Monday, April 20, 2015

Resepi Mee Sup Kasih Sayang Simple

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Resepi Mee Sup Kasih Sayang Simple | Haaaaa. Ambik ko nama resepi. Hehehe. Tetiba je hari tu me teringin nak makan mee sup. ‘Order’ dengan en.abg je. Heeeee. Alhamdulillah. Me memang suka sangat makan sup yang en.abg buat. Air tangan suami memang terbaik!!

Resepi Mee Sup Kasih Sayang Simple

1 plastik mee kuning

Cara hilangkan rasa kapur mee kuning, basuh dengan air suam atau gaulkan dengan gula kemudian basuh dan toskan.

Kuah Sup

3 ulas bawang putih
Isi ayam
Tauhu basah (potong 8)
Sos tiram
Kiub ayam
Sedikit garam
2 biji telur
Sedikit minyak masak
Air (ikut suka)

1. Untuk kuah sup, tumiskan bawang putih sehingga keluar bau.
2. Masukkan ayam dan tumis hingga separuh masak.
3. Masukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Masukkan kiub ayam dan tambah sedikit sos tiram.
5. Akhir sekali, masukkan tauhu basah dan telur.

Jika nak masukkan mee kuning terus ke dalam kuah sup pun boleh atau pun masukkan berasingan


Kenapa dalam resepi ni takde sayur? Boleh je masukkan. Tak masukkan dalam resepi sebab en.abg tak makan sayur. Hehe. Yang ni tak perlu daun sup pun. Sedap!


En.abg suka makan campur dengan sos cili tapi me tak lalu if letak sos. Pelik bagi me. Hehehe. 


2 comments:

  1. Makin cantik tengok blog moon, banyak perubahan dari segi bentuk perkataan, menarik...blog retis ni hehehe

    TQ moon bg resepi.

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. pelan2 kayuh nak bt yg terbaik juju.. taraf retis tu jauh lagi.. hehe

    ReplyDelete

 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in