Tuesday, April 28, 2015

# blog # blogger's day out

Havoc KBBA Blogger's Day Out!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Havoc KBBA Blogger's Day Out! | 26 April 2015!! Finally!!! Hari yang ditunggu-tunggu tiba. KBBA Blogger’s Day Out! Homai.. Excited bangun pepagi. Aisya dan Aeera pun elok je bangun pagi tu. Husband pun excited sebab nak main paintball katanyaaa. Hehehe.


Kitorang sampai KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA lebih kurang jam 8.15 pagi. Itu pun selepas disesatkan oleh waze. Gaduh seminit dalam kereta. Hahaha.

Masa sampai tu tengok memang dah meriah lobi KKTC dengan ahli KBBA. Fuhhh.


Majlis dimulakan dengan senamrobik yang di ketuai oleh Fatin Bella dan dibantu oleh Boni Kacak dan Encik ST. Perghhh. Terasa bergetar jugak otot-otot badan ni bila bersenamrobik. Hahaha. Lama tak senaman kannnn. Best! Sebab step tu senang nak ikut. Taklah berat sangat. Tapi cukup untuk keluarkan peluh. Hehe. Tapi dalam pada tu asyik tinjau Aisya dan Aeera. Lari ke sana-sini je keje dua budak kecik ni. Haaa.


Tiba masa ke game pertama. Golf ala KBBA style. Syarat mudah je. Sorang sekali pukul. Takde testing. So, nasiblah siapa-siapa yang tak pernah main golf tu kan. Macam me. Haha. Gaya ada, sekali swing tengok bola tak jatuh ke tanah. Rupanya static kat situ. Haaaaa. Menangis Tiger Wood tengok. Pukul angina je rupanya.




Game kedua, badminton ala suka hati KBBA. Yang ni me suka sangat. Hahaha. Menang gelak je semua. Badminton ni 6 lawan 6. Dengan satu raket. Haaaaa. Apa yang penting dalam games ni ialah strategi dan kerjasama kumpulan. Boleh tengok kesepakatan ahli kumpulan sepanjang game ni. Terbaik!!



11.30 pagi memasing gerak untuk racing. Penangan Fast and Furious. Hehehe. Terus terang, 1st time tau tengok go-kart ni secara dekat. Selama ni tengok dalam tv je. Hehehe.




Selepas tu rehat dan makan tengahari hingga jam 2.30. Makan tengahari kat Bayaocafe memang terbaik! Tempat selesa! Makanan? Umpphhhh.. Yang part makan ni nanti me cerita entry lain pulak. Tapi memang kebaboom menu.


Jam 2.30 semua pakat gerak ke ‘medan perang’ pulak. Paintball yang ditunggu-tunggu. Hahahaha. Semangat nak pegang senapang tu. Tapi yang ni bagi kumpulan lain. Tak ikut warna kumpulan yang memula tu. En.abg terlebih excited! Siap bawa topeng sendiri. Lama tak main katanya.






Pas habis game paintball memasing tunjuk bekas kena tembak. Lebam. Perghhh. Sib baik jaga anak. Kalau tak mau lebam jugak hari tu. Semangat dah nak main. Hehe. En.abg ada gak bawa cenderahati dari paintball tu. Hahaha. Lebam satu kat lengan.

Lastly, acara penutup dan cabutan bertuah. Me salah seorang pemenang cabutan bertuah tu. Alhamdulillah. Rezeki me. Selama ni join cabutan bertuah susah je nak dapat. Hehe.
Masa ucapan penutup oleh founder KBBA iaitu abg Ben, sebak sikit hati. Kita blogger yang bukan sekadar blogger. Respect!


Terima kasih kepada semua penaja KBBA Blogger’s Day Out!

Kelab Komuniti Cyberjaya

Yeos Malaysia

Cosmoderm

Crazy N Crunchy

Natalia

Stamp N Print

Cyberview Cyberjaya

Azwar Kamaruzaman

Harapnya akan ada lagi aktiviti begini di masa akan datang! Happy kenal semua ahli KBBA. Terima kasih semua.



 Gambar penutup. Hehehe.

3 comments:

  1. WAHH BESTNYA..LAMA SGT X UPDATE BLOG..DAH TERLEPAS RUPANYA..hehe

    ReplyDelete
  2. dapat tangkap gambar ngn aben ye.. lin je malu nak g tangkap gambr ngn aben... 1 fine day... hahahah

    ReplyDelete
  3. TQ for coming memeriahkan BDO 2015 hope next event KBBA lagi meriah !

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan