Thursday, April 16, 2015

# #NurAeeraShuhayra # #NurAisyaSyuhadaa

Aisya dan Aeera gaduh!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Aisya dan Aeera gaduh! | Budak dua orang ni masing-masing dah panjang akal. Ada je benda baru yang diorang jumpa tiap-tiap hari. Tapi, yang tak bestnya dah pandai gaduh juga.

Bila kakak pegang mainan, Aeera pun nak mainan tu juga. Bila makan biskut, biskut Aisya dah habis dan dia akan ambil biskut yang ada kat tangan adik dia tu. Banyak lagi keadaan yang buat dua orang ni gaduh. Aeera biasanya yang akan jerit nangis. Dah tu memang tak nak mengalah pulak tu. Bila Aisya tolak atau pukul memang Aeera akan balas balik. Tak tau dari mana dia belajar macam tu. Huhu. Selalunya bila gaduh me akan pegang salah sorang. Pastu bagitau la yang adik beradik tak boleh gaduh. Tak baik. Huhu. Pastu suruh salam, hug dan cium sesama beradik ni.

Ada masa memang geram sampai jadi hulk. Hahaha. Tapi tak pernah la sampai  naik tangan. Kesian juga kan.

Bila tanya pengasuh, pengasuh pun kata memang selalu sangat gaduh. Pasal bantal pun gaduh sedangkan masing-masing dah ada bantal. Sama je pun. Pasal botol susu pun gaduh. Huhu.

Tapi adatlah kan bebudak. Masing-masing tak nak mengalah.

Masa Aisya dan Aeera nak tido tu, me selalu bisik kat telinga masing-masing.

‘Jangan selalu gaduh dengan adik tau. Aisya kena sayang adik. Jaga adik untuk umi. Boleh?’

‘Aeera jangan selalu rampas barang kakak ea. Aeera sayang kakak kan?’

Dan selalunya Aisya dan Aeera akan mengangguk dalam keadaan separuh sedar. Kadang jawab juga ‘Ok umi.’


Alhamdulillah. Semoga makin erat ikatan antara kedua beradik ni. 

Umi dan ayah sayang anak-anak umi. 


4 comments:

  1. adik beradik biasalah tu kan, tapi sekejap sekejap jer kan?

    ReplyDelete
  2. @Farah Wahida Wahid

    kejap je.. pastu rehat.. pastu sambung gaduh.. hehe

    ReplyDelete
  3. seronok tngok telatah anak2 ni kan moon..


    p/S : salam perkenalan drpd kakmi (w.aspp KBBA BORNEO)...tapi rasa cam pernah add moon izan kat group gojes blogger.. hehe

    ReplyDelete
  4. Cute mereka.... tunggu skit jam lagi makin byk activity mereka tu...hihihi
    tetibe ngomen... new reader disini...haiii

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan