Thursday, April 23, 2015

Blogger's Day Out 2015

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Blogger's Day Out 2015 | 26 April 2015. Counting. Counting. Hehehe. Tak sabar menanti hari tu. Kali kedua berjumpa dan berkumpul bersama blogger. Yang pertama dulu dengan group mommy gojes. Homaii. Teruja yang amat ni. Haha. 


Ni aktiviti terbesar pernah diuruskan oleh team Kelab Blogger Ben Ashaari. Tahniah team KBBA!! 

Serba sedikit mengenai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA ( KKTTC ) ni.. ada yang tau dan ada yang tak tau langsung kewujudan taman riadah yang sesuai untuk seisi keluarga dan juga orang perseorangan.. Terletak berhampiran dengan Universiti Multimedia ,  KKTTC telah wujud sejak 2006 lagi dan mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan untuk bersukan seperti driving range , gelanggang tennis , paintball , sirkit go kart , kolam mandi , gelanggang futsal , gymansium , studio menari , gelanggang badminton , squash , dan basketball. Disini juga anda boleh membuat tempahan untuk mengadakan majlis majlis tertentu seperti perkahwinan dan mesyuarat perniagaan.

Bagi mereka yg ingin menempah atau mengadakan perkahwinan di sini , amatlah bersesuaian sangat sangat. Keluasan serta ruang parking kereta yang mampu menampung hingga 500-700 pengunjung pada satu satu masa..  Catering juga boleh terus ditempah disini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , boleh hubungi  03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram KKTTC ,@kelabkomuniticyberjaya.

Lebih 100 blogger dijangka bakal bersama-sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang bakal menggempakkan lagi Blogger's Day Out 2015 ialah badminton, golf dan paintball. Haaaaaa. Baca aktiviti ni macam 'alaaaa.. biasa je pun' kan? Tapiiiii konsep permainan telah diubah menjadi lebih mencabar dan menarik! Nak tau apa yang mencabar sangat tu? Tungguuuuu~ Hehehe. 

Penyertaan untuk aktiviti telah ditutup namun bagi blogger yang ingin datang memeriahkan suasana amatlah dialu-alukan. Boleh tambah lagi kenalan blogger. :D

Antara penaja rasmi KBDO 2015 ini ialah :

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Cyberview cyberjaya 


Cosmoderm 

Yeos Malaysia

Stamp N Print Enterprise 

Natalia 

1 comment:

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in