Monday, February 2, 2015

Gigit Kasut Baru?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

sumber : google image
Gigit kasut baru? | Selama ni beli kasut kadang melecet kat belakang kaki. Pedih. Huhu. Azab jugalah pakai kasut dalam seminggu tu. Sebab tu dulu me tak suka beli kasut jenis sarung dan tutup kaki. Kadang dah beli kasut yang muat-muat kat kaki pun sama jugak.

Pastu bila mengadu ngan kawan seopis, dia Tanya “gigit dulu tak kasut tu sebelum pakai?” Iolss ni tak pernah dengar benda-benda macam tu. Gigit kasut? What? Kotor kot. Eh.. kasut baru pun kotor ke? Ehem.. kita tak tau,, manalah tau sebelum tu dah ada yang try test kasut tu kan.

Contoh macam me kan,, kasut display tu size 6 so nak try size 5. Salesgirl ambilkan. Pastu dah try tak jadi pulak beli. Mesti salesgirl tu simpan semula dalam kotak kan. Hurm…

Part mana kotornya? Part dia pakai dan bawa ala model ek hulu ke hilir pastu tak jadi beli. Haaaaaaa. Ok2.. Melalut dah ni.

And sorang kawan pulak pernah bodohkan me sebab percayakan benda macam tu. Me bukan percaya tapi me bertanya je masa tu. Serius selama ni tak pernah tahu pun perlu nak gigit kasut yang baru beli tu supaya kasut tu tak ‘gigit’ kaki kita. Hurm…

Secara logiknya me rasa kaki melecet tu sebab kita salah beli saiz atau boleh dielakkan dengan memakai stoking. Sangat berkesan. Hehe. Satu lagi cara supaya tak melecet, gunalah shoe grip. Ada je jual kat Guardian atau Watsons. Hurm… kat kedai kasut pun ada rasanya.

shoe grip pads
sumber : google image
Sekarang ni me pakai kasut yang jenis tutup tu pegi kerja. And dari mula beli hinggalah sekarang me amalkan pakai stoking je. Tak pernah melecet dah. Alhamdulillah. Nak gigit kasut? Memang tak kot. Hehehe.



Korang ada yang amalkan ke gigit kasut baru ni? 

3 comments:

  1. memang biasa dengar org tua2 cakap mcm tu..tapi budak skrg ni mana nak buat..gelak sakan lg la..haha, anak pcl kalau beli kasut kena belikan sekali yg tampal belakang tu..haha tak tau lak pcl apa namanya..owh grip pad..memang setel tak jadi masalah kena gigit dah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. me pun memula gelak gak dengar kena gigit tu..

      Delete
  2. tak jugak...sebab tak tau nka gigit yg mana..hahahaha...so, senang kata, pakai jela dalam penderitaan tu :P

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in