Monday, April 6, 2015

# jalan-jalan cari makan # nasi ayam kerabu mangga

Nasi Ayam Kerabu Mangga Di Uncle Sam

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Macamana hari Isnin uols? Me? Still tak berapa nak semangat. Hurmmm. Tak tau kemana semangat tu lari. Nak kejar tapi tak terkejar.

Lupakan.

Jom cerita pasal makan tengahari pulak. Ngeeee. Pasal makan laju je kan. Yelah. Pepagi tadi alas perut dengan segelas Mineral Coffee dan beberapa potong kek je. Hehe. Pepagi makan kek uolss. Hebat tak? Hahahaha. Tapi tak sampai kul 12 perut dan bergendang minta makan. Haishhhhh.

So, tengahari tadi kitorang ke Uncle Sam Seksyen 15.



First time datang ke sini. Kawan ofis kata best. Dari luar Nampak macam biasa-biasa saja tapi bila masuk dalam tu rasa selesa sangat. Keadaan dalam restoran tersusun kemas dan nampak luas. Bersih itu penting kan. Heeeee.

Macam-macam ada dalam menu. Tapi untuk kali ni me try nasi ayam kerabu manga. Salah satu ala carte menu. Nama menu macam menarik. Dah la me ni memang peminat mangga.

Sambil tunggu tu sambil pandang keliling restoran. Memang menarik. Takde perhiasan yang heavy. Hiasan simple dan antik. Meja dan kerusi pun menarik. Ada few bahagian restoran yang tak sempat me snap. 





Rasa sejuk je kan tengok keadaan dalam restoran ni. I is suka. Even kat luar panas terik tapi kat dalam langsung tak rasa bahang tu.

Haaaaaa. Kenalkan. Ni lah dia Nasi Ayam Kerabu Mangga. Portionnya memang agak banyak buat me yang kecik ni. Portion ayam memang banyak. Haha. Best! Tak rugi order. Kuah pulak sup fishball + filletfish. Nyam. Nyam. Air me order teh o ais je. Sebab tau yang me memang takkan mampu nak habiskan segelas air tu. Haaa.



Harga? Serius murah. Sangat-sangat berbaloi. Nasi sedap. Ayam sedap. Cili sedap. Kerabu mangga sedap. Semuanya sedap. Hehehe. Presentation? Kemas! I love it! 



Sangat recommended. Next time confirm datang lagi. Banyak lagi menu yang me nak cuba. 


Pas ni nak try Nasi Goreng Thai pulak. Untuk en.abg me nak suh dia try Asam Pedas. Hehehe. Sebab me tak makan menu ikan yang berkuah. So, en.abg tolong test untuk me. Hahaha. 


8 comments:

  1. nasi ayam kerabu manga...tak pernah lagi , macam nak pi try lah...ujung minggu nih. nyum nyum..

    ReplyDelete
  2. macam bestttt jer niii... tiba-tiba teringin... hu hu hu...

    ReplyDelete
  3. Memang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Most of the memu sya dh try...almaklum laa duduk seberang jln jer..hehehe...u should try western jgk..chicken lamb beef smua ada..dn favorite saya snack plate combo (bkn KFC jer ada tau 😜) sya akan request mushroom sauce sekali..like u said portion dia memang byk so don't worry dgn harga 12.90 u can share it 2gether with others...👍👍

    ReplyDelete

Follow me @munirah_izzan