Thursday, August 28, 2014

Cara Semak Label Asli Legacy Secret

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cara Semak Label Asli Legacy Secret | Sebelum ni, me pernah bercerita mengenai produk terbaru dari Legacy Secret iaitu produk Secret Laxing dalam entry Jom Kurus Dengan Secret Laxing. Me juga ada berkongsi pengalaman me selepas consume Secret Laxing dalam 2kg Hilang Dengan Secret Laxing

Jom kita refresh sikit kebaikan dan tips pengambilan Secret Laxing.

Kebaikkan :

       Membakar kalori lebih berganda
       Meningkatkan metabolisme
       Meningkatkan tenaga dengan membakar lemak dalam badan 
       Mengecilkan saiz badan

Tips :

       Jangan makan lebih dari yang dianjurkan.
       Dilarang makan oleh ibu hamil dan menyusui.
       Sesuai dimakan dari umur 18 – 50 tahun.
       Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol, kerana akan mengurangkan efek produk.
       Perbanyak minum air putih dan buah untuk melancarkan sistem metabolisme tubuh dan meningkatkan kerja suplemen ini.


Namun harus me ingatkan di sini, terdapat pihak-pihak diluar sana yang telah meng'klon' produk dari Legacy Secret ni demi mengaut keuntungan sendiri. Dan kesannya tidaklah sebaik produk asal. Malah terdapat kesan negatif setelah pengambilan produk tiruan tersebut. 

Oleh itu, pihak Legacy Secret telah memperketatkan ciri-ciri keselamatan pada setiap produk Legacy Secret. 

Dalam entry kali ni me ingin kongsikan cara-cara mengenal pasti label asli Legacy Secret.


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihat perkataan “LS”dari sudut serong 15 darjah



2. Pengesahan Melalui Sentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari



3. Pengesahan Melalui QR Wechat
Imbas kod produk dan info akan diberikan




PERINGATAN !!!
      1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
      Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
      Pastikan beli barangan original kerana takut akan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam



 Tak faham? Ok. Jom tengok video ni pulak. Lagi mudah nak faham. Kejap je. Tak lama pun video ni. Pas tengok ni confirm korang faham. :)


Nak tau lebih lanjut tentang produk ni boleh lawati link yang me sertakan kat bawah ni.. :)
      www.harummalam.com
      www.legacysecret.com



Read More ->>

Monday, August 25, 2014

Google Yourself!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Last week ramai yang buat fun application ni. Termasuk la me jugak. Hahahaha.

Dan hasilnya...

http://xeefunapps.com/shares/google_yourself/717821398290310/

Hahaha. Bangga sat.

Read More ->>

Friday, August 22, 2014

Welcome Home MH17

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Salam Jumaat semua.



Hari ini hari yang amat suram. Bukan sahaja bagi me seorang tapi buat semua rakyat Malaysia. Hari ini adalah hari perkabungan negara. Rasanya seluruh Malaysia mengikuti perjalanan istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 pagi tadi.

Sepanjang hari ini me cuba untuk tidak menangis. Namun akhirnya benteng airmata runtuh juga. Lebih-lebih lagi bila melihat gambar-gambar yang dimuatnaik ke laman facebook. Gambar anak yang sedang meratap di sisi jenazah ibunya. Gambar sahabat kepada co-pilot sedang mendukung anak mangsa ketika solat jenazah. Gambar tangisan kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi MH17.

Berlari ke tandas demi menyembunyikan tangis. Terasa pedih bila mengenangkan semua itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. LLL

Takziah dari kami sekeluarga buat keluarga mangsa MH17. Semoga ALLAH lindungi mereka semua. Amin.




#welcomehomemh17
#mengenangmh17
#prayformh370



Read More ->>

Wednesday, August 20, 2014

Xiaomi Redmi Note Contest – Play To Win !

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom ramai-ramai cuba nasib dalam contest ni. Jawab 1 soalan simple je. Mungkin rezeki me atau rezeki anda atau anda kat luar sana kan. Tinggal 2 hari lagi contest ni berjalan.

Klik banner untuk join

Read More ->>

Monday, August 18, 2014

Tips : Tenangkan Hati Yang Sedih

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : Google

Read More ->>

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read More ->>

Tuesday, August 12, 2014

Aidilfitri 2014 : Alkisah Baju Raya


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kali nak berkisah perihal baju raya pulak. Hehehe. Sebelum ni cerita pasal balik beraya kan. Kira baju raya ni backdated punya cerita arr.


Actually, en.abg memang dah plan tahun ni nak pakai baju kaler baby blue lagi. Sama macam raya tahun lepas. Bezanya tahun lepas raya kat Melaka and tahun ni raya kat Sabah. En.abg kata,, baju me and anak-anak boleh beli baru. Baju dia tak payah sebab bukannya pakai selalu pun. Setahun sekali je.

Fikir punya fikir, bagus jugak tu. Boleh jimat sikit. Hehehe. Tak kisah arr if 2 tahun raya pkai baju color sama. Yang penting baju ai dan anak-anak baju baru. Wahahahaha~ Jahat betoii.

Tapiiii... Haaaaaa,, ada tapii tu...

Cari punya cari, takde baju yang berkenan. Bila me berkenan, en.abg pulak tak berkenan. Dah tu baju Aisya and Aeera pun tak jumpa color tu.

Memang masa tu je ada nak cari baju. Masa lain semua busy. Huhuhu.

Finally, terbelilah baju color oren yang jadi tema raya tahun ni. Terpaksa beli sebab tiba-tiba terpandang baju tu dan tiba-tiba tersuka. Hahaha. Nasib baik en.abg ok.

Alhamdulillah. Even beli color lain pun still under budget untuk baju raya. Memula kan budget untuk baju me dan anak-anak yang color baby blue tu RM300. Haaaaa.. kelas kau jah! Besar budget ko kan. Ades.

Tapi bila beli color oren harus terfikir akan overbudget sebab nak beli baju en.abg sekali kan.

Heee.. Umah agak bersepah sikit.
 Harga baju :

Me : RM110 (selepas diskaun baik punya dengan akak jaga booth tu)
En. abg : RM50 sepasang (beli kat MyDin je. Sebab kain pun ok. En.abg pun selesa.)
Aisya : RM45 (MyDin)
Aeera : RM30 (MyDin)

Total = RM235

Weeee.. Tak overbudget. Suka-suka. Yang balance tu beli barang umah. Tudung? Tak beli pun. Me guna je tudung mana yang ada. Heeee.



Sepasang je? Yup. Me memang tetiap tahun beli sepasang je. Raya kedua ketiga tu pkai je baju memana yang ada. Nak beli banyak-banyak terasa membazir. Perbelanjaan berhemah katakan. :D

Korang budget baju raya berapa?




Read More ->>

Friday, August 8, 2014

Perasaan Menaiki MAS Selepas Peristiwa MH370 Dan MH17

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Maka bermulalah ceritera Aidilfitri dari me.. :)

Dalam entry lepas me ada bercerita tentang tiket flight yang diterima. Dapat fly dengan MAS lagi. Alhamdulillah. Pengalaman bersama MAS sebelum ni semuanya awesome! Best! Terbaik!


Tapi dengan tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan MH17 haruslah ada sedikit rasa risau. Kejadian itu memang menyuntik rasa gelisah bila difikirkan. Namun kata-kata en.abg buat me rasa tenang. Kembali pada rukun iman ke-enam.

sumber : google image

Dan alhamdulillah. Pada 25 Julai 2014 jam 12.50am, kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Ketika penerbangan, terpandang flight attendant yang ramah dan mesra buat hati jadi lebih tenang.

If kita pun risau begini, bagaimana agaknya perasaan diorang pulak kan. Dah lah selalu kena fly jauh. Apapun, me doakan agar semua staff MAS tabah dengan kejadian yang menimpa sahabat-sahabat mereka. Me juga sentiasa doakan keselamatan mereka sepanjang bertugas. Amin.

Terpandang wajah bapa dan mama kat luar pintu ketibaan rasa macam nak menangis. Nak berlari dapatkan diorang. Nasib baik ingat diri ni dah bersuami dan ada 2 orang anak. Hehehe. So, sopan je dapatkan diorang.


#prayformh370
#prayrofmh17
#prayforgaza
Read More ->>

Wednesday, August 6, 2014

CPUV : Rezeki Aidilfitri

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Fuh! Lama tak update kan. Heee...

Update sikit-sikit dulu. Entry raya akan up later. :D


Alhamdulillah. Terima kasih Nuffnang. Dalam tak berupdate 2 minggu masih ada yang singgah. Syukur Ya ALLAH. Masih ada rezeki dengan Nuffnang. :)


Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in