Saturday, November 29, 2014

Bila Tak Mampu Menangis

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sakitnya dada bila kita terasa mahu menangis tapi tak mampu untuk luahkan. Makin dipendam makin sebak.

Namun bangga dengan diri sendiri kerana sudah pandai sembunyikan emosi. Mampu senyum biar hati rasa sakit. Mampu senyum biar diri rasa ditindas. Semakin pandai dan tau untuk bersabar.

Kadang terasa kecik diri ini pada pandangan mata mereka. Biarkanlah. Asal mereka bahagia. Ukiran senyum palsu sudah sebati dengan me. Tak susah pun. Heeeeeeee.

Read More ->>

Tuesday, November 25, 2014

Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Segmen Pencarian Bloglist untuk Bulan Disember 2014.
15 Blog dicari untuk menjadi penyeri di sidebar blog Truly Love... 

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Maria Firdz
2. Add G+ +Maria Firdz 
3. Buat entry bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Disember 2014 #48 Jam"
4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML;
5. Publish dan hantarkan entry penyertaan di entry ini.

Segmen ini bermula 25 November 2014 jam 12 tengah hari dan akan tamat pada 27 November 2014 jam 12 tengah hari.


Jom support segmen ringkas ini...

Read More ->>

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Diri sendiri

Umur pengguna? 28 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Bintik hitam yang sangat ketara terutama di hidung dan tona kulit tidak sekata serta kusam  membuatkan saya rasa kurang yakin tanpa make up. Bukaan liang pori pada wajah juga semakin kelihatan. Sy ingin kembalikan keremajaan pada kulit wajah agar sy lebih yakin dan kelihatan lebih berseri di hadapan suami dan rakan sekerja. 

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)
(Pernah consume Ephyra selama beberapa bulan)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read More ->>

Segmen Mari Berkenalan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Jom join segmen yang super simple ni. :D
Ada hadiah untuk pemenang segmen. 
Klik je banner atas tu if nak join.
Read More ->>

Sunday, November 23, 2014

Gegar Vaganza?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Gegar vaganza? | Bunyi macam best tapi iolls tiada astro so tak dapat layan program ni. Actually ada sorang kawan me yang selalu story pasal gegar vaganza ni. Best katanya.

Dia penyokong memang penyokong kuat artis-artis kat Malaysia ni. Siapa?

Sorry Dd. Pinjam pic ni ea.
DIRAF DIAS! Heeeeee. Pic atas tu pinjam dari fb dia. Tengah khusyuk layan egar vaganza la tu. Emosi masa ni? Unpredictable.. hehehehe.

Kat youtube ada tak rakaman gegar vaganza ni? Heeeeee.


Read More ->>

Selamat Pagi!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Selamat berhujung minggu semua. Hari ni habiskan masa dengan anak-anak kat umah.

Read More ->>

Saturday, November 22, 2014

Berbadminton Kita

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Badminton sempena Suka PTAR 2014. Ada rumah sukan tau. Heeee. Me is rumah biru. Teringat zaman sekolah dulu. Sekolah rendah rumah hijau. Sekolah menengah rumah merah. Rumah kuning je tak pernah rasa. Ngeeeee.

Lama tak main secara serius. Letih tapi best. Badminton isy game even tak lah terror sangat kan. I love badminton so much! :p

Lengan lebam. Kena raket agaknya. Pas main baru pasan. Haaaaaa. Hebat sangat main sampai lebam-lebam.

Sekarang ni 2.14pm. Team dah habis main. Rumah biru dapat no.2 je. Ok lah tu kan. Heeee. Ni tunggu open game je. Me main double je. Hope boleh menang. Haha.





Sempat tidur jugakk. Hahahahaha. Adoii.

Read More ->>

Friday, November 21, 2014

Kalendar Cuti Umum Malaysia 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom rancang cuti-cuti Malaysia untuk tahun depan, Heeeeee.

sumber : google.com

sumber : google.com


Read More ->>

Thursday, November 20, 2014

Tarikh Pembayaran Gaji Tahun 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Haaaaa. Dah ada jadual pembayaran gaji untuk tahun depan. Awal ke? Heeeeeee.

Dah lah gaji bulan ni pun tak dapat lagi kan? Hehehe.

Makluman awal lah ni. :)

Read More ->>

Wednesday, November 19, 2014

Jom Tupperware Bersama Kai_Tupperware

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom Tupperware Bersama Kai_Tupperware | Siapa peminat barang-barang Tupperware? Pasti ramai kan. Me pula baru nak berjinak-jinak ngan koleksi Tupperware ni.

Dulu takde rumah bila belek katalog Tupperware rasa macam no feeling sangat tapi sekarang ni dah ada rumah sendiri maka keinginan nak kumpul koleksi Tupperware ni semakin membuak-buak. Haaaaaaa.

Produk Tupperware pertama yang me beli adalah,,

Botol susu untuk Aisya & Aeera. Alhamdulillah. Both puteri umi suka dengan botol ni. 
Produk kedua,, 

Citrus Bilberry (Nutrimetics).. Baru dapat. Jatuh cinta sepuluh juta kali. Wangi yang amat!! 
Bila dah terjebak ni memang terasa macam-macam nak beli. Lagi-lagi bila beli dengan Kai_Tupperware. Homaiiiii. Memang puas hati. Dari proses order, bincang-bincang dan sampailah ke pembayaran dan penerimaan barang. Ada work flow tu. Hehehe.

Nak tau apa kelebihan beli produk Tupperware dengan Kai_Tupperware?

- Diskaun dari 15% - 20%
- penghantaran percuma
- hadiah percuma untuk setiap pembelian
- boleh juga cod area shah alam  


Apa macam? Best tak? Best tak?

Bestkan!!! Ai is suka.....

Berminat nak jadi ahli? Sebagai ahli macam-macam kelebihan yang bakal diperolehi. Boleh daftar dengan Kai_Tupperware jugak. Kelebihan daftar ahli dengan Kai_Tupperware korang akan automatik masuk dalam team Tupperware iaitu TEAM POWER! Haaaaa... power gitu. Leader akan bagi tunjuk ajar macamana nak mulakan langkah dalam bisnes Tupperware ni. Tak perlu risau. J


Kelebihan jadi ahli Tupperware? Intai bawah....


- Jana pendapatan / menambahkan lagi duit gaji yang sedia ada

- Sesuai untuk semua golongan.Student,suri rumah,yang sudah berkerja dan ingin mencari side income,lelaki dan perempuan

 So, apa tunggu lagi. Peluang terbaik untuk anda mula mendapatkan side income. 

 
 

Sebarang atau jika anda berminat untuk mendapatkan produk Tupperware atau ingin menjadi ahli,, jangan malu jangan segan, bolehlah menghubungi Puan Ili. 

Whatsapp : 017 634 6704
IG : kai_tupperware
WeChat ID : KaiyisahRahman




Read More ->>

Wordless Wednesday #10

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Read More ->>

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




posted from Bloggeroid

Read More ->>

Tuesday, November 18, 2014

Aplikasi Ilham Karangkraf

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Berita baik untuk semua peminat buku dan novel terbitan Karangkraf!!


sumber gambar : email

Jika dulu Portal Ilham Karangkraf yang merupakan komuniti penulisan online hanya dapat di layari di laman sesawang ilham.karangkraf.com, namun kini para peminat novel dan juga cerpen dapat membaca karya-karya ini di aplikasi Ilham Karangkraf.

Aplikasi ini boleh dimuaturun secara percuma di Play Store. Merupakan satu aplikasi yang amat mudah dan mesra pengguna. Paling menarik, aplikasi ini mengajak anda untuk bersama memberi penilaian terhadap karya-karya yang terdapat di ILHAM.

Anda kini sudah tidak perlu risau untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini Ilham Karangkraf akan bersama anda sentiasa.

Muaturun sekarang aplikasi Ilham Karangkraf di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.karangkraf.ilhamfree

Untuk mengetahui perkembangan terkini, sila ikuti perkembangan di  facebook.com/IlhamGrupBuku atau follow kami di Instagram 'IlhamKarangkraf'.

Sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada ilham@karangkraf.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pasni senanglah nak baca novel online. Tak perlu bawa buku berat-berat lagi. Ringan beg kita nak keluar berjalan. Heeeeee.

Thanks so  much Karangkraf!!
Read More ->>

Monday, November 17, 2014

Iklan Jawatan Kosong UiTM - 32 Jawatan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak share ni,, UiTM ada buka jawatan kosong. So, kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bolehlah cuba memohon. 

Permohonan hendaklah melalui laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian dengan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan. 

Maklumat tentang jawatan, klik ---> MAKLUMAT JAWATAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Disember 2014. Good luck! :D
Read More ->>

Mencari T-shirt , Baju Korporat dan Pelbagai Sulaman?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia




Read More ->>

Friday, November 14, 2014

Lunch Di Temerloh Catering

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sekali lagi Temerloh Catering Seksyen 15, Shah Alam. Haaaa. Semalam dah lunch kat sini. Hari ni repeat. Sebab? Makanannya sedap. Even menu me semalam and hari ni sama. Hehe.

Rasanya menu paling famous kat sini ialah gulai tempoyak ikan patin. Me tak makan pun. Heeeee. Ofismate yang amik menu ni. Sedap katanya.

Lain-lain tu tak sempat nak rasa lagi sebab lauknya cepat je habis. Licin pulak tu. Hebat. Hehe.

Tak sempat nak ambik gambar sangat tadi. So, me share mana yang sempat je lah ea.


My lunch
Gulai Tempoyak Ikan Patin
Temerloh Catering dalam media
JJCM pun datang sini.... 
Next time nak ajak family in law pulak jamu selera kat sini. 
Read More ->>

Wednesday, November 12, 2014

Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : Quiz Facebook


Read More ->>

Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : facebook
Read More ->>

Tuesday, November 11, 2014

PTAR FC vs Panasonic

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jom nak cerita pasal team futsal PTAR FC Wanita. Haaaaa. Team ni baru je ditubuhkan. Baru sangat-sangat. Dan terdiri daripada orang-orang yang baru belajar nak berfutsal. Termasuklah me. Ada beberapa orang sahaja yang dah biasa main.

Tapi, even kita ni tak pandai tapi semangat tetap ada. Itu yang penting. Semangat nak belajar. Idoklah tak tau terus kata taknak main kan.

Biarpun baru nak bertapak, dah ada team yang ajak lawan. Haaaaaaaaa. Hebak tak? Hehehe.

PTAR FC vs Panasonic... Siapa yang menang?

Mestilaaahhhhhh,,,.............

  


Team Panasonic. Hehehe. Bukan apa, diorang dah lama main. Kaki dah lembut nak tendang bola. Kitorang punya team ni baru lagi. Kaki pun ada sikit kaku nak sepak bola. Tapi few more latihan rasanya dah boleh join national match. Hehehe. Gurau.

Haaaaa.. Ni gambar team wanita PTAR FC masa match Sabtu lalu. Ada gaya tak? :p






Next match, esok!!


PTAR FC vs UMW. Homaiiiiiii. Hope me akan berada di sana untuk sama-sama merasa betapa gigilnya berlari dalam court futsal tu. Huhuhu. Sebab masa match ngan Panasonic tu tak sempat nak main pun. Tetiba ada hal. Masa sampai Frenzy, masa tinggal berapa minit je lagi. Sedih ai!














En.abg... mohon esok balik awal sikit boleh tak?? Nak join main futsal ni. Hehehehe. 
Read More ->>

Monday, November 10, 2014

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com




Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

(Kerana me yakin dengan keberkesanan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk mampu melindungi keluarga dan dua orang puteri kecil me daripada serangan nyamuk dan kami boleh beriadah tanpa perlu risaukan gangguan nyamuk.)



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




Read More ->>

Wednesday, November 5, 2014

Training Badminton

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Haaaaaa. Pssssttt!

First time main badminton after 2 years. Hahahaha. Ke laut mainnya. Giler arr. Badan rasa berat. Tak macam dulu boleh 'terbang-terbang'. Haha. Adoi.

Ni pun main sebab ada sukan jabatan. If tak memang takde kot main. Sentuh raket pun tak. Ngeeeeeee.

Main tanpa streching. Ko rasa????


Posted via Blogaway
Read More ->>

Bunga Ros Berbunga Sudah

Assalamulaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah. Berbunga lebat sudah. Bunga ni kawan seofis yang bagi. Kak Rostinah Mujir. Dia memang suka dengan bunga.

En.abg pun suka bab bunga-bunga ni. Rajin sangat  bercucuk tanam. Heeeeee. Me pun suka. Suka tengok je. Hahaha. Boleh?

Pagi-pagi kuar rumah tengok bunga banyak macam ni sejuk hati. Heeeee.

Anyway...morning and have a good Wednesday semua..


Posted via Blogaway
Read More ->>

Tuesday, November 4, 2014

Mewangi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mewangi | Suka sangat dengar lagu ni. Dari dulu memang suka dengar Akim nyanyi sebenarnya. Start dia mula dalam Akademi Fantasia lagi. Heeeeeee. 

Selamanya
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya
Indah

Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya
Selamanya

Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu
Seumur hidupku hanyalah padamu

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

Jadikan malamku lebih indah
Jadikan siangku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya


Read More ->>

Monday, November 3, 2014

Aisya Syuhadaa

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Hahaha. Tak tahu dari mana Aisya belajar buat mata macam ni. Pastu kononnya nak takutkan orang la. Adoii anak umi. 

Aisya sekarang ni kurang sihat. Ada putih-putih timbul kat bibir. Doktor kata jangkitan kulat. Huhu. Tiba-tiba je ada. Banyak pulak tu. Risau kulat tu merebak ke bahagian-bahagian lain je. Doktor bagi ubat anti fungal. 

Doktor kata mungkin sebab cara sterilize botol tu salah or susu masam or dia kutip-kutip barang mainan dan masukkan dalam mulut. Huhu. 

Pastu semalam, tengah tunggu ubat Aisya lari-lari sampai jatuh tersembam ke lantai. Bibir pecah. Huhu. Darah arr. Ramai je orang masa tu sebab Aisya jatuh betul-betul depan pintu masuk DEMC. Me terus je lari dapatkan Aisya. Bengkak sangat kot. Risau jap. En.abg suh bagi dia minum air tapi dia taknak. Masuk kereta baru dia nak minum.

Pagi tadi nak pegi kerja pun rasa berat hati sangat. Nak nangis bila hantar anak ke rumah pengasuh dalam keadaan kurang sihat macam tu. Umi minta maaf sayang. 


Read More ->>
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in