Tuesday, September 30, 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....
Read More ->>

Monday, September 29, 2014

Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni ada interview. Tapi bukan me. Heeeee. Me urusetia sahaja.  Sebenarnya ada hati me nak hantar permohonan hari tu tapi tak yakin dengan kebolehan yang ada sebab dah lama sangat tinggalkan bidang ni. Huhu.

Jawatan ni bertaraf kontrak and khas untuk berkhidmat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM.

Haaaaaa.. and the best thing pagi ni, me tersalah orang. Ingatkan candidate rupanya panel interview. Adoiiii. Comel je tau panelnya.

And now... completely lapar. Tak breakfast lagi. Huhu





Posted via Blogaway
Read More ->>

Friday, September 26, 2014

mytayar.com - Tayar & Servis Kereta Online

*Entry Berbayar*

Tayar & Servis Kereta Online | Macamana nak dapatkan maklumat mengenai tayar dan servis kereta online? Mytayar.com jawapannya. Zaman celik IT memudahkan kita berurusan hanya dengan satu sentuhan. Tak perlu buang masa mencari dari satu bengkel ke satu bengkel. Hanya layari mytayar.com, anda akan temui apa yang anda perlukan. 




Mytayar.com – Tayar & Servis Kereta Online

www.mytayar.com adalah website yang menjual tayar, bateri dan servis kereta secara online. Bengkel-bengkel yang bekerjasama dengan mytayar.com adalah bengkel yang boleh dipercayai dan memberikan servis terbaik pada pelanggan. Buat masa ini, lebih 10 bengkel telah pun mula berkolaborasi dengan mytayar.com.




Kelebihan mytayar.com adalah :

o    Satu-satunya kedai tayar online di Malaysia
o    Banyak pilihan tayar, bateri dan pakej perkhidmatan yang ditawarkan dari lebih 10 bengkel sekitar Lembah Klang
o    Harga telah diletakkan dalam website. Harga terendah sama saja untuk semua orang tak kisah la sesiapa pun.
o    Pembeli  tahu apa dia dapat dan apa yang kena bayar extra. Kurang risiko kena tipu oleh kedai yang tidak bertanggung jawab.
o    Hanya bayar 5% deposit kat website untuk booking. Dah dapat tayar, bateri atau servis; baru bayar lagi 95% terus kat kedai. User tak risau bayar mahal-mahal kat internet.
o    Kalau beli bateri, free delivery ke rumah/office jika berada di KL, PJ, Shah Alam, Putrajaya, Puchong, Bangi & Kajang.



Untuk maklumat lanjut --> Bateri Kereta


Untuk maklumat lanjut --> Penyelenggaraan Kereta


*Promosi September*

Beli 4 tayar, percuma 1 helai t-shirt mytayar.com


Testimoni Pelanggan

Jadi bagaimana? mytayar.com memastikan kepuasan pelanggan dalam menyediakan servis kepada pelanggan sebab itulah rata-rata semuanya berpuas hati dengan khidmat yang telah diterima.  


Beli tayar dan dapatkan servis kereta terbaik dari mytayar.com. Mahukan maklumat lanjut? Mahukan harga terbaik? Hubungi mytayar.com sekarang!

Telefon : (+6010-77 82927)

Masa beroperasi : 10.00 am – 6.00 pm (Isnin hingga Jumaat)



Read More ->>

Thursday, September 25, 2014

Aisya Rindu Ayah


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Esok en.abg habis kursus. Terasa lama sangat dia kursus kali ni. Seminggu je pun.

Pas 2 hari Aisya ok lagi tapi semalam banyak kali dia tanya ayah dia.

Masa amik dia kat umah pengasuh pun, dia lari peluk me tapi matanya tengok kereta. "Miii, na ayah?" Me jawab ayah kerja. Dia pun owhh je.

Pastu masa nak gerak, dia tanya lagi sekali.

Sampai umah tanya lagi banyak kali.

Sebelum tido peluk bantal peluk ayah dia, pastu tanya mana ayah. Sampailah dia tertidur.

Pagi tadi dalam jam 3 lebih gitu dia bangun kejut me. Dia tanya lagi mana ayah dia. Huwaaaaaaa. 

Rasa nak nangis. Mesti dia rindu sangat ni.

Semalam call en.abg. Nak bagi Aisya cakap ngan ayah dia tapi Aisya macam merajuk. Entahlah. Dia dengar je suara ayah dia "hurmm ayah.." pastu lari jauh-jauh.

Bila ayah dia panggil nama dia terus dia senyum-senyum but still takmo bersuara. Ayah dia letak baru dia tanya lagi ayah mana.

Aeera pulak bila dengar ayah dia panggil nama dia terus dia sebut "yah..yah..yah.." haaaaa. Dah pandai kan. Pastu "duk..duk.." Means dia suruh ayah dia duduk macam ayah dia ada depan mata.

Owh anak. Sedih umi tau. Umi pun rindu jugak. Tapi umi taktau macamana tahap rindu anak umi pada ayah dia. Huhu.

Tengok baju ayah, tanya mana ayah. Tengok seluar ayah, tanya mana ayah. Tengok buku ayah, tanya mana ayah. Dengar bunyi kereta, lari ke pintu sambil jerit panggil ayah. Dengar bunyi motor, lari ke pintu panggil ayah.

Jatuh airmata umi bila tengok anak umi macam tu. Sedihnya.

Aisya dah big girl sekarang ni. Dah pandai nak tunjukkan yang dia rindu.

Sedihhhh~

Posted via Blogaway






Read More ->>

Sunday, September 21, 2014

R.I.N.D.U

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Baru beberapa jam en.abg tinggalkan kami bertiga untuk urusan rasmi. Seminggu pulak tu. Hurm.

Tadi memang nangis gak arr bila en.abg berangkat. Apa tak nangis, tengok Aisya and Aeera nangis nak ikut me pun ikut sedih.

Murah je airmata ni mengalir.

Tapi bila tanya Aisya ayah dia mana. Dia jawab 'kerja.duit.baju' Me selalu akan jawab begitu bila Aisya tanya ayah mana.

'Ayah kerja. Cari duit nak beli baju Aisya n Aeera'

Nampaknya Aisya pun semakin faham.

That's why bila en.abg ada kat umah diorang lebih prefer main dengan ayahnya. Mesti diorang nak claim masa dengan en.abg.

Me? Me dah cukup gembira bila tengok anak-anak gembira. :)

Sekarang ni me terasa sangat rindu dengan en.abg. Perasaan yang sama ketika kami masih PJJ dulu. Huhu. Sekali lagi ALLAH menguji kami.

Nasib baik ada yang sudi temankan kami d umah. :)

Hope selama ayah tiada ni, anak-anak umi behave yaa.


Posted via Blogaway
Read More ->>

Friday, September 19, 2014

Rutin Pagi Isnin - Jumaat

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Morning semua!!!

8.00 - 8.30 pagi kena shelving. Pembantu Perpustakaan & Pustakawan kena buat.

Ada masa bila me datang awal, me akan naik awal even belum jam 8.

Rak bahagian me memang macam baru kena ribut. Serabut sikit nak susun. Huhu.

Boring? Hurmmm... Kerja. Kenalah buat. :D


Posted via Blogaway
Read More ->>

Thursday, September 18, 2014

14 September 2014

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Pada Ahad lepas bersamaan 14 September 2014 genap setahun umur anak umi, Nur Aeera Shuhayra Binti Abdul Karim. Syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan yang tidak terhingga ni.


Tengok air liur tu. Hehe. Umur dah setahun tapi rambut pun halus je kan. 


Ni gambar Aeera selfie. Dahi tu berkilat uuuu. Hehe. 

Semakin bijak anak umi. Dah pandai main sembunyi-sembunyi dengan umi kan. 

Pandai ajuk apa yang umi, ayah or kakak buat. Tapi lebih banyak ajuk kakak kan. Kakak jerit dia jerit. Kakak panggil ayah dia pun panggil ayah gak. Kakak baring dia baring. Kakak sepah dia lagi sepah. Hehe. 

Selamat hari jadi anak umi. Semoga jadi anak yang solehah. Jadi anak yang mendoakan umi dan ayah. Amin. 


Haaaa.. Aisya tengah selesema ni. Tapi tetap semangat nak sepahkan mainan dan baju-baju dia. Abaikan semua tu. Huhu. 

Love u both Aisya and Aeera. Kehadiran kalian penyeri hidup umi dan ayah. Walaupun kadang-kadang buat umi jadi hulk. Hahaha. 
















Read More ->>

Serabut

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Gambar ni melambangkan keadaan otak me sekarang ni. Sangat-sangat serabut. Rasa nak menangis tapi tak boleh.

Serabut sampai pening kepala. Sampai satu tahap tu rasa nak muntah. Huhu.

En.abg selalu tegur suruh banyakkan minum air. Memang banyak pun minum. Sehari 5-6 botol air minum 500ml me habiskan.

Entahlah.

Serabut dengan kerja-kerja di ofis agaknya.

Bertabahlah hati.


Posted via Blogaway
Read More ->>

Tuesday, September 16, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 10 : Apa Di Dalam Handbag Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Banyak benda yang ada dalam handbag me. Ahahaha. 

  1. Dompet
  2. Handphone
  3. iPad
  4. Make-up Purse
  5. Sejumlah Keronsang
  6. Kunci rumah
Tu je kut. Tapi tu bila nak ke ofis. Nak kuar jenjalan akan jadi lagi banyak isinya. Ahahaha. Biasalah ada anak kan. Tu sebab me suka handbag besar-besar. Bleh sumbat botol susu anak terus dalam tu. Leceh nak bawa beg banyak-banyak. :p








Read More ->>

Sunday, September 14, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Lagu cinta kegemaran? Heeeeee.. Apa ea? Jap-jap. Recall balik lagu-lagu ni semua.

1. Diam-Diam Jatuh Cinta - Ramlah Ram (Tak pernah terlintas di hati yang lagu ni akan jadi favo song tau. Hehehe. Suka lagu ni sebab dulu masa en.abg nak ngorat, dia selalu pasang lagu ni..)

2. My All - Mariah Carey

3. Sedetik Lebih - Anuar Zain

4. Cinta Antara Kita - Duta & Baizura Kahar

5. Kenangan Terindah - Samsons

Sebenarnya banyak lagu yang me suka. Tapi 5 lagu yang terlintas di kepala masa ni lagu-lagu kat atas tu. Heeee~






Cabaran 30 Hari 

Cabaran 30 Hari : Hari 1 | 1 Gambar dan 5 Fakta Tentang Me

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

Cabaran 30 Hari | Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Cabaran 30 Hari | Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih

Cabaran 30 Hari | Hari 6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

Cabaran 30 Hari | Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Anda


Read More ->>

Saturday, September 13, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Penting Bagi Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Sangat penting! Ada je orang-orang kat luar sana yang kata pendidikan tu tak penting. Tapi sebenarnya pendidikan dan ilmu tu sangat-sangat penting. Sedih bila dengar orang kata macam tu.

طلب العلم فريضة على كل مسلم(menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim) - riwayat Ibn Majah.

Me sendiri sebenarnya menyimpan niat nak sambung belajar. Tapi me nak tunggu anak-anak besar sikit. Umur tak penting if nak belajar. Tak kisah la if ada ayat 'Dah tua-tua baru nak belajar..' tu minded orang yang hurmmmm. Tak payah nak cakap laa. Me memang tak suka orang yang jenis-jenis macam tu. Suka sangat negatif.

Apapun, jangan berhenti untuk mencari ilmu. Lebih-lebih lagi sekarang ni zaman yang memerlukan kita ada ilmu seiring dengan taraf pendidikan yang tinggi. So,, never ever berhenti belajar.

Siapa yang me jadikan inspirasi untuk terus sambung belajar? Of course my father. Me sangat respect dengan semangat yang bapa ada. Even dah pencen but still dia tetap nak sambung belajar dalam bidang yang dia minat. Perubatan of course. :)

And me,, InsyaALLAH..
Read More ->>

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Hurm.. macam-macam dah masuk dalam perut hari ni. Asyik mengunyah jak kerja. Hahahaha. 

Menu pagi..

Sikit nasi goreng + sikit mee goreng + teh panas.

Menu tengahari..

Nasi ayam + air kosong

And menu malam,, 



Pearl kacip fatimah daaaaaaaannnn....

Cuba teka apa dalam foil paper tu?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tadaaaaaaaa...



Pizza Hut Garlic Bread. Hehehe. 

Dan kudap-kudapan sepanjang hari ialah kacang goreng. 

Homaiiiii... i'm getting fat in no time!!! 

Pengsan! Hahaha.

Posted via Blogaway
Read More ->>

Jantung Hati Umi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Lama dah tak bercerita perihal anak-anak kan. Apa khabar Aisya.. Apa khabar Aeera..
Heeee..both of them sihat-sihat sahaja. Semakin membesar dengan sihat, semakin manja, semakin banyak kerenah dan banyak lagi semakin. Hahaha.

Bulan ni Aisya dah masuk 2 tahun 3 bulan. Semakin petah bercakap. Semakin jelas sebutannya. Hahaha. Semakin lagiiii..

Dalam entry kali ni penggunaan semakin adalah yang paling banyak agaknya. :p

Aisya dah pandai nak bercerita. Even dia sebut satu-satu tapi kita faham dengan jalan cerita yang dia sampaikan. Macam last week, dia jatuh and calar sikit kat lutut. Masa tu biras yang amik Aisya and Aeera kat rumah pengasuh sebab en.abg balik lewat so me kena tunggu sekali. Masa amik tu Aisya tunjuk lutut dia pada me.

A : miii.. nguk (umi..tengok)
U : kenapa nak?
A : akit.. (sakit)
U : siapa buat?
A : anggai (langgar)
U : siapa langgar?
A : amna (syamina..)
U : owh.. syamina langgar?
A : anggai..akit mi.. (langgar..sakit umi..)

Syamina tu kazen dia. Sebaya. Beza bulan je.

Haaaaaa.. rasa macam 'owh..semakin pandai anak umi..' nak nangis pun ada. Terus peluk and cium puas-puas.

Aeera pulak hujung minggu ni masuk setahun. Haaaaaa. Cepatnya masa berlalu.

Aeera dah pandai sebut 'ayah..' Sebut 'nak..' Pastu bebel-bebel. Hahaha. Umi? Tak pandai lagi tapi bila nampak umi je mesti dia nak dukung. Tapikaaaaaaan,,, bila ayah dia dah dukung dia, dia taknak dah dengan umi. Mungkin sebab masa en.abg dengan dia sangat sikit. En.abg selalu oncall. Kadang hujung minggu pun kena kerja jugak. Huuuuu. Kuar awal pagi, anak-anak masih tido. Balik malam anak dah tido.

Hurm..

Perkembangan Aeera? Sekarang ni Aeera dah pandai berdiri tanpa sokongan. Dah selangkah ke depan. Happy sangat. Hope dah laju berjalan by end of this month. Heeeeee. Excited tau umi tengok awak melangkah hari tu.

Gigi baru nak masuk 3 batang. Atas tu baru kuar sikit. Comelss. Hehehe. Paci? Dalam proses takmo bagi dia hisap paci lagi. Semalam dah berjaya seharian tak bagi paci. Dia tak cari pun. Alhamdulillah. Tido pun senang. Hope by end of this week boleh la simpan paci tu forever ea sayang.
Apalagi ea nak cerita? Hehehe. Banyak sangat sebenarnya yang me nak kongsikan. Tapi taktau nak mula dari mana. :)

Haaaaa. Lagi dua beradik ni suka makan epal sebelum tido. Aisya selalu request nak asam a.k.a epal tiap-tiap malam sebelum tido. So me and en.abg akan pastikan peti ais akan sentiasa penuh dengan epal. Kenapa asam? Hahaha. Semua benda pun Aisya sebut asam. Pedas pun asam jugak. Bila Aisya nak, Aeera nampak mestia dia pun nak kan? So, bagi la dia sikit. Habis tauu budak berdua ni makan. Baik sungguh.

Kamu berdua semakin besar dah sayang. Umi dan ayah suka sangat tengok kamu membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah yaa. InsyaALLAH selagi umi mampu,  umi akan cuba bagi yag terbaik untuk anak-anak umi.


Posted via Blogaway
Read More ->>

Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Pada Bekas Kekasih

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Perghhhh!! Task ni kemain sungguh. Nak cakap apa ea?

Sumber : google.com

Kalau dulu mungkin banyak yang me nak cakap tapi sekarang ni, me dah lupakan semua tu. Benda dah berlalu kan. Lagipun me dah kahwin. Dah ada 2 anak pun. Hehe.

Nak skip task ni boleh? Bukan apa pun tapi demi menjaga hati en.abg. Me taknak ungkit-ungkit dah benda-benda lama ni. Tak best pun. Ngehehehe.

Tak sporting? Katalah apa pun. Bila dah ada hati yang nak dijaga, kata-kata kita pun perlu ditapis supaya hati tu tak tercalar. Ye tak? So sorry... 








Read More ->>

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Haaaaa.. update pagi ni pasal wajah baru belog me ni. Selepas bersalinkan Aeera hari tu memang dah berniat nak tukar template blog. Tapi yelah,, busy kan. Kalah PM tau. Ahahaha.

Ni header blog lama...


Masa ni Aisya umur 8 bulan tak silap. Hehehe. Comel je kan dia ketap bibir macam tu. Masa buat template ni, tengah mengandung kan Aeera 2 bulan. 

Rasa bersalah pulak nak pakai header ni lagi pas Aeera lahir. Huhu. 

Ok. Ni header blog baru. :)


Macamana? Cantik tak? Cantik tak? Me memang dah decide nak header yang tak bergambar. Wording sahaja. Simple. Kaler pink biru. Mula nak kaler putih merah tapi pas jadi mak-mak ni hati macam lembut sikit. So nak kaler pun yang lembut-lembut jak. Ahahaha. 

Me tempah full template blog ni RM30. Pada me berbaloi. Me puas hati. 

Nak tempah? Boleh contact Ayu Barbydol. Me amik design bisnes kad sekali. Nak tengok?

sumber : copy cat dari belog Ayu Barbydol

Sama dengan header blog. Heeeeee. Ok tak? Me tak print sekali sebab kawan en.abg offer nak printkan. 

Lama jugak me pilih-pilih blog yang offer template make over ni sebab orang yang buat blog lama tu me tak dapat nak contact dah. huhu. Terpaksa cari orang lain. 

Apapun,, if korang berniat nak makeover blog,, boleh contact Ayu di WHATSAPP 017-5956909 (Ayu) atau emailkan ke ayubarbydol_123@yahoo.com.

Dijamin puas hati. 

Thanks so much Ayu. Akak suka template ni. 









Read More ->>

Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran 30 Hari | Dah masuk hari ke-4 dah pun. Haaaa,, baru lagi rupanya. Hehe. Ingat nak habis dah. :p

Buku kegemaran? Takde buku kegemaran sangat tapi me sangat suka baca novel. Tak kiralah novel bm atau bi. Koleksi buku me pun memang banyak. Yang kat sini banyak, kat Sabah lagi banyak. Berkotak-kotak. Dah boleh bukak mini lebry pun. Hahaha. 

Pic? Oleh kerana baru pindah umah hari tu so tak kuar dari kotak lagi. Ada few je yang ada luar kotak. 

Banyak lagi koleksi lain macam komik dan majalah-majalah katun. Haaaaaaa. Nampak sangat kan.









Read More ->>

Ingatan Daripada Bapa Yang Baik Hati

Assalamualaikum dan salm 1Malaysia

Di sini ingin me kongsikan ingatan daripada bapa yang baik hati daripada kepada staf bergelar ibu dalam Pejabat Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM.


dan me kongsikan gambar yang telah diattachkan...




Terima kasih atas ingatan daripada 'bapa yang baik hati'.. 

Kata-kata dalam gambar ini amat besar maknanya buat kami kaum ibu. 







p/s : Blog berwajah baru... weeehuuuu~ Esok me kongsikan siapa yang bertanggungjawab dalam transformasi wajah baru blog ni...







Read More ->>

Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Apa yang menguatkan me adalah family me. Suami dan anak-anak adalah sumber utama kekuatan me. Saat me hampir putus asa suatu masa dulu, me fikirkan keluarga. Alhamdulillah. Me mampu bertahan di sini hingga kini adalah kerana mereka. 


Imam hidup me. :D


Nur Aisya Syuhadaa dan Nur Aeera Shuhayra. Jantung hati umi. Penyeri hidup umi dan ayah. 


Read More ->>

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Tak susah pun. :D

Yang ni khas untuk pemilik taman hati.. Chewahhh.. Hehe.. 


And semestinya en.abg sangat cemerlang dalam kelima-lima perkara di atas. Alhamdulillah. 

Read More ->>

Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 1 | 1 Gambar dan 5 Fakta Tentang Me

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sepatutnya me mula semalam tapii semalam banyak sangat kerja yang nak disiapkan. Nak curi masa pun agak kelam kabut. Lunch break? Me ganti kawan jaga kaunter. :D

Banyak lagi sebenarnya fakta tentang me. 


Gambar ni me amik Rabu lepas so consider barulah jugak kan. Hehe. 

Cuba untuk disiplin siapkan cabaran ni. InsyaALLAH me boleh!! 

Read More ->>

Thursday, September 4, 2014

30 Days Blog Challenge!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Me pernah cuba benda ni tapi gagal! huhu.

Kali ni me nak cuba buat lagi demi mencabar diri sendiri. 

#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari
Read More ->>

Happy Birthday Bapa!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sepatutnya entry ni dah post semalam tapi tersalah schedule tarikh. Huhu. Maafkan anak mu ini.

Selamat ulangtahun dan selamat berpencen bapa. Terima kasih kerana bersusah payah dalam membesarkan kami adik beradik. Memberikan kami kehidupan yang terbaik walaupun kita bukan orang senang.

Love you so much bapa!!

Semoga ALLAH panjangkan umur bapa.

Pasni boleh rehat di rumah main dengan cucu. Hehe.


Posted via Blogaway
Read More ->>

Wednesday, September 3, 2014

OOTD : Jawatankuasa Taklimat GST

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

OOTD...


Purple untuk Jawatankuasa Taklimat GST pagi ni. Baju ni baju murah. Hehe. Semua dah sepakat nak pakai purple and me dengan yakinnya say okay. Taapiiiiiii,, rupanya baju tu tinggal kat Melaka. Adoiiii. Ajak en.abg pegi Giant. Ada yang berkenan tapi saiz tiada. Fuh. Beli je la mana yang ada. 

Oh! Abaikan lebam bawah mata itu. Semalam Aeera buli umi. Bangun jam 1am.. Pas tu tido jam 4am. Mau tak lebam. Baru nak lelap alarm dah bunyi. Nak masuk bilik mandi sempat langgar dinding. Hahahaha. Dah la semalam tidur jam 12 lebih. 

Lipstick, 


Cantik tak colornya? 


Adik yang jual tu kata lipstick ni ikut warna darah kita. And i'm in love dengan lipstick ni. NYX Jumbo Lipstick Lip Pencil. 












Ok! Mata dah ngantuk sangat ni. I need coffee. @_@


Read More ->>

Jangan Angkuh

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


So true kan.. 

Jom muhasabbah diri sebelum tidur. 


Good night semua.
Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in