maki hamun pemilik CDM25. Siapa pun pasti akan marah bila jadi macam tu kat keluarga sendiri. Huhuhu.

Apapun, bersedialah hadapi apa jua tindakan yang bakal datang. Anak-anak uncle ni pasti takkan berdiam diri selepas ayah diorang dimaki hamun depan orang ramai.


Monday, July 14, 2014

Enot Tolak Rawatan Moden

12:41 PM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : google image

Enot Tolak Rawatan Moden | MUNGKIN ramai yang sudah mengetahui tentang kanser usus yang dihadapi oleh pelakon Aliza Abdullah atau Enot.

Ketika ini penyakit yang dihidapinya itu berada pada tahap kedua namun Enot memberitahu dia menolak untuk meneruskan rawatan secara moden sebaliknya mengamalkan perubatan cara tradisional.

Menurut Enot, ramai dalam kalangan ahli keluarganya yang menghidap kanser sebelum ini tidak sembuh dengan perubatan moden bahkan ada yang menderita penyakit sampingan seperti buah pinggang dan sebagainya.

“Sudah setahun saya menghidap penyakit ini. Sebenarnya selama ini memang saya rasa sakit tapi saya fikirkan itu hanya sakit biasa sehinggalah saya mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

“Selama tiga bulan pendarahan itu berlaku. Kemudian apabila saya buat pemeriksaan, doktor sahkan saya menghidap kanser tahap kedua.

“Doktor cadangkan buat pembedahan dan kimoterapi tetapi saya tidak mahu kerana mengikut pengalaman, ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana menjalani rawatan kimoterapi.

“Jadi sekarang saya amalkan perubatan tradisional. Saya amalkan makan daun belalai gajah. Daun itu saya beli di Seremban, Negeri Sembilan.

“Bukan itu sahaja saya turut mengambil makanan tambahan (suplemen) yang dibiayai oleh seseorang yang berharga RM3,000.

“Tajaan tersebut diusahakan oleh rakan artis Abot dan Emma Akma. Saya cukup berterima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya.

“Tapi saya masih mendapatkan nasihat doktor dan makan ubat. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin hidup macam biasa," kata Enot.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140713/hi_02/Ujian-Tuhan-buat-Enot#ixzz37PkEWAmf 


Kredit : Utusan.com.my

Sunday, July 13, 2014

Aeera Dah Masuk 10 Bulan

1:31 PM 1 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
Alhamdulillah. Sok genap umur Aeera 10 bulan. Membesar dengan sihat anak umi. Dah banyak ragam dia. Paling penting, dia suka gelak. Hehe.
Semua benda yang orang buat mesti dia gelak. Kadang Aisya nangis pun dia gelak. Hahaha.
Buli kakak tu kira macam hobi Aeera gak. Huhu. Semalam dia rotan kakak guna hanger. Pastu dia suka langgar kakak dengan walker dia. Suka amik barang yang kakak dia tengah pegang. Aisya pulak jenis tak melawan. Bila Aeera buli dia nangis je.
Tapi bila Aisya marah tu lagi dia suka kacau. Hehe. Kadang kesian gak tengok Aisya.
Apapun anak-anak umi buat tetap comel di mata umi. Besar nanti takmo gaduh-gaduh tau adik beradik. :D

Posted via Blogaway

Friday, July 11, 2014

Nuffnang : Cek Pertama

12:14 PM 13 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Setelah hampir 4 tahun berblog merasa juga me pendapatan dari Nuffnang. Walaupun jumlahnya taklah sebanyak nuffnanger yang lain tapi lepaslah untuk buat simpanan anak-anak. Syukur sangat.

Abaikan pen yang comel tu yaaa. Hehehe. Malas nak blurkan tu yang jadi macam tu. Ok! Negatif sangat perkataan malas tu kan. Ampunkan hamba.

Thanks again Nuffnang.


Posted via Blogaway

Thursday, July 10, 2014

Salah Makan Atau Keracunan Makanan?

11:58 AM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Rabu lepas en.abg berangkat ke Kedah. So, me ambil keputusan petang tu nak beli lauk berbuka kat bazaar je. Sampai bazaar pening kepala nak beli apa.

Pusing-pusing akhirnya me beli nasi briyani ayam masak merah. Harga RM6.50. Mahal ke?

Masa berbuka tu suapkan Aisya sekali tpi dia makan tak banyak pun. Setakat 2 3 suap je.

Bangun nak sahur perut rasa memulas semacam. Memang sangat tidak selesa. So pagi tu makan roti je untuk sahur.

Dalam jam 7 lebih tu dah start kuar masuk tandas. Pakej sekali dengan muntah-muntah. Adoii. Rasa lemah sangat. Syukurlah Aisya n Aeera tak meragam sangat semalam.

Hari ni still kuar masuk tandas. Huhu. Perut pedih. Rasa nak pitam je. Dah lah bertiga dengan anak je kat umah ni. En.abg balik petang ni. Hope mampu bertahan.
sayang anak-anak umi, jangan buli umi ea hari ni. Umi tak larat ni. Huhu.

First time ke bazaar tahun ni dah jadi pengalaman tak best. Huhu.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 9, 2014

Cukup Sampai Di sini Saja

10:45 AM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sudah cukup sudah kita bercerita mengenai Piala Dunia. Mari kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Gaza. Di saat kita penuhkan minda dengan kekecewaan terhadap Brazil, saudara kita di Gaza sedang berjuang untuk hidup.

Dalam serangan pagi tadi 23 syahid dan 122 lagi cedera bila rejim zionis melancarkan operasi pembunuhan umat Islam Palestin.

Israel smakin melampau!

Kasihan memang kasihan tapi jangan lupa selitkan doa untuk mereka di setiap penghujung solat kita.

Ya ALLAH, berikan mereka kekuatan untuk menhancurkan tentera Israel.


Posted via Blogaway

Penyokong Brazil Bakar Bendera Brazil

7:20 AM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kekalahan paling memalukan dalam sejarah Piala Dunia apabila Brazil dibelasah 7-1 oleh Jerman dalam perlawanan separuh akhir awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kalah di tempat sendiri membuatkan penyokong Brazil bertindak membakar bendera negara sendiri.

Pendapat me mengenai isu bakar bendera :

Membakar bendera negara sendiri adalah tindakan yang lebih memalukan daripada kekalahan Brazil kepada Jerman. Bendera tak patut dijadikan mangsa dalam cerita Piala Dunia ni. Agak-agak arr.

Bukanlah maksudnya me nak suruh depa pi bakaq team Brazil tuu tapi cukuplah if lepaskan kemarahan tu pada jersi pasukan tu je. Negara tak salah dalam hal ni. If malu nak duduk Brazil selepas kekalahan teruk di Piala Dunia tu, pegi arr tukar warganegara. Jadi warganegara Jerman la pulakk.

Huhuhu. Oklah. Takmau kondem lelebih kan ada yang boom me pulak.

Sumber gambar : facebook


Posted via Blogaway

Tuesday, July 8, 2014

Tugasan Luar Buat Rumah Jadi Sunyi

9:30 PM 2 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terasa sunyi je rumah hari ni. En.abg ada tugasan luar kat Kedah selama 3 hari. Berangkat pagi tadi. Balik sini Khamis malam. 

Maka adegan rindu merindui bakal berlaku. Huahuahua.

Me boleh lagi bertahan. Risaukan Aisya je. Dah lah dia manja dengan ayah dia. Tiap-tiap kali terjaga dari tidur ayat pertama yang keluar dari mulut dia "ayah.. ayah..na ayah?" Even en.abg tengah baring sebelah dia pun tetap gak ayat tu yang keluar. Kadang bila dia tak nampak ayah dia, dia ketuk pintu bilik air sambil jerot panggil ayah. Kadang mulalah nak merengek. Risau dia nangis tengah malam je nanti. Jenuh nak pujuk tu. Adoiii. Risau ni.

Ada je baju yang en.abg tinggalkan untuk jadi selimut Aisya memalam. Tapi baju tu dia bawa pegi gunting rambut malam tadi. Mau gatal Aisya nanti. Huhu. 

Aeera tak mencari sangat kut. Kecik lagi kan. Paling pun dia excited lebih bila en.abg dah balik nanti. :)

Tapikan, memang terasa tau bila en.abg tiada. Memang sunyi sangat-sangat. Hurm. Cepatlah 3 hari ni berlalu. 

Mereka Yang Prihatin

5:00 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Even status ni adalah status tahun lepas tapi yang kita tekankan dalam ni adalah sikap prihatin yang mereka tunjukkan. Sekurang-kurangnya masih ada yang peduli dan ambil tahu tentang waktu berbuka even dia bukan seorang muslim. Tahniah buat Mr. Raven Murugesan.

Agak-agak if kita yang tengah que masa tu, kita akan offer tak kat cashier untuk sama-sama berbuka biarpun hanya di depan kaunter bayaran tu sahaja?

Monday, July 7, 2014

Menang Vouchers Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

10:54 AM 10 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Semalam eyriqazz.com ada buat satu giveaway simple. Hadiahnya ialah 10 vouchers Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort untuk 5 orang.

Entry giveaway boleh view kat sini --> Give Away – 10 Vouchers Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort

Me komen simple je.


Abaikan wording yang agak serabut tu. Komen sambil berebut tab dengan Aisya gitulah jadinya. Huahuahua. Tapi betul, sepanjang puasa ni en.abg yang masak untuk berbuka. Me sekadar masak nasi dan siapkan air je. Huhu.

Pastu tadi me tiba-tiba teringatkan giveaway ni tu yang terjah blog abang eyriqazz. Tengok dah ada pemenang dan ......


Tengok no.5 tu.. 

Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH kerana rezeki ini. Voucher ni hadiah untuk en.abg. 





Ehem!! Calling Julia.. Jom lepak kat BGR sesama.. Nak? Hahaha. Saja nak interprem anniversary Ju kan.. 

Sedang Cuba ...

1:05 AM 7 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sedang cuba untuk terus sabar..
Sedang cuba untuk terus diam..
Sedang cuba untuk terus bertahan..
Sedang cuba untuk tidak mengeluh..
Sedang cuba untuk terus positifkan minda..
Sedang cuba pujuk hati bahawa pasti ada hikmah..

Ya ALLAH, tabahkan hatiku untuk menempuhi dugaan ini.. Kuatkan jiwaku untuk menerima ujian-ujian dari-MU Ya ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Posted via Blogaway

Sunday, July 6, 2014

Gotong Royong di Bulan Ramadhan

5:17 PM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pepetang hujung minggu ni en.abg ajak jiran bersihkan rumah kosong kat belakang umah. Bukan bersihkan apa pun, cuma nak tebang pokok besar kat belakang umah kosong tu. Menakutkan tau pokok tu. Huhu. Dah la umah tu kosong. Dengan langsir umah tersingkap pulak. Hurm....

Umah ni betul-betul kat belakang umah kami.

Pernah sekali Aisya ke dapur tiba-tiba dia lari semula ke ruang tamu. Laju lak tu. Pastu sandar badan dia kat me sambil kata "mi..akut.." means umi..takut.. huhu. Masa tu memang meremang gak bulu roma. Tak cukup dengan tu dia tutup muka dengan tuala.

Dah la en.abg keje masa tu. En.abg balik je terus me cerita kat dia. En.abg decide nak tebang pokok tu.

Bukan lah me nak 'tuduh' pokok tu punca Aisya berperangai macam tu tapi entah lah. Huhuhu.

Apapun, memang nampak lapang sikit kawasan umah pas pokok tu ditebang.


Posted via Blogaway

Ragam Aisya

1:45 PM 2 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aisya sekarang ni dah semakin petah berkata-kata. Kadang rasa macam tak mampu nak balas. Hehe.

Situasi 1 : Aisya tengah tengok tv..

Ayah : Aisya, big hug ayah.
Aisya : (diam smbil tengok tv)
Ayah : Aisya. Cepat big hug ayah.
Aisya : shhhhh. Diam. Ayah.

Situasi 2

Aisya : miii. Jom. Kut (biskut)
Umi : ini?
Aisya : no..no..no..kai ni (bukan ini) sambil goyang2 jari telunjuk.
Umi : aisya nak yang mana? Ini?
Aisya : noooo. Kai ni. Tu. (Bukan ini. Itu.) mata sambil jeling biskut yang dia nak.

Situasi 3 : me slalu ajar Aisya if nak makan biskut mesti amik satu-satu. Semalam me amik 2 biskut sekali.

Aisya : miiiii!!! No..no..no..atu (satu) sambil goyang jari telunjuk.
Situasi 4

Umi : aisya, siapa comel?
Aisya : aicah.
Umi : siapa pandai?
Aisya : aicah.
Umi : siapa suka sepah rumah?
Aisya : ayah.
Umi : siapa cantik?
Aisya : aicah.
Umi : siapa kuat makan?
Aisya : ayah.

Hahaha. Dah pandai aisya skang ni. Ada je jawapannya. Banyak lagi yang me nak share but buat masa ni me share yang ni dulu ea. Aisya dah jerit nak minta biskut.






Sok dah isnin ea? Bukan semalam Jumaat ke? Huhuhuhu.


Posted via Blogaway

Saturday, July 5, 2014

Friday, July 4, 2014

Resepi : Lobak Masin Goreng Pedas

10:41 AM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni saja me nak sharekan 1 resepi simple. Alaaaaah. Semua mesti tau punya resepi ni. Hehe. Baru ni je me tau yang lobak masin ni boleh buat goreng macam ni. Dulu masa kat Kuching biasa diorang letak dalam me goreng atau nasi goreng. Tu pun sedap!

Jom intai resepi yang tak berapa serupa resepi ni. Hehe.

Bahan-bahan :-

1 peket lobak masin yang telah di cincang halus
5 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
3 sudu minyak masak

Cara masak :-
  1. Basuh lobak masin dengan air bersih. 
  2. Hiris bawang, cili besar dan cili padi. 
  3. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  4. Tumiskan bawang kemudian masukkan lobak masin, cili besar dan cili padi. (Resepi ni tak perlukan garam sebab lobak tu pun dah cukup masin)
Boleh tambah ikan bilis jika suka. Jika nak tambah ikan bilis, tumiskan ikan bilis bersama-sama dengan bawang. Me tak suka tambah ikan bilis. Biar kosong macam tu je. Hehehe.

Selamat mencuba semua.

Lobak masin goreng pedas ni sedap di makan bersama bubur nasi panas. Terangkat selera. Fuh! Terbaik wa cakap lu.





Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.Com.My

7:30 AM 3 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Saya Nak Duit Raya Rm300 Daripada Nile.Com.My | Kalau me dapat duit raya dari Nile.Com.My ni haruslah me belanjakan duit untuk shopping raya dalam Nile.Com.My. Kasut raya, beg raya, baju raya. Wow! Heheh. 

Kenapa Nile.Com.My? Kerana pengalaman me shopping di Nile.Com.My sangat tidak menghampakan. Harga dan kualiti terbaik! :)

Hope ada tuah kali ni. Ni kali kedua me join Giveaway dari Nile.Com.My ni. :)

Thursday, July 3, 2014

MC

11:08 AM 4 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Setelah sekian lama tak MC akhirnya hari ni tewas jugak. Huhu. Ingat dapat bertahan nak kerja tapi pagi ni bila bangun sahur rasa tak larat sangat. Tapi tetap bangun siapkan sahur.

Sebelum ni susah sangat nak ambil MC sebab kenangkan kerja yang banyak kat opis. Lagi-lagi me tengah memangku tugas. Huhu. Tapi keadaan hari ni memang tak mengizinkan me untuk kerja. Need some rest. Ni pun tengah risaukan kerja gak. Isk!!

Hope tiada suara-suara sumbang pertikaikan MC me ni. Hurmmm. I'm not a working machine. Harap maklum!

Aisya dan Aeera pun batuk n selesema sama. Syukurlah sebab tak demam. Get well soon anak-anak umi n ayah.


Posted via Blogaway

Wednesday, July 2, 2014

Tuesday, July 1, 2014

Cuti Raya dan Tiket Kapal Terbang

2:25 PM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Permulaan Julai yang baik. :D

Pagi tadi dah dapat email dari bendahari. Diorang minta semak semula jadual penerbangan sebelum diorang confirmkan tiket. Cek punya cek, bincang punya bincang dengan en.abg maka kami pun setuju dengan masa dan tarikh tu even 1 hari awal dari yang kami mohon. Reply email kata ok then tak sampai sejam bendahari dah emailkan e-ticket. Yeay!!! Excited giler.

Mula cuak jugak bila tiada reply dari pihak bendahari sebelum ni. Dah 2 minggu me hantar permohonan untuk menggunakan Kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal buat kali pertama. Tu yang nervous sikit bila lambat dapat feedback tu. Hahaha.

Dah dapat e-ticket tu tak tunggu apalagi dah. Terus apply cuti. Alhamdulillah. Pegawai dah luluskan. Weehuuuu~ Tak sabar nak balik Sabah. Rindunya!!!

Ambil cuti dalam 4 hari je pun. Bukan apa, nak save cuti untuk hujung tahun ni pulak sebab adik me kahwin. Mak dah pesan suh balik jugak even sekejap. Huhuhu. Paling best ayat mak bagi ngan me hari tu "Raya ni tak payah balik la. Balik hujung tahun ni je...." Huwaaaaa. Memang rasa nak nangis time tu jugak. Me dah la memang menunggu peluang nak balik sana.

En.abg pun kata tak payah balik raya ni. Huhuhu. Kuar je ayat tu terus rasa nak merajuk dengan en.abg. Dia tak kisah arr kan. Kampuang dia dekat je. Bila-bila pun boleh balik. Yang me ni,, kena tunggu cuti baru boleh balik. Bukannya boleh suka-suka.

Excited sangat nak balik. Nak makan makanan Sabah. Tuhau, lada putih, bambangan. Homaiiiiiii.

Family? Mestilah itu keutamaan nak balik kampung. Nak jumpa dengan family kan. Rindu kat mama, bapa, nenek, atuk, adik beradik, anak-anak buah. Haaaaa, nak cerita semua sekali memang panjang listnya ni. Huhuhu.

Counting! 3 weeks to go!!

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga. :D

Follow me @munirah_izzan