Friday, October 31, 2014

Thursday, October 30, 2014

Majlis Dialog Bersama Ketua Pustakawan

9:05 AM 1 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cerita pagi ni...

Dialog dengan Ketua Pustakawan. Kira sesi luahan hati ke hati laaa. Heeeee. Bukan senang nak curi masa KP untuk sesi macam ni so ini memang satu peluang and platform terbaik nak luahkan mana yang tak puas hati, mana yang nak marah atau nak suarakan sokongan ke.

Thanks so much atas siapa-siapa yang terlibat usaha majlis ni. :)


Behind the scene......,,

Pagi ni terlewat bangun. 6.30 kot. Alarm tak bunyi. Tengok hp tak on rupanya bateri habis. Alarm hp en.abg pun tak on. Huwaaaaa.

Kelam kabut arr nak bersiap. Belum dengan Aisya dan Aeera yang nak itu ini lagi. Adoii. Fenin~

Akhirnya lambat thumb print. Lewat 2 minit. Homaiii. First time tu yang rasa cuak sikit. Hahaha.

En.abg pecut kot bawa motor tadi. Tu yag sampai cepat. If bawa kereta lagi lambat laa.




Ok. Auditorium dah start nak penuh ngan staf pelaksana. Fokus jap.


Posted via Blogaway

Monday, October 27, 2014

Sarapan Hari Ini

10:31 AM 3 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni sarapan capati. Dah 9 hari makan capati je kan. Muka pun dah macam capati. Ahahaha.

Adoi. Sejak-sejak try makan capati ni asyik nak capati je. Memula makan sekeping pastu up ke 2 keping pulok. Rakus tak? Fuh~

Sok nak diet la pulak. Letih je fikir bila balik dari cafe bau capati.

Hahahaha.

Korang sarapan apa pagi ni?


Posted via Blogaway

Sunday, October 26, 2014

Aeera Semakin Bijak

2:11 PM 4 Comments

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Happy weekend semua. Lama tak update blog. Apapun, thanks buat yang singgah blog suam-suam kuku ni.

Kali ni nak bercerita pasal Aeera. Besar dah dia. Dah 14 bulan pun. Tak sangka betul. Heeeeeee.

Dah pandai mengajuk Upin Ipin. Hehe. Selalu panggil ayah. Panggil kakak. Panggil umi. Pandai dah kata 'nanak(taknak)', 'nak', 'ta(minta)', 'tut(ikut)'. Comel je.

Dah pandai berlari dah sekarang ni. Suka main kejar-kejar ngan kakak dia. Pastu gelak-gelak.

Makan pun banyak. Tapi umur 14 bulan ni baru 9kg. Haaaaa. Lagi sekilo nak kejar kakaknya. Aisya berat 10kg je. Umur 2 tahun. Haaaa. Kuat je makannya.

Aeera if dapat pakai kasut memang pastu takmo buka dah. Dia nak main je. Bila bawa masuk dalam umah, mulalah melalak macam kena cubit.

Tapi anak2lah penyeri hidup. Biar balik keje badan penat tapi bila anak2 depan mata memang tak terasa penat tu.




Posted via Blogaway

Thursday, October 23, 2014

Saturday, October 18, 2014

Wednesday, October 15, 2014

Ikhtiar Dengan Set Zuriat KopiSusu

11:11 AM 6 Comments
-Iklan Berbayar-



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ikhtiar Dengan Set Zuriat KopiSusu | Gandingan antara Susu Kambing Bee Pollen (SKBP), HKCC the Crazy Coffee (HKCC) dan Collgen Capucino for Men (CCFM) adalah salah satu usaha bagi mereka yang telah lama berkahwin dan menginginkan zuriat.


SUSU KAMBING BEE POLLEN (SKBP)

20sachet / RM50.00
Khasiat susu kambing memang tidak boleh disangkal lagi. Kini khasiatnya ditambah pula dengan Bee Pollen iaitu serbuk dari sari bunga yang dikumpulkan oleh lebah pekerja dari berbagai jenis bunga.

KEBAIKAN SUSU KAMBING BEE POLLEN

● Menghaluskan kulit

● Baik untuk kecantikan wajah dan tubuh
● Melancarkan metabolisme badan
● Menyihatkan badan serta menjauhkan penyakit
● Menstabilkan dan menguatkan jantung
● Mengatasi kolesterol jahat
● Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita
● Meningkatkan daya konsentrasi dan daya otak
● Mengatasi insomnia
● Meningkatkan tenaga dan stamina secara semulajadi
● Meningkatkan sel darah merah
● Mengatasi pengerasan pembuluh darah
● Mencegah peradangan otak



cadangan pengambilan:



1. Minum semasa sarapan pagi (kalau tak minum hkcc atau ccfm)
ATAU
2. Minum semasa makan malam atau sebelum tidur (sangat digalakkan)
(sehari 1 kali)


TESTIMONI ME :

Mula risau nak minum produk dari susu kambing sebab takut ada bau dan rasa yang pelik tapi bila me minum untuk pertama kali, rasanya sedap. Langsung takde bau kambing pun. Hee. Bagi Aisya minum sikit dan dia kata sedap. Dia ni selain susu tepung yang dia selalu minum memang susah sikit nak bagi dia susu tapi yang ni boleh je dia telan. Hehe. Budak pun boleh minum SKBP ni. Banyak kebaikan. Salah satunya if anak ada eczema boleh amalkan SKBP. InsyaALLAH.


HKCC The Crazy Coffee (HKCC)

20sachet / RM39.90
HKCC the Crazy Coffee adalah produk baru yang dihasilkan dari 11 bahan dengan khasiat tersendiri iaitu  Biji kopi terpilih, Krimer Bukan Tenusu, Gula, Collagen, Vitamin C, Ekstrak Guarana, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Kacip Fatimah, Ekstrak Manjakani, Ekstrak Serapat dan Ekstrak Mas Cotek.

Khasiat serbuk collagen cappucino + vitamin C antaranya:

  • Mengurangkan garis - garis halus di kulit wajah dan mencantikkan kulit
  • Mengimbangi berat badan
  • Menstabilkan hormon  dan meningkatkan tenaga seharian
  • Melancarkan perjalanan haid wanita
  • Membantu untuk IKHTIAR kesuburan wanita dan zuriat
  • Membantu IKHTIAR pelbagai penyakit dalaman yang lain
cadangan pengambilan:


1. Minum semasa sarapan pagi.
2. Minum semasa makan tengahari / minum petang
(sehari 2 kali)


TESTIMONI ME :

Sedap! Me suka. Heeee. Yang best sebab me ni selalu rasa penat. Yelah. Me kan kerja then sampai rumah kena siapkan kerja rumah dengan anak-anak lagi. Homaiii. Memang penat tapi bila minum HKCC terasa segar badan. Paling best bila bangun tidur, tak rasa macam nak sambung tidur lagi. 

COLLAGEN CAPPUCINO FOR MEN (CCFM)

20 sachet / RM49.90
CCFM dirumus dari 9 bahan yang iaitu Kopi Arabika, Krimer tanpa tenusu, Ekstrak collagen, Ekstrak Goji, Ekstrak Guarana, Ekstrak Bunga Cengkih, Ekstrak Habbatus Sauda, Vitamin C, Madu & Urena Lobata.

Khasiatnya membantu di dalam:

  • Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh badan
  • Membekal tenaga dan stamina
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol
  • Membantu merangsang pengaliran darah
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Awet muda
  • Sebagai antibiotik bagi menguatkan sistem imunisasi
  • Memekatkan Sperma
cadangan pengambilan:

1. Minum semasa sarapan pagi.
2. Minum semasa makan tengahari / minum petang
(sehari 2 kali)

Untuk Ikhtiar Zuriat



Rekod sehingga 22 September 2014. sebanyak 322 kehamilan telah dicatatkan hasil IKHTIAR bersama pakej 3 produk ini.

Cara pengambilan disyorkan seperti dalam gambar.

walaubagaimanapun diingatkan, hasil keberkesanan sesuatu produk adalah dengan Izin Allah s.w.t. jua..
maka banyak2kan berdoa memohon kepada Allah sambil berKHTIAR bersama produk kami.

InshaAllah. =)

Untu maklumat lanjut boleh hubungi pembekal melalui mana-mana saluran di bawah.

whatsapp/telegram : 016-6603741

email : nuqmans@gmail.com.my



Tuesday, October 14, 2014

Friday, October 10, 2014

Penantian Bajet 2015

3:45 PM 6 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : google.com
Beberapa minit lagi menjelang pembentangan bajet 2015. Pasti dah ramai yang berkumpul depan tv, depan pc, dekat dengan radio dan bersedia dengan gadjet-gadjet berkaitan untuk 'live update' kan? Hehehe.

Me sendiri ternanti-nantikan berita baik untuk penjawat awam dalam belanjawan kali ini. Hope akan ada berita gembira tu.

Jom kita sama-sama tunggu. Sama-sama gembira. Sama-sama sakit hati dan macam-macam sama-sama lagi. Hehehe. 











Jangan Sedih...

9:21 AM 4 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sumber : google.com

Kata-kata yang amat bermakna. Ingatan untuk diri sendiri kerana kadang lebih cenderung untuk merasa kecewa dari terus positif. Kerdilnya diri di sisi ALLAH. Berikan kami waktu untuk terus merasa kasih sayang-MU Ya ALLAH. 


Thursday, October 9, 2014

Kursus Pengurusan Jaringan Industri Dan Masyarakat

10:24 AM 5 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ni cerita semalam. Nak update masa kursus sebenarnya tapi masa tak mengizinkan. Heeee. Kena fokus sebab me takpernah tau pun apa itu ICAN sebelum ni. Fungsi ICAN dan semuanya pasal ICAN. Zero knowledge la secara jujur. 

Penceramah : Prof Madya Dr. Faizah Abdul Majid (Pengarah ICAN)
Tempat : Dewan Al-Ghazali, JPbSM

ICAN = Industry Community Alumni Network

Dan semalam, alhamdulillah sedikit pengetahuan me telah bertambah. Pasal employeebility dan employerbility. How they generate income. Peranan alumni sendiri dalam organisasi. 


Best juga sebenarnya kursus macam ni. Buka minda kita tentang fungsi jabatan or bahagian lain dalam keluarga UiTM. 

Pada awalnya me agak mengantuk sikit sebab tak nampak benda yang boleh kaitkan Perpustakaan dan ICAN. But makin lama kursus berlangsung semakin me nampak sikit kaitan tu. :D

Alhamdulillah.

Tuesday, October 7, 2014

Iklan Jawatan Kosong (Kontrak) Di Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) UiTM

10:53 AM 7 Comments
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


BIL

JAWATAN
GRED
SKIM PERKHIDMATAN

JADUAL GAJI


MINIMUM



MAKSIMUM

1

PEGAWAI EKSEKUTIF

N27

Penolong Pegawai Tadbir
P1
RM1,662.00

-
RM5,092.00

2

PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN
E27
Penolong Pegawai Perangkaan
P1
RM1,662.00

RM5,092.00

2

PEMBANTU TADBIR KEWANGAN

W17

Pembantu Tadbir

P1

RM929.00

-

RM3,377.00


1
PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)

-       2 kekosongan
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b)
(i)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1); atau
(ii)
diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau
(iii)
diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6);
DAN
(c)
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2
PENOLONG  PEGAWAI PERANGKAAN GRED (E27) –  1 Kekosongan
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)
(i)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T1); atau


(ii)
diploma dalam bidang perangkaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E27: P1T5); atau
dan
(d)
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
3
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W17) – 2 Kekosongan
Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
warganegara Malaysia;
(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)
(i)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(ii)
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
(iii)
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
(iv)
sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);
dan
(d)
kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Bagi yang berminat boleh dapatkan Borang Perjawatan di http://www.rmi.uitm.edu.my/ ..
Tarikh tutup permohonan 14 Oktober 2014.

Follow me @munirah_izzan