Monday, April 6, 2015

Bukan Telinga Terbaik

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Jam 1.00 am. Terjaga sebab terdengar Aisya merengek. Mengigau rupanya.

Dah masuk hari Isnin. Sekejapnya masa berlalu. Hati masih belum puas menghabiskan masa bersama anak-anak.

Apapun, hope pagi esok hati akan lebih tenang bekerja. Ambil iktibar dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Diam mungkin jalan yang lebih baik. Bukan niat hendak mengadu. Bukan niat hendak mencari perhatian. Sekadar mencari 'telinga' untuk berkongsi rasa namun salah me kerana berkongsi dengan 'telinga' yang salah.

Bila mana me tersedar sudah terlanjur meluah dan berkongsi, ketika itu sudah terlewat untuk menarik semula semua kata-kata. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kita tanggunglah akibatnya.

Satu saat airmata menangis kala tersedar 'telinga' itu bukan 'telinga' terbaik untuk berkongsi.

Terlupa pada DIA tempat mengadu yang lebih baik. Yang MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGASIHI.

Allahuakbar. Semoga ALLAH permudahkan segala urusanku ketika bekerja. Amin.

Jom sambung tidur. Selamat malam semua.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in