Friday, March 27, 2015

# earth hour # earth hour 2015

Earth Hour 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pada hari Sabtu 28 Mac 2015, jam 8:30 malam,  seluruh manusia di bumi ini layak untuk mengundi dan diseru untuk mengundi untuk memilih samada bumi atau pemanasan global. Ini merupakan lakaran sejarah, seluruh umat sejagat di semua peringkat umur, kerakyatan, bangsa, latarbelakang mempunyai peluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undi mereka. Memadamkan lampu adalah undi kepada bumi manakala membiarkan lampu menyala adalah undi kepada pemanasan global.

Melalui Kempen Earth Hour, kita semua boleh berperanan untuk memadamkan suis lampu atau kelengkapan elektrik bagi tempoh sejam. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Tutup Lampu Anda, Selamatkan Bumi Kita


Semoga usaha kecil ini dapat memberikan impak yang besar kepada dunia yang kita sayangi.




2 comments:

Follow me @munirah_izzan