Monday, April 13, 2015

Minggu Pertama : QU Puteh Bintang Mencari Bintang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Minggu Pertama : QU Puteh Bintang Mencari Bintang | Morning semua! Semalam dah berlangsung Qu Puteh Bintang Mencari Bintang kan? Siapa yang ada tengok angkat tangan. Haha.

Ada 6 kumpulan semuanya yang bertanding.

Achey (juara BMB),Abam dan Fad (Bocik),Ammar dan Issey (Titan),Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2),Ariff dan Kamal (Sumbu),Chiwan dan Achik (Chilok)

Juri tetap bagi Qu Puteh Bintang Mencari Bintang ni adalah Dato Seri Dr Hajah Vida pengasas produk Qu Puteh. Dan setiap minggu Dato Vida akan ditemani 2 orang juri jemputan. Bagi episode pertama malam tadi juri jemputan adalah Black dan Datuk Malek Noor. Ai is like ‘what?’. Hehehe.

Pada pendapat me bagi minggu pertama ni semuanya lawak hambar. Tak gelak sangat pun kecuali persembahan dari kumpulan Bocik. Yang tu me gelak kuat. Hahaha. Mungkin sebab artis jemputan adalah Afdlin Shauki kot. Hehe. Bagi pendapat me, Afdlin Shauki ni sangat kreatif.

Dan…

Dan…

Yang bestnya, setiap minggu persembahan terbaik akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.

Pemenang bagi persembahan terbaik malam tadi adalah Achey. Tahniah Achey. Tau dia terperanjat dengan keputusan tu. Hehehe.

Apapun, tahniah Achey! Dan bagi yang lain, jangan putus asa. Ada lagi 9 minggu. Selamat berjuang!


No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in