Tuesday, March 17, 2015

Demam Akibat Tonsil

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni masuk kerja pas bercuti semalam. Berat hati gak nak kerja sebab Aisya still kurang sihat. Semalam pegi klinik. Dr. kata tonsil Aisya bengkak sebab tu demam. Huhu. Sakit tu. Me pernah kena so tau la sakitnya macamana kan. Kesian anak umi. Patutlah makan pun tak lalu kan. Minum susu and minum air je.

Me pun rajinlah menggoogle pasal tonsil ni kan. Me share sikit ea.

Tonsil adalah kelenjar tisu limfoid yang berfungsi sebagai markas pertahanan yang diperlukan oleh badan pada awal pembesaran kanak-kanak. Terdapat beberapa kelompok tisu limfoid di dalam rongga mulut, ini termasuk:
1.       Adenoids (Tonsil Pharyngeal) yang terletak di belakang hidung
2.       Palatine tonsil. Tonsil yang selalu dikaitkan dengan masalah sakit tonsil.
3.       Lingual Tonsil. Terletak dibahagian belakan lidah
4.       Tubal tonsil. Terletak pada keliling saluran(auditory) yang menyambungkan hidung dengan telinga tengah.

Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit tonsil mereka akan:
1.       Mengalami kesakitan dan demam yang lama (sekurang-kurangya 1 minggu)
2.       Perlu ke klinik untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat sakit tonsil mereka.
3.       Perlu mengambil dan menghabiskan ubat antibiotik disamping ubatan lain untuk simptom mereka (contohnya ubat demam dan ubat sakit tekak)
4.       Terpaksa cuti sakit dari persekolahan dan ini akan menganggu pembelajaran mereka
5.       Tidur terganggu, ini disebabkan tonsil yang membengkak akan menyebabkan tidur berdengkur dan juga pada kes yang teruk mereka akan berhenti bernafas seketika semasa tidur – Sleep Apnea.

Sumber : http://www.doktorbudak.com/2014/10/14/anak-kerap-sakit-tonsil/

Me share secara ringkas je dari page doktorbudak. Banyak gak info yang me dapat dari blog ni. Bagi yang ada isu tentang kesihatan kanak-kanak boleh rujuk dalam web ni.


Hope bengkak kat tonsil Aisya surut cepat. Sekarang ni memang dia tengah ambil antibiotic. Huhu. Pakej sekali dengan batuk dan selesema pulak. Sembuh cepat anak umi. Tak sanggup umi tengok anak umi sakit. 



Sekarang ni pun mengira masa nak balik rumah. Rindunya kat anak-anak. 


p/s : ada yang kata aiskrim vanila 'penawar' sakit tonsil ni. Betul ke?



1 comment:

  1. yup memang betul, aiskrim vanilla adalah penawar sakit tonsil...

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in